Apa Yang Berlaku di Sarawak Semalam ? 17 February 2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
MIRI: Seorang guru sebuah sekolah rendah di sini, di­jumpai mati dalam keadaan tersepit dalam kereta miliknya di rumah sewanya di Taman Da Shin, Jalan Miri Airport di sini.Mangsa yang dikenali se­bagai Chin Lin Hiong, 27, baharu balik bercuti sem­pena Tahun Baharu Cina dari Kuching dan hendak meng­hidupkan enjin keretanya yang ditinggalkan sepanjang bercuti, pada jam 8.30 pagi semalam.

“Saya terdengar dia berteriak ‘parai aku.., parai aku…’ (bermaksud mati aku), sebelum saya sempat nampak dia rebah,” kata jirannya

MIRI: Seorang wanita menerima beberapa jahitan di dahi selepas dipukul dengan objek tumpul oleh seorang lelaki tidak dikenali, pada malam Sabtu lalu di Permyjaya dekat sini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an, sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya pada jam 9 malam, apabila seorang lelaki menghampirinya lalu meragut rantai emas yang dipakai mangsa serta beg tangannya.

KUCHING: Tiga adik-beradik yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lapan tahun ditahan di wad Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disyaki didera.

SIBU: Gara-gara curang terhadap suami, seorang wanita menerima padah setelah ditipu sebanyak RM3,500 oleh seorang kenalannya melalui laman sosial Facebook, baru-baru ini.Mangsa yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai kerani dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki warga England sehingga jatuh hati tanpa diketahui oleh suaminya.

SIBU: Polis merampas 39 kotak makanan dalam tin yang dicuri dari sebuah stor makanan di Sungai Antu pada Sabtu lalu.Berdasarkan siasatan awal, kotak-kotak terbabit disimpan di sebuah rumah di Lorong 4, Jalan Langsat di sini.Polis menahan seorang suspek berusia 30-an sekitar jam 12.30 tengah hari semalam dan menemui kotak-kotak makanan itu disorokkan di bawah tangga tingkat atas rumah terbabit.

Semasa ditemui, kotak berisi makanan dalam tin itu masih dalam keadaan baik dan belum dibuka.Bagaimanapun, polis masih mencari dua lagi lelaki yang dipercayai suspek kes pecah masuk stor terbabit yang dikatakan masih bebas.

KUCHING: Dua lelaki dari Demak Laut ditangkap selepas cuba berlagak samseng di hadapan polis unit peronda (MPV) awal pagi semalam.Suspek-suspek berusia 28 tahun dan 25 tahun itu dikatakan membawa motosikal secara berbahaya di sebuah jalan raya utama di kawasan Pending.


KUCHING: Selepas kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah PDRM Jumaat lalu , Sarawak dilihat mampu mengekalkan rentak cemerlang menentang pasukan bertatus kelab, NS Betaria FC di Stadium Hang Jebat, Melaka hari ini.

Skuad Ngap Sayot yang kini berada di kedudukan selesa di tangga kedua Liga Perdana tampak semakin rakus memburu tiga mata penuh dari gelanggang lawan bagi memberi cabaran kepada peneraju liga, Sime Darby FC setakat ini.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©