Ini Kisah Ustaz Bangladesh mengajar anak Malaysia Bahasa Arab, hukuman 15 sebatan rotan jika gagal.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Diluar pemikiran manusia , bagaimana seorang yang 'berstatus' disegani kerana gelaran 'ustaz' sanggup bertindak seperti kerasukkan iblis apabila dikatakan merotan bertalu - talu sehingga koyak kulit paha tanpa belas kasihan. 

Berikut adalah ringkasan daripada harian metro pada 7 October 2013 telah membuatkan Mr.J berfikir dari segenap arah serta pelbagai persoalan diantaranya ialah tiada tindakkan menghalang Ustaz Bangladesh tersebut walaupun ketika itu 'Adegan Tidak Perikemanusiaan' disaksikan oleh dua guru yang lain.

Bila membaca Tajuk akhbar Mr.J ingatkan kejadian berlaku di Bangladesh tetapi sebaliknya di Malaysia.

Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

- Mr.J via Harian Metro 7 October 2013

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©