Ambiga, Cynthia Gabriel, Ibrahim Ali dan rakan kini dibenarkan "masuk" ke Sarawak. International Anti-Corruption Conference (IIAC)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
MALAYSIA ( Negara Persekutuan ) - Ketua Menteri Rakan Kongsi dalam Gagasan Negara Persekutuan Malaysia iaitu Negara Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem hari ini mencatat sejarah apabila menjadi ketua kerajaan negeri di Malaysia yang pertama bercakap berkenaan isu-isu rasuah di dalam International Anti-Corruption Conference (IIAC) 2015.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem, Menteri Pertama Malaysia yang hadir.
Beliau merupakan satu-satunya Ketua Menteri di Malaysia yang dijemput untuk memberikan ucapan di dalam majlis yang dihadiri ramai perwakilan daripada dalam luar negara.

Adenan sebelum ini dengan tegas dalam membasmi gejala rasuah di dalam pembalakan haram di Sarawak dan berjaya menggagalkan banyak operasi haram khususnya dalam pemberian kontrak mahupun pembalakan.

Terdahulu, Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz dalam ucaptamanya berkata, setiap negara berkongsi nilai dan harapan yang sama kerana gejala rasuah itu memaksa semua orang membayar harga yang tinggi untuknya.
“Kenapa kita begitu bersungguh-sungguh untuk perubahan (memerangi rasuah), apa yang mahu kita lihat? Kita berkongsi nilai yang sama jadi kita mahu kemiskinan ditamatkan, kita mahu kanak-kanak pergi ke sekolah.
“Kita mahu semua orang mendapat akses rawatan dan perubatan serta tinggal dalam rumah yang selesa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian IACC ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Jelas bekas Peguam Negara Peru itu, usaha memerangi jenayah rasuah memerlukan keberanian yang tinggi.
“Kebebasan media dan bersuara merupakan tiang utama bagi masyarakat demokrasi, oleh itu wartawan sepatutnya mampu bekerja tanpa rasa takut.
“Kita akan berdiri teguh bersama mereka, gerakan kita telah menunjukkan kita mampu menentangnya,” katanya.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©