SIBU: Pasangan ibu dan anak ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki warga tua di Rumah Tedong, Ulu Sugai, Entabai, Julau petang kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jana Jamit, 68, berketurnan Iban dipercayai mati akibat ditikam di bahagian kepala dengan objek tajam.
Polis Julau yang dimaklumkan tentang insiden tersebut mengerahkan sepasukan anggota ke rumah panjang berkenaan untuk menjalankan siasatan.
Ketika tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5 petang, polis mendapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat.
Susulan itu, polis telah menangkap seorang lelaki berumur 29 tahun dan ibunya yang berumur 51 untuk membantu siastan polis.
Ketua Polis Daerah Julau, DSP Bidol Noyeng ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.
“Pihak kami masih melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian ekoran satu pertengkaran antara mereka yang terlibat,” katanya.
Menurutnya kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang akan disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan. via Borneo Post 28/12/13
Mr.J
| music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media