30 Rahsia Wanita yang Lelaki Harus Tahu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Kes Bunuh Jana Jamit di RH Tedong, Ulu Sugai, Entabai Julau. Ibu dan Anak ditahan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

SIBU: Pasangan ibu dan anak ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki warga tua di Rumah Tedong, Ulu Sugai, Entabai, Julau petang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jana Jamit, 68, berketurnan Iban dipercayai mati akibat ditikam di bahagian kepala dengan objek tajam.

Polis Julau yang dimaklumkan tentang insiden tersebut mengerahkan sepasukan anggota ke rumah panjang berkenaan untuk menjalankan siasatan.

Ketika tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5 petang, polis mendapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat.

Susulan itu, polis telah menangkap seorang lelaki berumur 29 tahun dan ibunya yang berumur 51 untuk membantu siastan polis.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Bidol Noyeng ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.

“Pihak kami masih melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian ekoran satu pertengkaran antara mereka yang terlibat,” katanya.

Menurutnya kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang akan disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan. via Borneo Post 28/12/13

Mr.J
 | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Kpl (B) Paul Nyopis Noyeat, Penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) keturunan Bidayuh Meninggal Dunia.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mendiang menderita strok
KUCHING: Penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB), Kpl (B) Paul Nyopis Noyeat, 71, yang menerima pingat itu atas keberaniannya memerangi pengganas komunis meninggal dunia di Hospital Bau kira-kira 9.40 pagi (22/12/13) tadi akibat strok.

Mendiang adalah bekas anggota Rejimen Renjer Diraja yang terlantar akibat penyakit itu sejak tiga bulan lalu, merupakan penerima tunggal pingat PGB berketurunan Bidayuh.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Lt Kol Monday Juhid berkata pemergian Nyopis merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

"Saya rasa amat sedih dengan kehilangan ini, tambahan pula Nyopis berasal dari satu daerah (Daerah Bau) yang sama dengan saya.

 Korporal (Rtd) Paul Nyopis Noyeat dan Major (Rtd) Michael Liman Bugat. 
Gambar sewaktu menyambut hari kemerdekaan Negara Sarawak.
Selain itu keberanian Nyopis amat dikagumi sehingga dia dianugerahkan PGB, sekaligus merupakan penerima tunggal PGB berketurunan Bidayuh," katanya.

Monday berkata mayat mendiang dijangka disemadikan di Kampung Rumih, Bau pada pukul 2 petang esok dan meminta masyarkat umum agar turut hadir beramai-ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

- Mr.J via MyMerto

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Miri: Pusat urut Golden Lily di Bom! Kes Terpencil sahaja.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
MIRI : Sebuah Pusat Urut Golden Lily bergegar di percayai di 'BOM' ( 22/12/13 ) , bunyi dipercayai boleh didengari pada skala kecil di kawasan berdekatan . 

Kelihatan bahagian hadapan kedai 'pecah' teruk akibat daripada ledakkan bahan letupan.
Motif masih tidak diketahui dan ada kemungkinan melibatkan 'kongsi gelap' ataupun persaingan perniagaan.

Pandangan sisi yang menarik.
Bagaimanapun , penduduk sekitar tidak perlulah risau kerana negara masih lagi aman dan kadar jenayah semakin berkurangan serta ia hanyalah kes terpencil setakat ini.

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Mitos "INDAI BILAI" dalam *kepercayaan masyarakat Iban di Rumah Panjang. - Ms DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Indai Bilai dalam Masyarakat Iban dahulu terutamanya masyarakat kawasan luar bandar dan juga di rumah panjang adalh merujuk kepada makhluk yg bermuka "hantu".

Indai Bilai adalah dikatakan merujuk kepada topeng muka yang kelihatan amat hodoh serta menakutkan yang diperbuat daripada sejenis kayu. 

Tujuan utama adalah digunakan oleh golongan tua dirumah panjang bagi menakutkan budak - budak nakal serta degil atau yang tidak mendengar nasihat lebih - lebih lagi ketika saat berlakunya kematian di dalam rumah panjang. 

*Teringat saya (Ms Djp) pernah kena dulu. Masa berkabung bermain dengan rakan - rakan di ruai dengan meriahnya. Tiba - tiba keluar indai bilai yg buruk mukanya.. lari lintang pukang tak cukup tanah, apa yg lebih malang saya terkencing dlm seluar kerana terlalu takut. Hehe...

- Ms DJP




"saya tahu dia akan pujuk saya juga" ramai wanita berkata demikian. - Mr.J

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bercinta, adalah dimana satu hubungan diantara dua jiwa yang saling mengambil berat diantara satu sama lain, tetapi sering terjadi dalam hubungan itu adalah ketika "krisis" iaitu melibatkan 'prilaku' bergaduh serta merajuk sampai berbulan-bulan kerana masing-masing tidak mahu mengalah ataupun "suka dipujuk daripada memujuk" akhirnya bakal membuatkan salah seorang kehilangan cinta.

"..........saya tahu dia akan pujuk saya juga .........." ramai wanita berkata demikian - Mr.J

Selalunya "krisis" dimulakan dalam "sms" daripada "perbualan" kerana dalam "sms" pengunaan simbol seperti tanda "! ? ...... !!!! %@!$" lebih memberikan makna mendalam bila membaca apatah lagi ianya sebuah 'sms' yang bakal disimpan untuk tujuan "mencari kesalahan" diantara satu sama lain.

Selepas beberapa ketika masing - masing mula mencipta satu bentuk keegoan dalam "sms" maka telefon bimbit selalunya akan ditutup kerana mungkin sebagai tanda "protes atau mogok". Selalunya ianya tidak akan berakhir tetapi akan dilanjutkan ke laman sosial seperti facebook.

Bermula dengan memuatnaik rasa kekesalan, kesedihan dan kadang kala diselit kerinduan, ternyata dalam keadaan ketika itu rasa rindu dan cinta masih lagi menebal cuma disebabkan rasa keegoan untuk meminta maaf mahupun mengalahkan diri sehinggakan masing - masing diantara kedua pihak terus tidak 'menegur' satu sama lain walhal setiap hari setiap masa kedua - dua pihak mengharapkan deringan 'sms' atau panggilan.

"......In a Relationship to Single....." maka hal ini akan terjadi tetapi adakah benar - benar dalam hati serta perasaan tersebut sama sepertimana yang tertera di wall?, sudah seperti kebiasaannya rakan - rakan di jaringan sosial pun akan memberikan kata - kata "semangat".

Bagaimana pula dengan reaksi pihak saudara dan ahli keluarganya?. Mungkin Hubungan anda itu telah terjalin lama dan dikenali oleh ahli keluarga masing - masing maka perubahan "status" laman sosial anda itu bakal "mengejutkan" .

Tapi apakah daya, mungkin anda akan berkata bahawa "ini adalah jodoh dan mungkin sidia bukanlah jodoh saya" sambil mengenang kembali memori saat indah suatu ketika dahulu. 

