8 Makanan Paling Popular di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sekirannya anda bertandang ke Sarawak anda harus mencuba 8 Jenis Makanan tersebut di Sarawak dan yang pasti tidak akan terdapat dimana - mana kecuali di Sarawak ataupun di kepulauan Borneo.


Umai , aduh~ terasa keenakkan udang mentah yang segar serta digaul sebati dengan cili , air limau nipis serta bawang cukup membuatkan anda terangkat bila menikmatinya. Untuk pengetahuan anda Umai adalah berasal daripada makanan tradisi asli masyarakat Melanau yang kebanyakkan mendiami sekitar Mukah dan Dalat.

Laksa Sarawak, laksa yang cukup digemari oleh semua lapisan masyarakat di Sarawak dengan aroma belacan dan juga perencah laksa Sarawak sehingga boleh membuatkan anda terpukau sejenak .

Terung Iban , sejenis buah - buahan sayur dan harus diingati bahawa rasanya tidak sama seperti kebanyakkan buah terung yang anda pernah lihat dan makan . Lazimnya Terung Iban dicampur dengan masakkan Salai ikan ataupun Salai Ikan Lumi .

Dabai , tentu ramai diantara anda tidak pernah melihat buah ini. Buah ini sangat keras dan cara menyediakannya anda memasukkan ke dalam air panas untuk membiarkannya lembut dan setelah itu gaulkan dengan kicap dan sedikit garam .

Sinonim didengar bahawa jika ke Sarawak adalah tidak sah untuk tidak membawa Ikan Terubuk balik ke tempat masing - masing . Ikan Terubuk tidaklah begitu masin seperti ikan masin dan mempunyai aroma yang cukup enak.

Manok Pansoh , iaitu sejenis penyediaan Ayam didalam sebatang buluh dan dicampur dengan sayur daun pewangi seperti daun Bungkang . Ayam yang dimasak dalam buluh adalah lebih lembut, secara amnya ianya adalah masakkan tradisi masyarakat Dayak khususnya masyarakat Iban.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©