Buah Pisang, yumm... terliur Mr.J bila teringat makanan di Sarawak sewaktu tempoh bercuti balik kampung tempoh hari.
Mesti ramai yang tidak menyukai buah pisang yang masih hijau ataupun mentah kerana rasanya kelat tetapi tahukah anda ianya lebih banyak serta kaya dengan pelbagai vitamin contohnya untuk memcantikkan kulit kita.
Tapi kali ini Mr.J bukanlah hendak bercerita mengenai Vitamin Kulit tetapi mahu berkongsikan sedikit resepi ulaman yang menarik dari Sarawak.
Sedap dan Pedas ..lebih power sekiranya ada campuran Buah Maram.. |
Sambil itu sediakan belacan , cili padi , ikan bilis dan ditumbuk halus manakala kepedasan mengikut tahap level pedas sendiri.
Setelah semuanya siap maka sambal tersebut digaulkan bersama kiub pisang mentah tersebut sehingga rata , letakkan sedikit kicap manis dan kalau hendak lebih power hiriskan 'Buah Maram' dan gaul bersama dan sedikit ajinomoto dan garam.
Dan...siap untuk dimakan bersama mak cik - mak cik dan jiran sebelah sambil mengupas bersama tentang isu - isu semasa . Selamat Mencuba!
- Mr.J
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media