Tapi bagi Mr.J apa yang berlaku bukanlah disebabkan istilah "Tiada Jodoh" , lazimnya istilah tersebut adalah merujuk kepada individu yang bersikap seperti "Tidak kisah" atau meletakkan keputusan yang melibatkan diri sendiri pada orang lain mengenai sesuatu hal sedangkan hal tersebut mungkin boleh dilakukan atau diselesaikan.

Istilah "Memujuk" bagi Mr.J adalah satu perkara seperti tahap kesabaran memancing sehingga mematahkan pancing bila lama menunggu.
Baiklah, kini anda dan sidia telah lebih sebulan tidak bertanyakan khabar berita bukan kerana benci tetapi mungkin masih mengharapkan "dipujuk" tetapi malangnya dia yang selalu memujuk anda bahkan selalu mengalah dengan sikap anda sedangkan anda tahu bahawa anda bersalah tetapi anda membiarkan kerana merasa seperti "Permaisuri" setiap kali dipujuk.

Tetapi kali ini anda mungkin silap, ternyata dia yang suka mengalah serta memujuk anda dahulu walaupun anda tahu anda tidak pernah memujuknya kini terasa seperti 'jauh'. Segalanya  berubah dan ketika itu anda mula mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej bertanya khabar, meminta maaf dan sebagainya .

Anda buat pertama kalinya menghubungi untuk meminta maaf serta memujuk tetapi  nombor yangnya telah tidak diguna lagi. 

Maka ketika itu anda bagaikan kesedihan dan mula merasakan satu penyesalan, anda tidak berputus asa dan anda akan cuba menghubungi rakannya bahkah mendail atau menghantar pesanana berkali - kali kepada nombornya sedangkan anda tahu nombornya telah tidak digunakan lagi.

Saat itu anda akan tahu bahawa apa yang dirasainya terdahulu ketika sidia menghantar pesanan berkali - kali bahkan juga mendail kepada anda tetapi anda hanya mengabaikan bahkan 'suka' bila membaca 'sms' pujukkan daripadanya.

Suatu ketika dahulu anda berkata ".......saya tahu dia akan pujuk saya juga ........"

- Mr.J

Pokok Tertinggi di Dunia vs Menara Tertinggi di Dunia yang telah terkeluar daripada Tajuk.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Boleh Bah Kalo Ko. Kali ini kita akan ke North Borneo atau dikenali dengan nama Sabah, untuk pengetahuan am Sabah adalah sebuah negeri yang berstatus "Negara" dalam Persekutuan Malaysia. 

Bila sebut tentang Sabah secara automatiknya Mr.J akan merasai ataupun membayangkan keramahan serta kepelbagaian budaya masyarakat asal disana, sejujurnya Mr.J lebih menyukai keadaan yang hijau serta tenang.

Pilak sinonim dengan penjual rokok murah di Sabah
Sekiranya anda ingin bercuti di Sabah dan ingin merasai 'kesejukkan alam' dan ketenangan adalah Mr.J sarankan bahawa anda harus berkunjung ke kawasan seperti Tamparuli. Tapi jika anda memilih keadaan yang boleh dikatakan 'agak sibuk' dan anda bukan pencinta alam mungkin Bandar Kota Kinabalu adalah destinasi anda.

Tetapi apa yang membuat Mr.J terkilan adalah ramai "Pilak-Pilak" disekitar jalan-raya sambil menjunjung bekas kotak yang berisi kotak rokok murah, tapi tidak mengapa kerana dipercayai golongan "pilak" ini membantu Sabah dalam ekonomi negara dan juga pemerintahan di Sabah paling tidaknya membantu dari segi "undi" bila tiba Pilihanraya. "Projek IC" 

Eh, Mr.J terlebih detail pula, baiklah kita lupakan mengenai Pilak dan Projek IC , kita terus sahaja kepada satu info yang cukup menarik dimana ramai yang tidak tahu mengenainya. Iaitu Pokok Tertinggi di Dunia hanya terdapat di Sabah, Borneo.

Mereka ada Bangunan tinggi kita ada Pokok Tertinggi di Dunia yang terletak di Sabah, Borneo
Jika di tempat lain tentu banyak yang berbangga dengan pencapaian bangunan - bangunan pencakar langit seperti di semenanjung malaysia ataupun orang key hell sangat berbanga dengan Menara Petronas dan juga Menara Berkembar KLCC. Tetapi setiap kali Mr.J lalui bangunan tersebut terus terlintas difikiran bahawa bertapa banyaknya hasil minyak Sabah dan Sarawak telah disedut. 

Bagi kebanyakkan Rakyat Warganegara Sabah dan Sarawak bila melihat Menara Kembar KLCC dan juga Menara Petronas secara tidak langsung mereka akan terbayangkan kampung halaman bukan kegembiraan tetapi kesedihan serta ketidakpuashati terhadap 'sistem pemerintahan' sekarang.

Mungkin tidak keterlaluan Mr.J katakan bahawa sebilangan Menteri Sabah dan Sarawak agak 'paloi' ataupun dengan bahasa yang lebih enak adalah 'bodoh'. Ternyata mereka tahu apa yang terjadi tetapi dalam realitinya buat tidak tahu mungkin atas sebab "kepentingan" sendiri. Maaf wahai menteri sekalian, andai jika anda terasa oh ya lupa pula Mr.J bahawa ramai menteri Sabah dan Sarawak Buta IT maklumlah semua sudah dimamah usia tetapi salute kepada Datuk Bung Mokhtar jiwa tua hati muda candy crush selamanya.

Tetapi itu tidak penting kerana kerana kita ( Sabah & Sarawak ) tetap menerima dengan seadanya walaupun dikhususkan gaji minimun sebanyak RM800 sahaja sedangkan di S.Malaysia adalah RM900 walaupun perihalnya Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sumber minyak dan juga pelancongan tertinggi. 

Ternyata orang Sabah & Sarawak ini sungguh baik hati serta menerima seadanya tetapi tidak bagi Mr.J , ada sesuatu perkara kita boleh setuju dan ada juga yang kita harus nilai bergitu juga perkara yang harus kita tolak berdasarkan "logik akal". 

Apa-apapun, sebenarnya Mr.J hendak kongsi mengenai Pokok Tertinggi tetapi agak 'malangnya' emosi telah mengawal sepenuhnya jari jemari Mr.J kali ini dan terkeluar pula mengenai perkara lain walaupun tiada persamaan diantara Pokok Tertinggi dengan Pilak , Projek IC dan juga Datuk Bung.

- Mr.J

Hantu Kamba & "Sumpit Lachau" dalam masyarakat Dayak Iban di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera, hari ini Mr.J hendak berkongsi sedikit mengenai nama Hantu dalam Bahasa Sarawak khususnya dalam Bahasa Iban serta 'usikkannya' kepada manusia.

