Disebalik Jeans lusuhku.... selalunya sebilangan individu memandang serong kepada si pemakai seluar jeans apatah lagi sekiranya jeans tersebut koyak di patung. Mungkin bila digandingkan dengan individu yang berseluar slack berbaju kemeja dan bertali leher maka individu tersebut akan lebih 'dipercayai' berbanding yang berseluar jeans.
Sifat si pemakai seluar jeans adalah bersederhana dan rendah diri manakala sifat si pemakai seluar slack dan bertali leher (bukan semua) lebih kepada memandang luaran terhadap individu lain.
Tidak mustahil atau tidak agak keterlaluan jika Mr.J mengatakan bahawa si bertali leher lebih banyak bercakap berbanding melakukan atau mungkin mereka adalah individu yang berpangkat tinggi serta lebih suka memandang rendah individu yang memakai seluar jeans.
Tahukah anda bahawa manusia lebih senang ditipu dengan perwatakkan yang 'smart' berbanding yang berseluar jeans.
- Mr.J
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media