MITOS : Ikan Puyu (Ikan Karok) dan kuasa Mistiknya.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
gambar ehsan
Kali ini Mr.J nak cerita tentang kisah dan pengalaman mengenai Ikan Puyu dan segala jenis "mitos" mengenai Ikan air tawar ini . 

Ikan puyu banyak terdapat di sekitar sawah , saliran parit , sungai dan juga paya .

Mr. J bolehlah dikatakan seorang peminat sukan memancing tetapi taklah sampai ke peringkat antarabangsa cukup - cukup peringkat kampung sahaja dan joran pun menggunakan batang "empasak".

Ramai orang mengatakan bahawa memancing adalah sia - sia dan membuang masa itu adalah jawapan bagi yang tak minat.

Ok berbalik kepada tajuk asal iaitu Ikan Puyu untuk memancing ikan puyu ini adalah dengan mengunakan mata kail bersaiz kecil dan umpannya adalah cekerik ataupun cacing tanah dan pakai sahaja buluh atau apa jua jenis dahan kayu yang ringan untuk dijadikan joran , tak payahlah nak pakai joran yang mahal-mahal.


Pantang Larang Masyarakat Iban adalah jangan sesekali menyebut perkataan "umpan" ketika memancing.
Ikan Puyu ini juga adalah sejenis ikan yang agak tahan lasak dan juga mempunyai duri - duri yang sangat tajam jadi tak hairanlah sekiranya pemancing mendapat ikan puyu maka yang disuruh bukakan mata kail dari mulut ikan tersebut adalah orang lain .

Iikan puyu ini dikatakan mempunyai kuasa "mistik" yang tersendiri iaitu dapat menghalau segala jenis "santau" atau menghilangkan ilmu hitam pada badan seseorang itu apabila masuk ke rumah si pemilik ikan puyu lebih kurang sebagai "takal rumah" .
"Jangan mengangakan mulut anda ketika melihat Ikan Puyu kerana khuatir akan melompat ke mulut anda"
Dahulu semasa kecil , Mr. J kerap memancing ikan puyu bersama rakan - rakan sekampung Mr J tak kira dibawah matahari terik yerlah.. zaman budak - budak mana tahu erti lain yang pasti kepuasan memancing .

Ikan ini kalau digoreng pun sedap , tetapi yang bab malasnya adalah saat menyiang sisik ikan puyu ini dan bagi sesiapa yang tak pernah menyiang ikan puyu ini perlulah bertanya kepada yang pakar kerana didapati ramai yang luka - luka sebab sisik ikan puyu ini juga tajam .

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kepercayaan dan Mitos : "Hanya Bunyi Guruh dan Petir sahaja yang akan melepaskan Gigitan Kura dan Lelabi".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hidup bersama dengan pelbagai etnik kaum di Sarawak cukup membuatkan anda mendapatkan pelbagai cerita menarik bahkan amalan serta budaya yang unik sekali.

Kali ini Mr.J hendak berceritakan sedikit mengenai satu *kepercayaan ( tidak pasti sama ada mitos ) mengenai "Gigitan Kura - Kura ataupun Lelabi".

Sewaktu kecil dahulu Mr.J sering diperdengarkan kisah ataupun Pantang Larang sebegini iaitu:
"jari jaga enggai ke diketup lelabi / kura , bunyi guntur kilat baru 'ia' ngeleka ke jari nuan" maksudnya adalah berbunyi "sila jaga jari anda bila menjenguk / menlihat kura/labi-labi kerana khuartir akan digigit 'nya' , hanya bunyi guruh serta kilat barulah 'dia' akan melepaskan jari anda" .

Ini pula dicium labi - labi.
Telah menjadi kebiasaan bagi kanak - kanak apabila melihat sesuatu haiwan di kandang akan berasa teruja bahkan suka menyentuh , mungkin ianya adalah sejenis 'amaran nasihat' kepada kanak - kanak nakal supaya tidak menganggu haiwan tersebut.

Tapi tidak dinafikan bahawa gigitan Kura - Kura mahupun Labi - Labi cukup sakit sekali bahkan ada beberapa berita pernah menyiarkan bahawa gigitan haiwan tersebut mampu memutuskan jari anda. 

Jadi, sila awasi anak anda sekiranya anda anda membela haiwan peliharaan seperti labi - labi ataupun kura - kura kerana bila terkena gigit hanya bunyi guruh serta kilat yang mampu membuatkan haiwan tersebut melepaskan gigitan tersebut.

Mr.J

Mitos "INDAI BILAI" dalam *kepercayaan masyarakat Iban di Rumah Panjang. - Ms DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Indai Bilai dalam Masyarakat Iban dahulu terutamanya masyarakat kawasan luar bandar dan juga di rumah panjang adalh merujuk kepada makhluk yg bermuka "hantu".

Indai Bilai adalah dikatakan merujuk kepada topeng muka yang kelihatan amat hodoh serta menakutkan yang diperbuat daripada sejenis kayu. 

Tujuan utama adalah digunakan oleh golongan tua dirumah panjang bagi menakutkan budak - budak nakal serta degil atau yang tidak mendengar nasihat lebih - lebih lagi ketika saat berlakunya kematian di dalam rumah panjang. 

*Teringat saya (Ms Djp) pernah kena dulu. Masa berkabung bermain dengan rakan - rakan di ruai dengan meriahnya. Tiba - tiba keluar indai bilai yg buruk mukanya.. lari lintang pukang tak cukup tanah, apa yg lebih malang saya terkencing dlm seluar kerana terlalu takut. Hehe...

- Ms DJP




Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak. Ini bukan kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Air Sungai Rajang bakal meningkat pada paras bahaya.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sungai Rajang merupakan terbesar dan terpanjang di *Asia.
Paras air Sungai Rajang cecah paras berjaga-jaga dan para penduduk berdekatan dinasihati bersiap sedia untuk menghadapi kemungkin limpahan air Sg. Rajang yang boleh menyebabkan banjir berlaku di beberapa tempat kawasan khusunya Negeri seperti Sibu dan Kapit.

Semalam beberapa kawasan di Sibu, Sarawak ditengelami air pasang 'besar' dari limpahan Sg. Rajang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid memberi jaminan anggota serta peralatan menyelamat akan digerakkan dengan segera sekiranya keadaan memerlukan.

“Cuti anggota kita juga telah dikawal tetapi belum dibekukan memandangkan keadaan masih belum serius lagi,” ujarnya. Mengenai peralatan, beliau memberitahu pihaknya telah menyediakan beberapa buah bot, lori serta kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan semasa banjir. katanya di Borneo Post

Info Tentang Sungai Rajang
Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Negara Bersekutu Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Terkini : Mayat Andrian Thomas dijumpai, manakala "Bujang Sebelak" Tidak Tewas kepada pawang buaya tersohor dari Betong.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mr.J sering mengikuti berita yang mengaitkan "Buaya" di Sarawak dan juga siri serangannya ternyata setiap tahun jumlahnya akan meningkat , adakah sesiapa diantara 'Keturunan' Mr.J iaitu Kaum Dayak Iban khasnya  telah terlanggar "Janji" diantara Keturunan "Bujang Senang" atau sebaliknya?. 
Saratok: Mayat mangsa serangan buaya, Andrian Thomas, 32, yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Lubuk Emplaie, Sungai Sebalak di Roban, di sini berjaya ditemui kira-kira jam 9.30 pagi (28.11.13) tadi berhampiran tempat kejadian.  Mayat dibawa ke Hospital Seratok untuk bedah siasat.  Berita harian 28/11/13.
Kejadian keganasan serangan Sang Bujang tersebut telah mengejutkan ramai masyarakat setempat kerana pada tahun lepas iaitu sekitar akhir Jun dan awal Julai 2012 seorang Pawang yang dikatakan Tersohor di Betong telah mengatakan "Berakhirnya Bujang Sebelak" setelah Buaya tersebut berjaya ditundukkannya dengan umpan seekor anjing serta beberapa mantera.

Untuk pengetahuan semua khususnya masyarakat luar Sarawak, ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku di Sungai Seblak dianggarkan sebanyak 7 orang mangsa dalam tahun ini telah terkorban dek "Bujang Seblak" .

Disini Mr.J ada mencatatkan beberapa siri serangan 'dendam' Bujang Sebelak. Masyarakat sekitar 'menarik' nafas lega apabila mendengar berita bahawa Bujang Sebelak berjaya ditangkap tetapi ramai yang masih tertanya adakah Dendam ataupun Sumpahan Perjanjian diantara Masyarakat  Keturunan Iban dengan Keturunan "Bujang Senang" berakhir?

SARATOK 2 Julai 2012 - Genap 14 hari selepas membaham seorang wanita, Siah Munsong, seekor buaya ganas yang digelar Bujang Seblak seberat lebih 200 kilogram tumpas di tangan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49 . Baca Kisah selanjutnya.


Tahun lepas iaitu 2012, "Bujang Seblak ditangkap, tapi adakah ianya benar-benar BUJANG Sebelak?.
Tiba - Tiba , selepas "Bujang Sebelak" dikatakan berjaya ditangkap malangnya Muncul pula "Bujang Saribas" dan ianya Tidak sampai 1 minggu Buaya Bujang Seblak berjaya dibunuh dan dikatakan bahawa serangan tersebut bermotifkan untuk membalas dendam kematian rakannya di Roban iaitu "Bujang Sebelak".
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam. 
Kali ini mangsa ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi. Baca Kisah Lanjut Bujang Saribas. 
Sedikit "Mitos" atau cerita lisan di Sarawak mengenai Perjanjian "Bujang Senang".