Hantu Kamba 
Hantu ini sering didendangkan kepada para bahawa Hantu Kamba akan memburu kanak - kanak yang serta yang suka bermain diluar rumah pada waktu petang sehingga lewat senja. 

Serangan atau usikkan hantu tersebut adalah 'main' hide & seek dengan menangkap serta menyembunyikan kanak - kanak yang degil dan kebiasaanya mangsa akan disembunyikan tidak jauh dari tempat dimana kanak - kanak tersebut bermain. 

Semak Tebal Potensi kepada Hantu Kamba.
Potensi besar tempat Hantu Kamba menyembunyikan mangsa adalah di kawasan seperti 'longgokan' semak tebal, pepohon kayu besar, sekitar kaki bukit, pondok terbiar serta tidak terkecuali juga dalam kawasan halaman rumah . 

Melalui kisah cerita lisan yang pernah Mr.J dengar rata - ratanya Hantu Kamba akan 'menamatkan permainan sembunyinya' setelah merasa puas hati menghukum "budak degil" tersebut. 

Paling cepat mangsa dijumpai mungkin dalam tempoh tidak kurang daripada 2 jam dan paling lama adalah dianggarkan selama seminggu.

Moralnya dalam Hantu Kamba adalah bertujuan untuk mengelakkan kanak - kanak bermain sampai senja sehingga malamnya tidak dapat belajar ataupun membuat kerja sekolah kerana kepenatan bermain.

"Sumpit Lachau"
Ada satu lagi Hantu yang Mr.J hendak kongsikan iaitu "Hantu" yang muncul bila waktu Hujan Panas dan Hantu tersebut dikatakan menggunakan Senjata lama iaitu "Sumpit".

"Kena Sumpit 'Lachau' andai anda terdedah kepada Hujan Panas" itu adalah diantara amaran atau nasihat yang diberikan oleh masyarakat Iban seandainya berlakunya Hujan di waktu Panas.
Info : Lachau juga adalah nama sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, Sarawak
Tetapi Mr.J masih agak kurang pasti samaada "Lachau" adalah Hantu ataupun kerana "Lachau" adalah nama bagi sejenis cicak hutan di Sarawak.

Individu yang degil serta keluar terkena hujan panas akan dikatakan jatuh sakit ini kerana dipercayai telah disumpit oleh "Lachau".

So, mungkin ditempat anda juga mempunyai "Hantu" yang seakan sama 'modus operandi' seperti diatas.

- Mr.J


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahliputan media

Gambar : Pembunuhan Paling Kejam di Sibu! Bunuh dan Kerat angota badan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

**** Tidak Sahih ***** SIBU: Kejadian dipercayai berlaku semalam di Daerah Durin iaitu pada 10/12/13 , dimana sekujur tubuh manusia dijumpai dikerat - kerat kepada tiga bahagian .

Dipercayai gambar ngeri berlegar-legar di facebook hari ini, disini Mr.J mendapat info lain bahawa gambar tersebut bukan berlaku disibu. Gambar tersebut dipercayai tersebar daripada pengguna facebook iaitu fan.rinnie ( https://www.facebook.com/fang.rinnie ). Bukan itu sahaja telah banyak tersebar di sosial media yang lain.




Sumber Gambar : https://www.facebook.com/fang.rinnie 
"听说是Sibu Durin今天发生的命案个!!sibu已经没有安全了!!!太没人性了吧?他们怎么下得了手啊好恐怖好恐怖女生们,千万不要跟陌生人单独出去呀,就算不是陌生人也一样!!现在的人性难测啊!!这世界太没天理了!!!"

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Kinabatangan, Bung Muktar ada 'hati' sama Neelofa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert


Berkahwin dengan Mayat Kekasih..Baca sahaja dan jangan "renung" gambar ini.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sanggupkah anda sekiranya 'dipaksa' ataupun 'terpaksa' mahupun 'rela' atas sebab sebuah ikatan Cinta yang Agung. 

Dibawah ini Mr.J kongsikan sebuah kisah mengenai "Cinta yang Agung" iaitu mengenai seorang gadis dan seorang pemuda, mereka telah menglansungkan Pertunangan tetapi malangnya sebelum genap tempoh untuk Maljis Perkahwinan gadis tersebut meninggal dunia. 

Dipercayai Jika anda menatap gambar tersebut dengan waktu relatif yang lama dan jika
si gadis tersenyum balik kepada anda...
Pada tahun 1920-an, seorang gadis berumur 17 tahun berasal dari sebuah desa di Cina, gadis ini berasal dari keluarga yang berada dan kaya raya. Oleh itu, dengan kekuatan wang yang ada, dia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Lelaki tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang, tetapi upacara pernikahan belum sempat dilaksanakan kerana si gadis meninggal dunia pada tahun 1922 disebabkan demam.

Si lelaki tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti yang telah disebutkan si gadis berasal dari keluarga yang kaya raya, anggota keluarganya berjaya membawa lelaki tersebut untuk kembali, kemudian dia dipaksa untuk menjalani ritual pernikahan dengan si gadis yang telah meninggal itu. 

Mereka terpaksa menyangga tubuh si gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki si gadis tidak menyentuh tanah secara penuh? Dan juga, dua baris huruf Cina, satu barisnya ditulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. 

Kisah Sabah dan Sarawak setelah 50 membentuk "Malaysia". Apakah Status Taraf Sabah & Sarawak?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Sebuah Nukilan "Bebas" tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintahan di Sebuah Negara Persekutuan yang diangotai oleh 3 Wilayah. Dan mungkin para Menteri hanya akan menjawap "you tak suka kerajaan sekarang u sila keluar Malaysia....

25 Tahun yang lepas kita masih dihargai 
sebagai taraf sebuah "Negara" di Negara 
Bersekutu "Malaysia" serta kita sama taraf
dengan Tanah Melayu dan Singapura.

Tetapi mungkin Sabah & Sarawak "Alpa" dan 
tidak sedar bahawa dalam tempoh 50 tahun
kita telah di"brainwash" termasuk beberapa
sejarah penting Sabah & Sarawak tidak diajar
buku sekolah. 

Kita diajar bahawa 16 september 1963 itu 
bukan tarikh penting dan yang penting adalah
31 Ogos 1957 dan turut diubah bahawa malaysia
merdeka 31 ogos.

Sedangkan Itu tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Iaitu Rakan Kongsi Kita dalam Persekutuan "Malaysia"

Sabah Merdeka = 31 Ogos 1963
Sarawak Merdeka = 22 July 1963
Malaya Merdeka = 31 Ogos 1957

:: 16 September 1963 ::
Lahirnya Negara Persekutuan "Malaysia"
(Sabah,Sarawak,Singapura,Malaya)

:: 7 Ogos 1965 ::
Singapura Keluar dari Gagasan "Malaysia"

:: 8 Ogos 1965 ::
Singapura Merdeka sepenuhnya.

