Harini merupakan hari yang bersejarah bagi saya. Ingatkah anda mengenai satu artikel yang i post dulu "siapakah Jacky Juing Jonathan" "siapakah Jacky Juing Jonathan" . Genap 12tghmalam tadi Telah menjadi sejarah perubahan angka pada usiaku.. meningkat ke alam yang lebih dewasa lagi.
Tapi tidak seperti waktu dahulu, sambutan harijadiku sering diadakan keramaian .. itu dahulu , sekarang aku hanya menyambut harijadiku sendirian bertemankan Tiger beer sebanyak 2tin . Aku menghargai setiap sms dan emel yang dihantar kepada ku, kesedihan bila menyambut hari kelahiran dirasai tambahan pula berjauhan dengan kedua ibubapa. Hanya apa yang mampu ku lakukan adalah meneruskan kehidupan agar lebih maju kehadapan. Aku ingin mengubah kehidupan sekarang..
Pagi ini 9.00am aku telah bangun dan ianya merupakan rutin harianku untuk pergi berkerja selepas bersarapan dengan sebungkus mee magie aku terus bersiap dengan penuh keyakinan kerna hari ini adalah hari kelahiran aku pada 23tahun dahulu. Bila ku jenguk ke luar tingkap , suasana yang lengang. aku sudah merasakan kehidupan aku bukan lagi seperti dahulu. Semuanya telah berubah , dahulu aku di kampung bermain bersama teman sebaya , sekarang aku bersendirian menjalani kehidupan di kota metropolitan yang penuh dengan cabaran , rintangan dan dugaan .
Sekian setakat ini yang mampuku coretkan di dlm blog. Terima kasih kepada yang sudi melewati blog saya.
Me,
Jacky Juing Jonathan
23th Sept
Its My Bday.
Today 23rd Of September
Posted by MR.J
Posted on Selasa, September 23, 2008 with No comments
Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
0 comments:
Catat Ulasan