Indai Bilai dalam Masyarakat Iban dahulu terutamanya masyarakat kawasan luar bandar dan juga di rumah panjang adalh merujuk kepada makhluk yg bermuka "hantu".
Indai Bilai adalah dikatakan merujuk kepada topeng muka yang kelihatan amat hodoh serta menakutkan yang diperbuat daripada sejenis kayu.
Tujuan utama adalah digunakan oleh golongan tua dirumah panjang bagi menakutkan budak - budak nakal serta degil atau yang tidak mendengar nasihat lebih - lebih lagi ketika saat berlakunya kematian di dalam rumah panjang.
*Teringat saya (Ms Djp) pernah kena dulu. Masa berkabung bermain dengan rakan - rakan di ruai dengan meriahnya. Tiba - tiba keluar indai bilai yg buruk mukanya.. lari lintang pukang tak cukup tanah, apa yg lebih malang saya terkencing dlm seluar kerana terlalu takut. Hehe...
- Ms DJP
Post by PengeRindu.com.