Sekarang Sabah & Sarawak sudah turun "Status"
Dari Sebuah Negara kepada Negeri ke 12 , 13.

Kini Usia "Pertunangan" Sabah , Sarawak dalam 
"Persekutuan Malaysia" baru sahaja 50 tahun..

50 tahun menjadi Anggota di "Malaysia".
Kita sedekahkan pelbagai hasil 
untuk bersama majukan "Malaysia"...
Kita sedekahkan sumber petroleom...
Kita sedekahkan hasil hutan...
Kita sedekahkan hasil pelancongan...

Sehingga berdirinya Menara Berkembar Petronas...
Dimana Hasilnya daripada kita...
Bagi Kita.. Menara itu berkembar...
Kerana ia melambangkan Titik Peluh..
Sabah & Sarawak....

Tapi sayang...tabung hasil kita dikorek
Sehingga kering kontang..
Kita menjadi Termiskin sekali..
Sedangkan mereka bermegah dengan hasil kita..

Tapi Cinta itu tak semestinya indah...

Kita diserang pelbagai isu...
Kita dicaci dihina sebagai masyarakat tak bertamadun..
Kita "masih tinggal dalam gua"....
Kita "masih lagi bercawat".....
Kita "Mengamalkan Ilmu Hitam"....

Semakin hari kita mudah lupa... 
Ayuh Sabahan & Sarawakian...
Misi kita baru bermula...
Biarpun mengambil masa yang lama..
Tahap kesabaran ada hadnya...

Kita mahu merasai nikmat Kemerdekaan Mutlak..
Tanpa "Jajahan" luar...

Sabah for Sabahan!
Sarawak for Sarawakian!



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak. Ini bukan kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Air Sungai Rajang bakal meningkat pada paras bahaya.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sungai Rajang merupakan terbesar dan terpanjang di *Asia.
Paras air Sungai Rajang cecah paras berjaga-jaga dan para penduduk berdekatan dinasihati bersiap sedia untuk menghadapi kemungkin limpahan air Sg. Rajang yang boleh menyebabkan banjir berlaku di beberapa tempat kawasan khusunya Negeri seperti Sibu dan Kapit.

Semalam beberapa kawasan di Sibu, Sarawak ditengelami air pasang 'besar' dari limpahan Sg. Rajang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid memberi jaminan anggota serta peralatan menyelamat akan digerakkan dengan segera sekiranya keadaan memerlukan.

“Cuti anggota kita juga telah dikawal tetapi belum dibekukan memandangkan keadaan masih belum serius lagi,” ujarnya. Mengenai peralatan, beliau memberitahu pihaknya telah menyediakan beberapa buah bot, lori serta kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan semasa banjir. katanya di Borneo Post

Info Tentang Sungai Rajang
Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Negara Bersekutu Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Bujang Sebelak dan Bujang Lubok Tewas, kini giliran Bujang Raja Hitam menyerah diri. ( Kisah Buaya Sarawak )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bujang Sebelak tewas, Bujang Lubok Tewas.. Bujang Raja Hitam Juga Tewas di Roban semalam 2/12/13 kurang beberapa jam selepas Bujang Sebelak Tewas. ada berapa Bujang lagi bakal tewas hanya dengan satu tamparan di kepala oleh pawang buaya. 

Bujang Raja Hitam ( bukan Suria Baja Hitam ) telah tewas di tangan pawang buaya terkenal ini selepas Bujang Lubok menyerah diri tempoh hari

Menurut Pawang Baya terkenal iaitu Indet , dia mengatakan bahawa Bujang Raja Hitam dipercayai mempunyai sejarah telah membaham 4 orang manusia ketika hayatnya ini kerana berdasarkan beberapa tanda yang terdapat pada tubuhnya iaitu pada ekor.

Pawang Baya Indet berjaya menyeru si persalah menyerah diri - gambar borneo post
Bujang Raja Hitam terdapat empat koyakan pada bahagian atas ekornya membuktikan bahawa terdapat empat orang manusia menjadi mangsanya.

Manakala dari segi usia adalah dianggarkan berumur lebih 100 tahun lebih , ini telah membuktikan bahawa masih banyak lagi baya bersaiz mega di sekitar sungai Sarawak.

- Mr.J

Mayat hanyut mengemparkan pendududuk di Bungan Kecil, Batang Igan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU : Penemuan mayat hanyut yang dipercayai mayat pemuda lelaki telah mengemparkan para penduduk perkampungan Melanau di kawasan Bungai Kecil atau dikenali sebagai Bungan "Mit" di Batang Igan. Kejadian dianggarkan berlaku pada petang ini 2/12/13 . 

Mayat yang dipercayai pemuda berketurunan Cina dijumpai di Bungan Mit.

* Laporan Penuh akan menyusul

- Mr.J

Semoga Perogol & Pembunuh Rinnie Tiew dipenggal Kepala serta digantung di Tepi Jalan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ternyata hari ini Mr.J agak emosional sedikit, bahkan dalam hati ini bagaikan ingin mencapai parang serta terus hunuskan dan sembelih serta cungkil biji mata dan paling akhir sekali Mr.J akan penggalkan kepala 10 Orang "Individu" yang masih lagi berkeliaran di sekitar Roban-Kabong , Saratok dan Sibu.
SIBU: Mayat budak perempuan berusia 12 tahun yang ditemui mati di tepi Jalan Roban-Kabong di Roban Sabtu lalu dibawa ke Hospital Sibu semalam untuk bedah siasat.
Bedah siasat ke atas mayat terbabit akan diadakan esok (Selasa). 
Menurut sumber, pakar patologi akan diterbangkan dari Kuching bagi menentukan punca kematian mangsa selepas menghadiri majlis perkahwinan di sebuah rumah panjang. 
Mangsa dikenali sebagai Rinnie Tiew pergi ke majlis perkahwinan bersama bapa dan abangnya di sebuah rumah panjang yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah panjang mereka. 
Mangsa dikatakan pergi ke majlis tersebut pada sebelah petangnya dan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel pada keesokan harinya. Bahagian muka dan mata di sebelah kirinya dikatakan lebam. 
Terdapat juga kesan cakaran kuku pada badan dan kaki mangsa.
Rinnie adalah anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kali terakhir mangsa dilihat memakai seluar putih berjalur hitam dan kemeja-T biru gelap.
10 Individu tidak perikemanusiaan telah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 Tahun yang mayatnya kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan.  

- Mr.J, semoga Roh Rinnie Tiew mendapat pembelaan yang seadilnya.

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Anak ahli perniagaan di Sibu mati bunuh diri.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Siapa kata yang kaya raya itu boleh bahagia?, ternyata mempunyai status "Kaya" atau memilikki kewangan yang stabil dan banyak boleh membeli sebuah kebahagian.

