"Bukan Islam TAK BOLEH guna Bahasa Malaysia dalam Maljis di Gereja" kata NGO ISMA.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera dan Salam 1-Malaysia,

"satu cara untuk menghadapi orang bodoh adalah dengan memperbodohkan mereka sehingga mereka sedar bertapa bodohnya diri mereka di muka bumi ini" . - Mr.J

Hari ini Mr.J tertarik untuk melemparkan seguni kata - kata tapi kemungkinan apa yang akan Mr.J sampaikan kemungkinan akan mengakibatkan kepupusan spesis katak iaitu katak yang sering bersembunyi di bawah Tin Beer.

Sejak beberapa hari ini di Seremban keadaan cuaca selalu sahaja hujan , bila petang je mesti hujan bila hujan je mesti petang. Tapi setelah disiasat dan dikenalpasti penyebab utama hujan ini setelah terjumpanya spesis katak baru iaitu Katak ISMA dan ianya bukanlah penemuan spesis baru kerana spesis ini juga pernah ingin mencontohi saudaranya iaitu dalam nama saintifiknya "Abrahyince Altly Perthcassa" atau lebih empuk di sebut Perkasa.

Baiklah mari kita lihat rekod bersih Isma ini terlebih dahulu , selalunya Mr.J sering menggunakan gabungan kata kunci yang mungkin agak berbaur negetif seperti Isma bodoh , Isma Perkasa , Isma Umno ternyata rekod latar belakang Isma sedikit sebanyak diketahui . 

Adalah tidak mustahil sekiranya Isma ini ada kaitan dengan 'politik' , patutlah agak tidak menghairankan sekiranya prilaku Isma agak dikatakan seperti rumput lalang ditiup kipas angin maklumlah kicap cap kipas. 

Untuk rekod yang lain pula, kaum Isma pernah juga menghalau Warganegara Sabah dan Warganegara Sarawak keluar daripada Malaysia. 
Baca Kisah Lucu Cik Isma tersebut
Ternyata 'Saranan' Isma tersebut menjadi bahan ketawa oleh masyarakat Sabah dan Sarawak selama beberapa minggu dalam carta badut wanabe selepas kaum Perkasa yang telah pun diiktirafkan senarai hitam kemasukkan ke Negara Sarawak tempoh hari.

"Nang sik pernah naik belon sikda isma ia.." - Mr J

Tidak dinafikan ISMA mungkin Buta Sejarah bahkah lebih paloi seangkatan dengan Kaum Perkasa atau lebih dikenali sebagai Bapa Perkauman di Malaysia Borneo.

Baiklah, perengan diatas adalah isi penyedap rasa. Semalam iaitu Yang Dipertua ISMA cawangan Seremban Zamani Ibrahim berkata promosi terbuka ( Bunting Banner ) menggunakan bahasa itu dilihat mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadirinya.

Mungkin ISMA ada agenda tersendiri seperti The New World Order atau paling tidak pun Ilmuniti nasi lemak segitiga Freemanson. ISMA kelihatan mahu mematenkan "Bahasa Malaysia" khusus untuk kegunaan orang Melayu dan juga kegunaan masyarakat Islam di Semenangjung Malaysia.

Maaf ayat ini agak berbentuk 'sarcasm' , siapa suka pergi clubbing tu mohon terasa.

Maljis Muzikal Easter tersebut dikatakan menggunakkan Bahasa Malaysia seperti perkataan yang kelihatan 'memujuk' seperti "Masuk adalah Percuma" .

Siapalah yang nak masuk dengar Maljis Muzikal Easter ini, ada ke orang melayu yang berminat kalau ada apalah salahnya boleh dapat telur Easter beraneka corak?. Setahu Mr.J yang "Muzikal Masuk Tak Percuma" sehingga melibatkan kematian tempoh hari akibat "overdose" dalam pengambilan dadah ramailah orang - orang anak mudah melayu masuk. oh ya , Mr.J sering bersangka baik mungkin orang melayu budhha. 

NGO Isma, ingin kelihatan bersikap kelihatan Pendekar yang memegang keris ketuan. Ternyata Isma terlalu banyak masa terluang dengan mencari apa yang betul di salahkan pada Agama lain. Memang tidak dinafikan Agama Kristian memang banyak aktiviti riadah bersama umat mereka sendiri, jadi mohon Isma lihat contoh tersebut.

Apa Isma perlu takut hanya maljis dalam Gereja menggunakan Bahasa Malaysia? takut terfaham atau terdengar ayat suci Agama Kristian?. 

Komen yang cukup membina di malaysiakini
Di Sarawak bila menjelang Hari Krimas boleh dikatakan seluruh shopping mall memainkan lagu rohani Kristian tak adapun Rakan Mr.J yang Islam mengelupur dan terus Murtad bahkan kami bersama - sama menyanyikan lagi merry christmas lagi.

Di Semenangjung Malaysia terdapat pelbagai NGO Islam, NGO Melayu macam Pekida, Perkasa dan sebagainya seumpama tumbuh meliar tanpa tujuan sebenar.

Mungkin sebab ini di Semenangjung Malaysia banyaknya Ajaran Sesat seperti Tuhan Harun , Ayah Pin dan lepas itu Rusuhan Kaum juga pernah berlaku. Kenapa semenanjung malaysia tidak boleh menjadi seaman Negara Sarawak?, Negara yang sering dicaci tinggal atas pokok, bercawat, tak bertamadun dan sebagainya.

Mungkin memang betul kata Bedah anak Pak Kasim sebelah kedai Pak Leman Penjual Tempe di bawah Stesen KTM Serdang pernah mengatakan "Sehina - hinanya Babi manusia lagi Babi sebab selalu menjual nama Babi".

Dum Spero Spiro,
- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©