Salam 1Malaysia? dan tidak terlambat agaknya untuk Mr.J mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca setia www.pengerindu.com / net .
"Si kenyalang kini terbang lagi..sekali sekala terbang tinggi dan kadangkala rendah ... kesudahan sebuah perjalanan yang cukup panjang tanpa nampak penghujungnya tapi dia pasti suatu hari nanti dia sampai juga walaupun sayapnya telah patah....." - Mr.J
Dua minggu blog Mr.J menyepi seketika dan bukan kerana telah mengakhiri karier sebagai penulis blog tetapi sekadar balik bercuti di Sarawak maklumlah aktiviti di sana cukup padat apatah lagi Mr.J mencari rezeki di tempat orang dan jarang - jarang untuk balik ke Sarawak.
Isu Banjir, selama berdekad - dekad Negara Sarawak jarang sekali mendapat banjir yang teruk di Bintulu biarpun dihujani oleh hujan lebat beberapa hari .
Jalan Kampung Jeriah di Sibu,Sarawak (Dun Nangka) Terputus akibat Banjir pada 30/12/2013 |
Tetapi pada akhir Disember 2013 sehingga awal Januari 2014 kali ini suara alam tanah Bumi Kenyalang menjerit serta meronta dan akhirnya ia menunjukkan kekecewaannya dan ini dapat dilihat keadaan Banjir Besar yang berlaku dibeberapa tempat di Sarawak. Punca? lihat sahaja Pembalakkan apatah lagi dengan Projek 12 Empangan Mega di Sarawak dan setiap satu empangan adalah sebesar sebuah negara singapura.
Bagi ahklak , harmoni serta torelansi Agama maka Sarawak boleh dikatakan berada pada tahap pertama mentaliti berbanding dengan negeri atau negara sekutu dalam persekutuan 'malaysia'.
Pemulaan Tahun 2014 di sebuah negara isketambola diberitakan bahawa ada merampas kitab - kitab suci Agama Kristian kemungkinan 'mereka' berminat untuk mendalami ajaran tersebut tetapi tidak mampu untuk membeli kitab suci tersebut walhal boleh diminta tanpa bayaran sesen pun. .
Mr.J tidak mahu untuk mengulas lebih detail lagi kerana khuatir Si Kenyalang mungkin akan dimasukkan dalam akta pelik negara isketambola nanti.
Baiklah ini adalah Pembuka Bicara Mr.J untuk Tahun 2014 dan yang pasti banyak lagi yang menarik akan di terbitkan di blog ini sebentar lagi.
- Mr.J "ada yb itu bila kempen rajin datang berjanji sistem peparitan yang baik ..selepas menang diam entah kemana.. mungkin mencari ulat sago"
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media