Mungkin ramai diantara kita selalu mengeluh "kenapalah nasib aku miskin bergini" dan sebagainya. Tapi bagi Mr.J cukuplah diberikan sebuah kehidupan yang ala kadar tidak perlu kaya dan makan dan pakai secukupnya.

Hari ini di Sibu, Sarawak dimana seorang anak Ahli Perniagaan membunuh diri dan kalau tidak silap Mr.J pada tahun ini di Sibu juga telah berlaku seorang Ahli Perniagaan membunuh anak serta isterinya. Baiklah kita terus ke keratan berita daripada Borneo Post yang bertarikh 2/12/2013.
SIBU: Anak seorang ahli perniagaan terkemuka ditemui mati terhidu gas beracun daripada arang yang dibakarnya dalam sebuah bilik tertutup di rumahnya, di sini semalam. 
Mangsa yang dikenali sebagai Hu King Chang, 42, dipercayai membunuh diri dan mayatnya ditemui oleh rakannya pada tengah hari di kediamannya di Jalan Camar, di sini. Menurut rakannya, semasa menemui mayat mangsa bilik di rumahnya itu masih terasa hangat akibat arang yang dibakar. 
 - Mr.J , tidak mahu menjadi kaya sekadar mahu menjadi bahagia  "Ingat nya duit ukai semua utai...."

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Umpan Anjing berjaya menawan Buaya Bujang Sebelak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SARATOK: Seekor buaya yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, penduduk Rumah Panjang Mawan Empayak, di Roban, pada 22 November lalu, akhirnya berjaya ditangkap, pagi tadi.
Buaya sepanjang kira-kira lima meter serta lebar satu meter tumpas di tangan pawang terkenal Indet Sanabong, 46, di Sungai Tingam, berdekatan lokasi kejadian di Lubuk Emplaie, jam 9 pagi tadi.


Buaya terbabit ditangkap ketika cuba memakan umpan anjing yang disangkut pada kail.

Bagaimanapun, kira-kira tujuh jam kemudian, seekor lagi buaya ditangkap Indet tidak jauh dari lokasi buaya pertama ditangkap.

Buaya tujuh meter panjang serta lebar lebih dua meter itu dipercayai 'ketua' reptilia itu ditangkap ketika cuba memakan umpan.

"Pada jam 4 petang tadi, kami sekali lagi ke tempat di mana kail dipasang dan terkejut apabila mendapati, seekor buaya cukup besar tersangkut. Kami terpaksa memanggil beberapa penduduk untuk menarik buaya ini," katanya.  Harian Metro

Text Penuh ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah di Forum "Cerita Mengenai Penubuhan -Malaysia-".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Banyak yang telah ditulis mengenai penubuhan Malaysia dan, pada dasarnya, pandangan dalam tulisan-tulisan ini adalah konsisten. Namun, dukacita saya nyatakan bahawa pengetahuan mengenai penubuhan Malaysia adalah pada tahap yang tidak memuaskan, terutama di kalangan golongan masyarakat muda kita. Kita tidak seharusnya mengambil mudah sejarah dan masa lampau kita kerana sejarahlah yang menentukan duduk kita pada hari ini. Kejahilan yang wujud ini adalah sangat menyedihkan dan kita harus ingat bahawa seandainya dimanipulasi dan dieksploit oleh golongan tertentu akan menjadi cukup merbahaya dan mungkin saja akan mengancam kestabilan dan kesejahteraan kita.

2. Daripada pengamatan dan penelitian saya, adalah tidak keterlaluan untuk menyimpulkan bahawa masyarakat kebanyakan yang separa umur dari Sabah dan Sarawak tidak mengetahui dengan jelas mengenai penubuhan Malaysia, apa lagi golongan masyarakat yang sama dari Semenanjung. Apa pun, satu perkara yang pasti adalah kebencian dan rasa tidak puas hati bila mana Sabah dan Sarawak dianggap dan disamakan dengan 11 negeri lain di Semenanjung. Terdapat juga isu-isu lain, tetapi yang paling sering dipersoalkan adalah mengenai salah tanggap ini. Rasa tidak puas hati ini kedengaran di awal 80an lagi tetapi tidak pernah muncul di forum-forum yang rssmi. Namun demikian, ianya tetap kekal sebagai kudis yang mempunyai potensi untuk pecah dan memberikan kesengsaraan.

3. Parlimen pada penggal ini menyaksikan usul yang dibawa oleh anggota dari Sabah untuk melihat kembali Perjanjian 20 perkara yang melibatkan Sabah. Walaupun, ianya tidak diberikan keutamaan, dan tidak dibahas, saya fikir usahanya adalah satu permulaan yang baik. Paling tidak, akan tercatat rekod mengenai isu ini selain dari menyuntik perasaan ingin tahu di kalangan anggota-anggota yang lain.

4. Semaraknya jangkauan internet dan media sosial seperti Blog dan Facebook yang mencapai ke setiap pelusuk tanah air, telah merubah keadaan. Hari ini, kebanyakan orangramai mulai sedar tentang kemarahan rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak mengenai isu ini. Rasa tidak puas hati ini akan memuncak dengan kedatangan 16 September. Rungutan mengenai janji yang tidak ditepati akan memenuhi halaman media dengan berbagai cara. Rasa tidak puas hati ini datang dari hampir semua golongan masyarakat kita, sama ada dalam bentuk tulisan, ucapan dan sebagainya. Golongan yang mewakili pertubuhan agama menyatakan pemikiran mereka dari sudut agama dan golongan bisnes (ahli perniagaan dan sebagainya) membincangkan dari perspektif ekonomi. Isu-isu yang sering diutarakan termasuklah pendidikan, hak asasi manusia dan politik.

5. Terdapat banyak rungutan dan perasaan tidak puas hati yang diluahkan, tetapi sayang ianya tidak pernah ditanggap secara serius. Lebih mendukacitakan lagi, dengan pendedahan yang berlaku dan kemudahan untuk mengakses maklumat, masih tidak ramai anggota masyarakat yang mula berjinak membelek sejarah dan mengambil tahu proses yang terjadi sehingga tertubuhnya Malaysia. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk memanfaatkan kesempatan ini dan memberikan perspektif yang sekomprehensif mungkin dan mudah-mudahan saya mampu untuk mencuit dan mewujudkan perasaan ingin tahu yang mendalam di kalangan hadirin sekalian. Tetapi sebelum itu, saya fikir ada baik untuk kita melihat kepada beberapa rungutan yang sering muncul.

