Apa bezanya duduk di dalam hutan dan jika anda duduk dalam hutan maka anda adalah spesis yang tidak tahu kemajuan yang manusia telah cipta .
Bagi Mr.J andai diberi peluang untuk duduk didalam persekitaran hutan belantara dan kota-raya kemungkinan 79% Mr.J akan memilih hutan untuk dijadikan tempat tinggal , itupun kalau hutan di malaysia ini tidak diganggu , yerlah siapa tahu tengah sedap - sedap duduk di dalam hutan tanpa nganguan aman dan damai tiba - tiba bunyi kenderaan balak sampai mahu merosakkan persekitaran semulajadi hutan.
Di dalam Hutan anda mempunyai pelbagai perkara yang dibuat tanpa melibatkan kos duit anda , seperti contoh anda tidak perlu memikirkan kepala untuk membayar sewa rumah bergitu juga bil air dan anda boleh mendapat sumber air percuma dalam hutan untuk mandi bahkan mendapat bekalan segar ikan sebagai sumber makanan anda.
Dalam hutan juga tiada siapa yang menyakiti hati atau menipu anda biarpun ada orang iaitu orang utan tetapi mereka tidak seperti rakan anda yang selalu lambat membayar bil elektrik, sewa rumah atau yang selalu makan mee maggie anda tanpa kebenaran anda bergitu juga yang pemalas untuk mengemas rumah dan juga yang pengotor. Tiada perlu memikirkan semua itu.
Politik? tidak akan kedengaran politik gugat ketenteraman anda bila duduk dalam hutan kerana nada tidak perlu risau serta resah siapa yang merebut kuasa tersebut biarlah mereka 'mati' dengan ketuanan serta ideologi mereka.
Bangsa? anda juga tidak perlu risau untuk mendengar kata sebilangan mufti yang kelihatan bijak akalnya tetapi bangang hendaknya seperti mana mahu menghapuskan etnik anda.
- Mr.J
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media