Ini adalah satu ritual dimana 'siluman' buaya puaka si Bujang Senang serta kerabat Bujang yang lain akan di seru dan beberapa mantera dibaca supaya 'siluman' tersebut meresapi kesemua Pemain Pasukan Ngap Sayot iaitu Sarawak.

Ritual Menarik Semangat Buaya - Gambar Hiasan
Berikutan itu telah dilaporkan oleh rakan penulis bahawa beberapa tempat di sekitar semenangjung kelihatan mendung dan berlaku hujan lebat di sebahagian kawasan. Penulis cuba mendapatkan reaksi daripada seorang bomoh di Kampung Pengerindu.
"ya..ya.....yaaa... dabai dabai dimakan kenyalang .. engkala buah engkala nyaman dicampur garam makan dicampur air angat dolok pas ia dipalu burrit ia makei senduk baru ia lembut sedap di Ngap..." - Mantera dibaca oleh Dukun Baya yang bernama Ana Ngka Bula
Menurut Dukun Baya yang bernama Ana Ngka Bula atau selesa dipanggil sebagai Mr.J berkata bahawa upacara ini harus serta wajib diadakah pada setiap perlawanan melibatkan Pasukan Ngap Sayot dan kali terakhir Persatuan Bomoh , Dukun , Manang dan Beliau melakukannya adalah lebih 23 tahun yang lepas.
Hasil tinjauan kepada penduduk sekitar , bomoh tersebut mempunyai kepakaran yang menarik iaitu makan buah dabai dengan mata terpejam hal ini diakui oleh masyarakat setempat yang banyak mengunakan khidmatnya untuk menghalau lipas serta menangkap ayam sabung di pokok waktu malam.

Buaya menarik belalai Tok Gajah . - Gambar Hiasan.
Menurut Bomoh itu lagi dalam tempoh beberapa jam dari sekarang beberapa 'siluman buaya puaka bujang senang' akan dilepaskan dan di 'teleport' kepada para pemain Ngap Sayot malam ini , kemungkinan waktu ketibaan agak awal sedikit berikutan cuaca yang tidak menentu di sekitar Negeri Seremban , Melaka dan jalan - jalan menuju ke Kuantan , Pahang.
Para penyokong Pahang kemungkinan dapat melihat kemunculan beberapa ekor kucing hitam di sekitar stadium 2 jam sebelum perlawanan nanti , ini adalah untuk memagar spot-spot 'kawasan sepakkan' yang boleh menghasilkan gol untuk Skuad Bujang Senang.
Sekiranya warna bulu kucing anda berwarna hitam maka anda dikehendaki mengecat bulu kucing ini kerana khuatir kucing hitam anda menjadi pengkianat dan menyokong Pasukan Sarawak malam ini.
- Mr.J Edisi 'Sarcasm' Bolasepak
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media