6. Ahli akademik dari Sabah dalam penulisannya telah membuat kenyataan yang sangat mengkhuatirkan mengenai apa yang terjadi terkait dengan penubuhan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia dengan kefahaman bahawa kepentingan kedua-dua negeri akan terus dipelihara. Kepentingan ini termaktub  dalam Perjanjian 20/18- Perkara, London Agreements dan Inter-Governmental Report (Jawatankuasa Antara Kerajaan [JAK]). Beliau menekankan bahawa kepentingan Sabah dan Sarawak tidak dipelihara atau dijaga dan malah diambil mudah dengan sesuka hati dan perkara berkaitan ditentukan mengikut kehendak dan keinginan Kuala Lumpur. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi kepada Persekutuan Tanah Melayu dalam Malaysia dan bukannya merupakan dua daripada 13 negeri dalam Malaysia. Sekumpulan ahli politik yang berasal dari Malaysia Timur dan beberapa aktivis sosial pergi lebih jauh dengan menggambarkan bahawa pelanggaran hak ini sebagai usaha  “mencuri” (memanfaatkan) kekayaan mereka.

7. Terdapat juga rungutan dari Sarawak yang memilih untuk menggambarkan permasalahan ini secara simbolik. Penubuhan Malaysia dilihat sebagai perkahwinan dengan perjanjian prenuptial, iaitu, Perjanjian 18 perkara. Beliau menjelaskan bagaimana si isteri, yakni, Sarawak, telah dikecewakan oleh si suami, Kuala Lumpur, yang tidak memberikan perhatian yang wajar,  tetapi tetap menjadi isteri yang setia, taat, berbuat baik dan bertanggungjawab.

8. Baru-baru ini, seorang ahli politik Sabah mengatakan dengan lantang bahawa Sabah adalah milik rakyat Sabah dan bukannya Malaysia kerana Perjanjian Malaysia belum dilaksanakan. Beliau berhasrat agar pelaksanaan perjanjian ini disemak semula dan pada masa yang sama menangani rasa tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak. Beliau juga menyatakan bahawa Sabah telah kehilangan sebahagian besar daripada 20 Perkara yang disepakati terutama apabila keputusan yang berkaitan dengan Sabah,  diputuskan oleh Kuala Lumpur semata-mata. Lebih buruk lagi, beliau merasakan bahawa Sabah telah dilayan seperti sebuah negeri jajahan (koloni) dan bukannya sebagai rakan kongsi yang sama dalam Malaysia. Seorang Paderi Besar Sabah, yang bercakap pada Hari Malaysia 2012, mempersoalkan sama ada perjanjian yang menegakkan kebebasan dan hak-hak serta adat resam negeri dipelihara. Beliau juga dengan jelas menyatakan bahawa kesepakatan mengenai penjagaan hak-hak inilah yang meyakinkan Sabah (North Borneo ketika itu) dan Sarawak untuk membentuk Malaysia bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

9. Seorang aktivis dengan gelaran anak jati Sabah, dalam melepaskan kekecewaan beliau, tanpa berselindung menegaskan bahawa rakyat Malaysia di Semenanjung adalah salah apabila menyatakan bahawa Sabah menyertai Malaysia. Hakikatnya, Malaysia tidak pernah wujud tetapi hanya wujud apabila Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung dan  membentuknya. Beliau mendakwa bahawa Perjanjian 20 Perkara dan Batu Sumpah (didirikan di Keningau sebagai peringatan sokongan Sabah untuk penubuhan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara) tidak dihormati dan telah diketepikan oleh Kuala Lumpur. Kekesalan beliau dapat dilihat dengan kata-kata yang terluah, "Batu Sumpah dan Perjanjian 20 Perkara secara perlahan-lahan dan berterusan diremehkan dan diketepikan oleh Kuala Lumpur."

10. Sentimen yang sama juga di utarakan oleh seorang ahli profesional dari Sarawak. Beliau malah pergi lebih jauh dengan mengatakan wajar bagi Sarawak untuk memilih keluar daripada Malaysia kerana layanan yang tidak baik daripada Kuala Lumpur yang melanggar Perjanjian 18 Perkara. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa terdapat kebaikan untuk berada dalam Malaysia tetapi perkara yang terkandung dalam Perjanjian 18 Perkara perlu dipelihara dan dihormati.

11. Gambaran di atas adalah merupakan beberapa contoh perkara yang mengekang hubungan baik antara Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur. Isu-isu ini adalah kritikal terutama apabila dilihat dari perspektif politik wilayah yang unik kepada Malaysia. Mereka perlu diperbetulkan dan beban yang paling besar adalah kepada orang-orang yang berkuasa dan mempunyai pengaruh politik yang kuat. Hanya dengan cara ini kita akan mempasti dan mengekalkan kewujudan Malaysia yang progresif, dihormati dunia, dan membawa makna kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

12. Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memulakan proses perbaikan ini, ada baiknya kita lihat kepada kejadian-kejadian yang membawa kepada penubuhan Malaysia. Saya juga berharap agar kita melihat ini dengan fikiran yang terbuka, tanpa sebarang persepsi. Kita hayati rungutan yang diluahkan tanpa sebarang prejudis dan janganlah kita cepat menyimpulkan bahawa sesuatu “perkara” itu tidak penting, tidak sesuai atau tidak relevan lagi. Sebaliknya kita lihat kepada kesemua isu dan tangani mereka dengan sewajarnya.

13. Dalam ucapan beliau pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman, bercakap mengenai keputusan untuk menubuhkan satu persekutuan. Beliau mengatakan bahawa penubuhan itu dibuat dengan "hati-hati sekali dan pemikiran yang mantap." Kesepakatan itu yang dihasilkan melalui "perdebatan dan perbincangan" serta "inkuiri dan pungutan suara yang diadakan selama dua setengah tahun." Tunku juga bangga kerana Malaysia telah ditubuhkan "melalui kesepakatan hasil dari perbincangan dan perdebatan yang berlaku dalam suasana yang mesra dan penuh tolak ansur”. Beliau juga yakin bahawa kerjasama, kerukunan dan kesepakatan yang wujud telah didorong oleh keinginan untuk berkongsi nasib dan haluan yang sama. Jasa Tunku dan pemimpin-pemimpin lain dalam menubuhkan Malaysia mesti dihargai dan wajar untuk kita mempastikan hasrat dan keinginan serta kesepakatan yang menjadi asas kepada penubuhan Malaysia dijaga dan dipertahankan.

14. Terdahulu daripada itu, pada Mei 1961, di Hotel Delphi Singapura, Tunku telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama ekonomi dan politik yang rapat dan dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Antara lain, kerjasama ini akan menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Di samping itu, gagasan ini juga akan dapat mengimbangi komposisi kaum penduduk, meningkatkan (mempercepatkan) kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. 

Cadangan ini diterima baik oleh Great Britain dan selaras dengan sikap mereka pada waktu itu untuk membebaskan kawasan jajahan mereka . Walau bagaimanapun terdapat kekhuatiran terutama mengenai kemungkinan ianya ditentang oleh pemimpin-peminpin tempatan di ketiga-tiga wilayah Borneo. 

