Apa ada pada T-Shirt Rasmi ke 4 Weblog www.pengeRindu.com dan dijangka keluar untuk tempahan pada Akhir Oktober ini.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam sejahtera kawan - kawan, ciwik - ciwik, kakasih galap, yang pindik dan yang tagap.


Sebelum ditanya soalan tentang Baju T-Shirt Rasmi ke-4 www.pengerindu.com disini Mr.J telah sediakan jawapan awal-awal dan mungkin jawapan ini berguna bila anda mengunakan baju tersebut nanti..


Maybank Account Holder : Jacky Juing Jonathan 
Account Number : 112148172870 
Contact Number : 011-1478 940
E-Mel: admin@pengerindu.com 
*Sila Simpan Slip Pembayaran anda untuk Rujukan .

Tampak lebih 'smart' dan lebih banyak 'mesej'.

Baju kali ini lebih kepada Sabah & Sarawak dan tidak 'umum' untuk seluruh negeri Kenapa?
Sebab Banyak benda yang perlu saya bagitahu kepada masyarakat luar daripada Sabah & Sarawak. Si Pemakai Baju ini juga nanti secara tidak langsung membuatkan 'orang luar' bertanya mengenai Sabah & Sarawak dan matlamat saya 'orang luar' akan lebih 'aware' tentang Sabah & Sarawak. 

Kerana masyarakat Sabah & Sarawak sering dipadang rendah oleh masyarakat luar seperti contoh Dj Radio ERA FM , Personaliti TV serta Ahli Politik dari luar.

Gambar Hadapan Baju

Kenapa Nama Etnik Bangsa tidak mengikut Susunan Kategori Etnik di Sabah atau Sarawak?
Sebab saya suka bermain dengan soalan , jika ada rakan bertanya tentang dimanakah Etnik tersebut tinggal maka saya akan biarkan dia mencari jawapan sendiri sehingga jumpa. 

Kerana Bagi saya pada abad sekarang iaitu 2013 adalah mustahil lagi rakyat malaysia tidak mengenalpasti Etnik tersebut dari Sabah ataupun dari Sarawak. Ini cara saya 'sekolahkan mereka' balik. 

Ini semua berpunca daripada kelemahan Sistem Pentadbiran , jika dahulu masih boleh dimaafkan tetapi sampai sekarang juga masih berlaku samaada bila mengisi borang pengenalan diri di pejabat kerajaan.


Teka - Teki Menarik, senarai nama Etnik di Sabah & Sarawak tidak disusun
 supaya masyarakat luar mencari jawapan sendiri.

Perkara ini dianggap remeh tetapi tidak kepada yang mengalaminya . Hampir 90% generasi muda semenangjung tidak dapat membezakan Etnik dari Sabah dan Sarawak , inilah akibatnya kerana meletakkan Etnik Sabah & Sarawak adalah berbangsa 'LAIN-LAIN' sehinga rakyat malaysia sekarang agak susah mengenali Etnik di Sabah & Sarawak . 

Ini semua tidak patut berlaku pada tahun 2013 , serta nama Etnik yang tidak tersusun itu adalah satu soalan untuk 'masyarakat luar' .

Susunan Bandar dari Sabah dan Sarawak agak berserabut , kenapa tidak disusun bagus - bagus supaya masyarakat nanti senang untuk mengetahui bandar tersebut di Sabah atau di Sarawak.
Nampak berserabut kerana saya mahu 'anda' mempelajari proses 'pengenalpastian' bandar di Sabah dan Sarawak dan ia adalah sama tidak tersusun sepertimana Bahagian Etnik tadi.

Mengenai Logo di depan iaitu "Sabah , Sarawak , Labuan , Brunei Borneo Tetap Dihatiku"? adakah ini anda meminggirkan negara sendiri iaitu Malaysia?
Maafkan saya, sudah saya nyatakan tadi bahawa kali ini lebih kepada Sarawak, dan Pulau Borneo adalah satu Kepulauan yang sangat cantik dan unik sekali tetapi Malangnya kini Pulau Borneo kami semakin dicemari oleh pembalakkan serta pembinaan Empangan secara besar - besaran , jadi dimanakah 'malaysia'?

Hutan Tropika Borneo yang berusia lebih 3 Bilion Tahun dan yang ke 3 tertua selepas Hutan Amazon kini telah bertukar menjadi 'Hutan Kelapa Sawit' .



Jadi, gambar seorang Pahlawan Dayak dihadapan baju tersebut adalah 'sign' warning kepada 'individu' atau 'syarikat' serta masyarakat yang lain? supaya tidak memperlekehkan Masyarakat Sabah dan Sarawak?
Agi Idup Agi Ngelaban serta gambar Pahlawan Dayak itu adalah sebenarnya adalah satu 'mesej' yang padat kepada masyarakat luar supaya bersikap lebih 'sensitif' sekiranya bercakap serta membincangkan tentang Sabah & Sarawak kerana khuatir ianya boleh mengundang persoalan serta kemarahan kepada kami masyarakat Sabah & Sarawak khasnya. 

Kerana Kami di Borneo adalah cukup rapat sekali bahkan sekiranya anda mempelekehkan Masyarakat Sabah maka kami warga Sarawak juga akan terasa 'kesakitan' mereka. 

Kami di Sabah & Sarawak lebih daripada 50 Etnik hidup bersama tanpa Perbalahan Agama serta Politik Kotor di 'sebelah' sana sedangkan di 'sebelah' sana hanya ada 3 Etnik Bangsa sahaja tetapi selalu bertelingkah.

Dapatkan Wallpaper Menarik dan Ekslusif di :
Agi Idup Agi Ngelaban (A) , Agi Idup Agi Ngelaban (B) , Agi Idup Agi Ngelaban (C) 

Sekian , Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©