Buaya atau dipanggil Bujang Senang mahupun pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya.

"Enti nitih janji asal (lisan/jerita tuai) mensia enggau baya munya,sapa dulu mungkal dulu nanjal,sida ya deka tulah lalu tau dbunuh penangka ulih munas ke bansa ke dulu mungkal..dendam nya deka dibai sepemanjai purih cda ia... tang enti mensia speneka ati dulu mungkal dulu nanjal bebunuh ke jelu tok ngulih ke djual nya ke salah. xnemu sumber lisan ke bukai gak." Genesis D Lang

Seperti kisah lisan yang disampaikan oleh orang Iban iaitu Buaya ini adalah bersifat pendendam .

Menurut kisah lisan yang disampaikan , bahawasanya Bujang Senang ( Buaya Sarawak ) ini adalah manusia yang disumpah kerana telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat besar .

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" .

…...Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang.... 

Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an.

Perjanjian itu telah dipersetujui oleh ketua masyarakat Dayak Iban dengan Ketua Keturunan Bujang Senang.

Keturunan Bujang Senang akan tetap memburu "dendamnya" walaupun hingga ke generasi yang lain sehingganya dendamnya terbalas.

Dari kisah lisan yang lain juga , Keturunan Bujang Senang ( Manusia yang disumpah menjadi Buaya ) akan naik ke daratan menjelma menjadi seorang yang sangat kacak pada waktu bulan purnama .

Mungkin Kisah tersebut akan ada perbezaannya mengikut lokasi para penduduk dan juga jenis aliran sungai di Sarawak.

- Mr.J


  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Kisah di Sebalik Nahas Bot Karam di sungai Giam Bungan Belaga 2013 . - Hantu Sungai & Hantu Tanah.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masihkah anda ingat Tradegi Hitam yang menimpa Penduduk di Sekitar Belaga iaitu pada 30/5/2013 dimana Bot Ekspress yang sarat dengan ratusan penumpang karam

Pelbagai Usaha telah dibuat bagi operasi mengapungkan serta mencari mayat yang dipercayai terperangkap dalam Bot Ekspress tersebut , dari pengunaan jentera moden sehinggalah menggunakan khidmat penyelam profesional negara ternyata hasil tersebut hanyalah sia - sia .


Sehinggalah mengunakan Khidmat Tradisional dan dikatakan membuahkan hasil dengan penemuan mayat pertama.

Mengikut kepercayaan Etnik Kayan, kawasan sungai Giam Bungan dijaga oleh Lawa Abai (hantu sungai), manakala kawasan bertanah di sisir sungai dijaga oleh Laja Tiong (hantu tanah).

Jadi beliau minta tolong daripada kedua-dua hantu itu, terutamanya daripada Laja Tiong supaya jika boleh lepaskan mayat yang dipercayai masih tersangkut di kawasan sungai.

Antara barang yang perlu disediakan dalam upacara itu ialah tembakau, sirih pinang, nasi pulut, beras, telur, tuak, arak dan kuih jala, serta seekor ayam hitam hidup.


Barang-barang tersebut disediakan untuk dua 'hidangan', masing-masing satu untuk Laja Tiong dan satu untuk Lawa Abai.

Lato menerima bantuan seorang penduduk kampung memulakan upacara dengan menyediakan kayu yang diruncingkan, dicucuk ke tanah sebelum telur diletakkan diatasnya.

Upacara dimulakan dengan bacaan mentera menyeru bantuan kedua-dua hantu itu sebelum tuak dituang ke arah tanah (tebing sungai), ke arah sungai.Selepas itu upacara tersebut diakhiri dengan ayam hitam hidup tadi disembelih dan dibiarkan dalam sungai.

Menurut rakan Mr.J yang tinggal di kawasan berdekatan , mereka mendakwa terdapat bunyi - bunyi aneh apabila operasi menyelamat dijalankan tambahan lagi bila waktu senja serta malam menjelma . Bunyi seakan - akan paluan gong seperti 'orang' merayakan sebuah kejayaan .

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dr. Fadzilah Kamsah .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dr. Fadzilah Kamsah


JANUARI 
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi 

FEBRUARI 
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi 

MAC 
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody. 

APRIL 
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI 
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros. 

JUN 
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya. 

JULAI 
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja. 

OGOS 
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan 

SEPTEMBER 
Sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik.

OKTOBER
Suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat.

NOVEMBER 
Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 

DISEMBER 
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©