Kekhuatiran ini terbukti betul apabila Sarawak United Peoples Party, Partai Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organisation membentuk Barisan Bersatu untuk menolak penubuhan ini dengan kenyataan bahawa cadangan penubuhan ini “tidak dapat diterima sama sekali”.  Sikap yang sama juga diambil oleh Sarawak National Party dan rekod sejarah juga mencatatkan penolakan dari kalangan orang-orang di pedalaman Borneo Utara. Pada peringkat ini terdapat juga pemikiran bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British.

15. Untuk menangani penolakan ini, Tunku melawat Sarawak dan Borneo Utara pada bulan Julai dan Ogos 1961 untuk memenangi hati dan pemikiran masyarakat dengan menjelaskan secara terperinci rancangan dan manfaat penubuhan. Pada masa yang sama lawatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari Borneo untuk melihat sendiri keadaan di Tanah Melayu meyakinkan mereka bahawa Malaysia adalah satu idea yang baik. Di samping itu, pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak pula telah dihantar untuk menyertai Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel yang berlangsung di Singapura. Kesempatan ini mereka ambil untuk membincangkan secara bersemuka mengenai konsep Malaysia secara lebih terperinci dengan rakan-rakan dari Tanah Melayu dan Singapura.

16. Kesepakatan mengenai penubuhan Malaysia dicapai dan pada Julai 1961 apabila pemimpin-pemimpin ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Jawatankuasa ini bersidang selama empat kali dan di mesyuarat terakhir yang berlangsung di Singapura pada Februari 1962, Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara terhadap penubuhan Malaysia. Memorandum tersebut dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold yang telah ditubuhkan untuk menentukan sama ada rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Pada Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold telah diserahkan kepada kerajaan Tanah Melayu dan British. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

17. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Cobbold juga melaporkan bahawa sebahagian besar penduduk, terutama di kawasan pedalaman, tidak mempunyai penghayatan sebenar mengenai konsep Malaysia. Namun, sepertiga dari mereka menyokong penubuhan dan konsep Malaysia dan berharap ianya dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Golongan ini tidak terlalu mengambil berat tentang syarat dan terma penubuhan. Sepertiga lagi pada dasarnya menyokong penubuhan Malaysia tetapi menetapkan syarat dan perlindungan yang berbagai yang perlu ditepati. Yang selebihnya terbahagi kepada kelompok yang menginginkan kemerdekaan sebelum menubuh Malaysia dan kelompok yang ingin kekal di bawah pemerintahan British.

18. Suruhanjaya juga memberi amaran yang intinya "Malaysia harus dianggap oleh semua pihak sebagai pertubuhan rakan kongsi, menggabungkan demi kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru tetapi mengekalkan keunikan (keperibadian) masing-masing. Jika terdapat sebarang ide atau pemikiran yang mengarah kepada Malaysia sebagai 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu dan menghilangkan keunikan (individualities) Borneo Utara dan Sarawak, maka konsep Malaysia tidak akan diterima dan berjaya." (It is a necessary condition that from the outset, Malaysia should be regarded by all concerned as an association of partners, combining in the common interests to create a new nation but retaining their own individualities. If any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take –over’ of the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not be generally acceptable and successful).

19. Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) telah ditubuhkan atas syor Suruhanjaya Cobbold untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi hak dan kepentingan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak. Pada mesyuarat pertama di Jesselton pada 30 Ogos, 1962, IGC mengemukakan memorandum yang antara lain, memberikan hak kepada kedua-dua wilayah untuk mengawal urusan yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan selama 10 tahun sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Memorandum ini, dengan beberapa pengubahsuaian, telah dimasukkan ke dalam Akta Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri yang berkaitan. Perlindungan hak dan kepentingan inilah yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara untuk Sabah dan Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

20. Secara ringkas Perjanjian 20 Perkara untuk Borneo Utara adalah berkaitan dengan :



Agama
Bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa Inggeris
Perlembagaan yang merupakan suatu dokumen yang baru
Ketua Persekutuan
Nama Persekutuan
Kawalan imigresen oleh negeri
Hak pemisahan
Borneonisasi (Perkhidmatan Awam)
Kedudukan pegawai British
Kerakyatan
Cukai dan kewangan
Kedudukan dan hak istimewa untuk bumiputera
Kerajaan Negeri
Peraturan masa peralihan
Pendidikan
Perlindungan perlembagaan
Perwakilan di Parlimen Persekutuan
Nama Ketua Negeri
Nama Negeri dan
Tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain


Dua perkara terakhir iaitu mengenai nama negeri dan tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain tidak berada dalam Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

21. Perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20/18 Perkara seharusnya disemak semula selepas 10 tahun. Tun Razak, yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menubuhkan jawatankuasa dalam tahun 1973 yang dipengerusikan oleh timbalannya, Tun Dr. Ismail, untuk mengkaji semula perjanjian IGC. Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut tidak bersidang sama sekali dalam tahun itu kerana kebetulan Rang Undang-Undang Draf Akta Pembangunan Petroleum (PDA) sedang disediakan pada masa itu. Kebijaksanaan pada waktu itu adalah untuk mengutamakan penerimaan PDA oleh Sabah dan Sarawak. Apabila PDA mula dikuatkuasakan, saya ditugaskan oleh Tun Razak untuk mempastikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang berkaitan menanda tangani perjanjian seperti keperluan dalam PDA. Pada kesempatan ini, Sabah dan Sarawak menzahirkan dengan tegas kedudukan mereka.

22. Apapun, Tun Dr Ismail meninggal dunia pada Ogos 1973 dan ini diikuti dengan kematian Tun Razak pada bulan Januari 1976, menyebabkan urusan penyemakan perjanjan IGC di- ketepikan buat sementara. Saya ingin tegaskan di sini bahawa semakan semula itu tidak berlaku dan niat Tun Razak sebenarnya mencerminkan niat baik kerajaan persekutuan dalam menjaga hubungan dengan Sabah dan Sarawak. Niat ini dibelakangkan memandangkan keperluan kepada perkara penting seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Mungkin saja semakan semula ini kita pertimbangkan lagi sekarang sempena meraikan ulang tahun ke 50 Malaysia.

23. Kisah Malaysia tidak akan lengkap jika saya tidak menyentuh mengenai reaksi yang signifikan daripada Indonesia dan Filipina mengenai penubuhan Malaysia. Indonesia telah menarik balik sokongan awal untuk konsep tersebut. Kerajaan Filipina juga membantah penubuhan Malaysia dan mengumumkan tuntutan terhadap Borneo Utara. Ini membawa kepada satu lagi pusingan penilaian pendapat umum, kali ini oleh PBB. Laporannya telah diumumkan pada 13 September, 1963. PBB mengesahkan bahawa rakyat Borneo Utara dan Sarawak telah secara bebas menyatakan hasrat mereka untuk penubuhan Malaysia. Mereka sedar bahawa ini akan mengubah status mereka. Laporan itu juga menyatakan bahawa hasrat ini telah "dinyatakan melalui proses demokrasi dengan pengetahuan yang cukup, dikendalikan secara bebas dan saksama dan berdasarkan hak mengundi sejagat." Perjanjian Malaysia telah ditandatangani lebih awal iaitu pada 9 Julai, 1963, di Rumah Marlborough di London, dengan harapan Malaysia akan rasmi lahir pada 31 Ogos, 1963 . Walau bagaimana pun, hasrat ini tidak tercapai kerana peristiharan Malaysia hanya dibuat pada 16 September 1963 untuk menampung laporan PBB yang hanya siap dua hari lebih awal.

