Salam sejahtera, pada artikel lepas Mr.J telah menceritakan Kisah Hari Gawai Mr.J di Rh Panjai Tr.Linus di Bungan Kecil , Igan dan kali ini adalah Kisah Mr.J di Rh Panjang Emak Mr.J di Roban .
Tetapi sebelum itu Mr.J hendak menceritakan kepada pembaca tentang apa itu Bot Ekspress , selalunya Bot Ekspress tetapi akan 'terlebih' muatan apabila menjelang perayaan di Sarawak Khususnya Perayaan Hari Gawai .
Seperti yang disangka , Mr.J duduk di atas bumbung ( rujuk video keek dibawah ) Bot Ekspress dari Bungan ke Sibu ini disebabkan ramai penumpang sudah mula balik ke Bandar untuk bekerja.
Kami bertolak ke Roban menggunakan Bas Sibu - Sarikei kira pukul 9:15 pagi , tambang pula hanya 9MYR seorang dan perjalanan pula dianggarkan mengambil masa selama 1 1/2 dari Sibu .
Keadaan dalam bas tidaklah penuh sangat dan Mr.J tidak mengambil tahu tentang keadaan di dalam bas berikutan kepala Mr.J masih lagi 'hang over' jadi perkara yang sesuai dilakukan adalah tidur.
Terminal Bas Sarikei , Sarawak
Kira - kira jam 11:00 pagi selepas terbangun dari tidur dan melihat di luar tingkap bas ternyata telah sampai di kawasan Sarikei .
Sebaik sahaja bas berhenti Mr.J terus tergesa - gesa untuk mendapatkan satu lagi bas kalau tidak silap Mr.J adalah yang bernombor 8B , nasib agak baik apabila bas seterusnya tidak lama menunggu penumpang dan terus bergerak , tambang pula adalah 4.50MYR untuk ke kawasan Brayang.
Papan Tanda dan Pondok Bas di hadapan simpang masuk ke Rumah Panjang.
Tempoh masa dari Pasar Sarikei Rumah Panjang Tr. Bantak ak Ibit tidak dapat dipastikan oleh Mr.J kerana lupa hendak melihat masa tapi anggaran dalam sejam disebabkan bas jenis berhenti - henti .
Tengahari kami bertiga selamat sampai ke destinasi dan keadaan penghuni rumah panjang agak lengang sedikit berikutan ramai yang telah balik ke bandar .
Mr.J memandang 'Tengkorak Musuh' yang berusia lebih 200 tahun
Mr.J bermalam selama 2 malam disana dan pelbagai aktiviti 'menarik' dilakukan mungkin anda tidak pernah melihat dengan jarak dengan secara langsung tengkorak manusia tetapi di sana tengkorak tersebut sebagai 'penjaga' Rumah Panjang.
Kemungkin ada dekat 20 biji tengkorak
Usia tengkorak tersebut dianggarkan lebih 200 tahun dan ianya diperolehi sewaktu zaman 'Ngayau' atau Tradisi Pemburuan Kepala .
Seram? mungkin bagi anda tidak bagi Mr.J serta budak - budak di situ sudah biasa bahkan mengangap Tengkorak tersebut bukanlah sesuatu yang 'menakutkan' mereka.
Ada orang kata , jika diletakkan seputung rokok di celah rahang giginya maka asap rokok dan putung rokok seperti sedang disedut biarpun tiada langsung pergerakan fizikal . Bagi Mr.J untuk percaya atau tidak itu terpulang kepada anda semua.
Aktiviti yang lain adalah BBQ , macam - macam di pangang...
Hari Gawai Dayak bukan sahaja sebuah Perayaan tetapi lebih kepada mengeratkan hubungan antara ahli keluarga yang berkerja jauh yang hanya akan balik pada setiap Perayaan Hari Gawai .
Hidangan seperti Air Tuak adalah sesuatu yang Wajib pada Perayaan Hari Gawai kerana ianya merupakan 'Ai Pengayu' atau dalam Bahasa adalah ' Air Panjang Umur '.
Kini Mr.J telah kembali ke Rumah di Sibu , Sarawak dan akan terbang ke Malaya pada 11/6/2013 bersamaan dengan Hari Selasa ... tamatlah kisah Hari Gawai 2013 Mr.J selama 10 hari di Sarawak.
Jumpa lagi Sarawak pada tahun depan!!
- Mr.J
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .