gambar ehsan |
Kali ini Mr.J nak cerita tentang kisah dan pengalaman mengenai Ikan Puyu dan segala jenis "mitos" mengenai Ikan air tawar ini .
Ikan puyu banyak terdapat di sekitar sawah , saliran parit , sungai dan juga paya .
Mr. J bolehlah dikatakan seorang peminat sukan memancing tetapi taklah sampai ke peringkat antarabangsa cukup - cukup peringkat kampung sahaja dan joran pun menggunakan batang "empasak".
Ramai orang mengatakan bahawa memancing adalah sia - sia dan membuang masa itu adalah jawapan bagi yang tak minat.
Ok berbalik kepada tajuk asal iaitu Ikan Puyu untuk memancing ikan puyu ini adalah dengan mengunakan mata kail bersaiz kecil dan umpannya adalah cekerik ataupun cacing tanah dan pakai sahaja buluh atau apa jua jenis dahan kayu yang ringan untuk dijadikan joran , tak payahlah nak pakai joran yang mahal-mahal.
Post by PengeRindu.com.
Pantang Larang Masyarakat Iban adalah jangan sesekali menyebut perkataan "umpan" ketika memancing.
Ikan Puyu ini juga adalah sejenis ikan yang agak tahan lasak dan juga mempunyai duri - duri yang sangat tajam jadi tak hairanlah sekiranya pemancing mendapat ikan puyu maka yang disuruh bukakan mata kail dari mulut ikan tersebut adalah orang lain .
Iikan puyu ini dikatakan mempunyai kuasa "mistik" yang tersendiri iaitu dapat menghalau segala jenis "santau" atau menghilangkan ilmu hitam pada badan seseorang itu apabila masuk ke rumah si pemilik ikan puyu lebih kurang sebagai "takal rumah" .
"Jangan mengangakan mulut anda ketika melihat Ikan Puyu kerana khuatir akan melompat ke mulut anda"
Dahulu semasa kecil , Mr. J kerap memancing ikan puyu bersama rakan - rakan sekampung Mr J tak kira dibawah matahari terik yerlah.. zaman budak - budak mana tahu erti lain yang pasti kepuasan memancing .
Ikan ini kalau digoreng pun sedap , tetapi yang bab malasnya adalah saat menyiang sisik ikan puyu ini dan bagi sesiapa yang tak pernah menyiang ikan puyu ini perlulah bertanya kepada yang pakar kerana didapati ramai yang luka - luka sebab sisik ikan puyu ini juga tajam .
- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"