24. Saya telah memberi gambaran yang komprehensif tentang kewujudan Malaysia. Malangnya, ia tidak sepadan atau tidak tepat dengan apa yang telah dipersetujui pada asalnya. Kita boleh memberikan pelbagai penjelasan dan alasan untuk ini, tetapi saya dengan rendah hati berharap agar kita tidak memilih untuk berbuat demikian. Marilah kita sepakat membangkitkan keberanian untuk mengiktiraf dan mengakui bahawa kita mempunyai masalah. Sikap sedemikian adalah permulaan yang baik untuk proses penyelesaiannya.

25. Kita sedar dan harus terima hakikat bahawa maklumat berkaitan dengan penubuhan Malaysia dalam domain awam adalah tidak mencukupi atau tidak wujud sama sekali. Kekurangan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ketegangan antara rakyat Malaysia di kedua-dua belah Laut China Selatan. Yang pasti, ketidakfahaman  (salah tanggap) ini bukanlah disengajakan tetapi disebabkan oleh kedaifan ilmu pengetahuan. Saya yakin bahawa kebanyakan perselisihan ini tidak lahir daripada niat jahat atau prasangka buruk. Kesilapan lazim yang menganggap bahawa Sabah dan Sarawak adalah dua negeri di Malaysia adalah contoh terbaik. Ia adalah satu kesilapan yang mengundang berang (kemarahan) rakyat Sabah dan Sarawak (terutama yang mengetahui sejarah) dan menghantui mereka. Kita mesti memperbetulkan salah faham ini, dan sebagai permulaan, kita harus menyediakan fakta yang tepat mengenai penubuhan Malaysia. Untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh, bahagian sejarah yang penting ini patut dimasukkan dalam kurikulum sekolah kita.

26. Baru-baru ini kenyataan akhbar yang dibuat oleh salah seorang Menteri Kerajaan Negeri Sabah membuktikan bahawa kedangkalan pengetahuan ini wujud di setiap lapisan masyarakat. Dalam konteks ini, ianya lebih parah kerana yang membangkitkan kemarahan Menteri tersebut adalah pemimpin dari Semenanjung yang telah bercakap tanpa pengetahuan yang cukup sehingga menyentuh sensitiviti dan integriti masyarakat di Sabah dan Sarawak.

27. Perlu kita jelaskan, bahawa 31 Ogos adalah tidak signifikan kepada Sabah dan Sarawak, sebesar manapun sambutannya. Ia hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaliknya, 16 September - Hari Malaysia – adalah lebih penting dan seharusnya menjadi salah satu hari besar dalam sejarah Malaysia. Oleh yang demikian, hari tersebut perlu diraikan sebagai perayaan utama dalam kalendar peristiwa negara kita.

28. Saya juga ingin menjelaskan bahawa Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, adalah tidak wajar untuk kita mengatakan bahawa kedua-dua Perjanjian ini tidak lagi wujud ataupun relevan. Pemikiran sebegini tidak konsisten dan menyentuh perkara yang sensitive yang boleh menggugat keharmonian semua. Apa pun, Batu Sumpah Keningau akan berdiri selama-lamanya sebagai monumen kepada semangat Perjanjian 20 Perkara.

29. Pertanyaan seterusnya adalah apakah langkah kita selanjutnya? Bagaimanakah cara dan kaedah untuk kita menangani kemelut ini?  Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, soalan-soalan ini paling tepat dijawab oleh golongan yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan negara. Saya fikir, mereka bertanggungjawab untuk mengambil sikap dan memulakan proses perbaikan ini. Kita perlu membuktikan bahawa kata-kata sinis yang menganggap bahawa penubuhan Malaysia hanyalah merupakan peralihan kuasa dari British kepada Tanah Melayu adalah tidak benar. Kita juga harus membuktikan bahawa amaran yang dizahirkan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold juga tidak berasas. Kita mesti melakukan semua ini dan mengukuhkan penubuhan dan perkembangan Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis.

30. Malaysia yang seperti ini akan mempastikan pertumbuhan, perkembangan dan kestabilan tanah air yang kita cintai. Pertumbuhan dan kestabilan ini juga akan memberikan manfaat kepada rantau kita ini yang berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan. Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis akan pasti dihormati dan dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Memandangkan ketidaktentuan politik di Sabah, Malaysia yang bersatu dan aman serta yakin dengan kedudukannya di kacamata masyarakat antarabangsa, akan dapat memainkan peranan yang penting dan membantu menyelesaikan masalah yang rumit dan mengancam rantau ini. Sebagai contoh, Malaysia boleh memyuarakan pendapat dan menenangkan keadaan dalam usaha untuk mengatasi tuntutan bertindih oleh pelbagai negara terhadap Kepulauan Spratlys.

31. Suka saya mengingatkan bahawa keperitan, ketegangan dan kesengsaraan di kalangan masyarakat akan cenderung untuk lebih parah pada masa-masa kesulitan ekonomi. Memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman, yang diklasifikasikan sebagai miskin dengan taraf hidup yang jauh di bawah berbanding dengan penduduk bandar, maka tidak hairanlah jika perasaan tidak puas hati terhadap masyarakat di Semenanjung dirasakan. Gambaran bahawa Lembah Kelang menikmati kekayaan yang jauh lebih tinggi (secara benar atau tidak) berbanding kedua-dua wilayah di Malaysia Timur ini adalah tidak membantu sama sekali. Keadaan tersebut seperti kenaikan harga petrol baru-baru ini juga memburukkan lagi keadaan bilamana kos tambahan kedua-dua, barang dan perkhidmatan di bebankan kepada pengguna. Ini akan meningkatkan lagi masalah kewangan yang dialami oleh golongan miskin di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kerajaan perlu serius memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kerajaan menyerap peningkatan kos ini dan meringankan beban masyarakat. Seandainya ini ditangani dengan betul, saya yakin proses untuk mengurangkan persepsi negatif terhadap Kuala Lumpur yang menghantui pemikiran masyarakat di Sabah dan Sarawak akan berjaya.

Terima kasih.
Ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH)

Di Majlis Forum anjuran Angkatan AMANAH Merdeka Malaysia Cawangan Sabah pada hari Jumaat, 29.11.13 jam 3.00 ptg Bertempat di Sekolah Menengah Kian Kok, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu

Sumber : http://tengkurazaleighhamzah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=334%3Acerita-mengenai-penubuhan-malaysia&catid=50%3Ablog&Itemid=131

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©