Kepala Ayam, mungkin ada dikalangan pembaca sudah terbayangkan bentuk kepala ayam yang disembelih dan mungkin juga ada yang merasa mual tetapi ianya bukanlah sesuatu yang pelik di Sarawak.
Untuk pengetahuan semua pembaca, di Sarawak juga terdapat gerai - gerai pasar malam terumatanya di tempat Mr.J iaitu Sibu , Sarawak menjual kepala ayam pangang dan juga yang digoreng. Tetapi bagi Mr.J adalah lebih enak dan 'bersih' sekiranya yang menyediakan Juadah Kepala Ayam adalah kita sendiri.
Juadah Istimewa Mr.J di Sarawak. |
Mr.J juga merupakan peminat makanan - makanan yang "pelik" lebih - lebih lagi kepala ayam . Kalau di S.Malaysia kebanyakkan Kepala ayam , usus ayam akan dibuang tetapi di Sarawak ianya dijual dengan harga lingkungan RM3 - RM5.
Cara penyediaannya adalah dengan membuang bahagian bawah paruh ayam iaitu bahagian lidahnya dan "tali penafasan" setelah itu maka ianya siap untuk dilumatkan bersama serai , halia , cili , garam dan sebagainya dan kalau nak lebih menarik lagi boleh juga digoreng dengan tepung 'kfc' tetapi Mr.J lebih suka untuk 'BBQ' sambil beriadah dengan rakan - rakan sekampung apatah lagi dengan beer 'Bigken' di Sarawak ataupun Arak "Cap Apek 3 sekawan".
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media