Selamat kembali bersama Mr.J lagi , rata - rata ramai yang bertatu tanpa mempunyai kaitan rapat dalam adat mereka dan hanya berbentuk bersuka - suka atau 'mengikuti' kumpulan kongsi gelap di malaysia ini kini dikatakan 'tergugat' ekoran daripada gerakkan besar - besaran oleh anggota polis.
Ramai juga rakan Mr.J yang bertatu termasuklah Mr.J sendiri tetapi corak kami ataupun tatu corak tribal masyarakat dari Sarawak Borneo khasnya kepada keturunan Dayak Iban adalah berlainan daripada corak mahupun lambang kongsi gelap maka disini Mr.J sarankan tidak perlu risau.
Gambar dari Google Tatu Corak Tradisional Iban.
Selalunya Sarawakian seperti Mr.J yang kebiasaanya mempunyai tatu tidaklah bersifat 'meninggi' serta 'menunjuk' kepada orang ramai kerana bagi kami Tatu itu adalah lebih bersifat 'spiritual' kerana ianya telah lama dipratikkan beratus - ratus tahun dahulu .
Adat lama Kepercayaan Lama Iban mengariskan bahawa "Laki ti nadai kelingai, enda dikemata ka Bhiku Bunsu Petara." ianya bermaksu A man without tattoos is invisible to the Gods.
Lainlah individu yang tidak mempunyai latar belakang sejarah moyang yang mempunyai adat bertatu dan 'mereka' lebih suka bersifat menunjuk - nunjuk tatu mereka dikhalayak ramai mungkin mereka rasa bahawa dengan adanya tatu maka dia berasa kuat atau kerana lambang tatu tersebut dia merasa 'gagah'.
Sepertimana situasi pengalaman Mr.J berdepan dengan seorang warga malaysia yang bersifat 'termegah' atau agak 'meninggi diri'.
Pemuda tersebut bukanlah orang Sarawak mahupun orang Iban dia hanya mempunyai tatu di bahu lengan yang cuma sebesar saiz 2 inci lebar dan 2 inci tinggi , amboi bukan main berlagak sambil menanyangkan tatunya itu dihadapan Mr.J sambil mengagungkan tatunya itu sambil berkata perkara yang agak bersifat 'meninggi diri' , gengster , ramai geng dan sebagainya mentang - mentanglah muka Mr.J nampak skema.
Dia tidak tahu bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang pemuda yang penuh tatu di dada di belakang dan di bahu serta di lengan cuma tidak nampak kerana sembunyi disebalik baju, ini kerana sifat menunjuk - nunjuk tatu itu tiada dalam diri Mr.J kerana Mr.J menganggap tatu itu biasa sahaja tetapi mungkin tidak dengan si pemuda tadi.
Andai kata Mr.J bingkas bangun dan membuka baju apakah reaksi pemuda tersebut ?
- Mr.J