Lelaki Nakal Ghairahkan Wanita . Setuju atau Tidak ?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Disuatu forum Mr J tertarik sangat dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh brader Ace iaitu bertajuk Lelaki nakal ghairahkan Wanita , tak tahulah ghairah macamana . Jom mari kita baca dan renungkan apa yang diringkaskan oleh brader Ace ini.

Ingin saya memberi kenyataan maut yang saya rasa akan mencetuskan kontroversi di ruangan ini. Kaum wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang lelaki pilihan, jawapan standard ialah “Saya inginkan teman lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar”. Sebelum kakak-kakak, makcik-makcik yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen maut, saya cabar akak-akak semua cakap kuat-kuat “Aku tak minat lelaki nakal!” dan… hati-hati, jangan tipu diri sendiri.

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2: Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7: Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.

Jadi, dah sedia nak komen kenyataan saya bahawa wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal? Silakan!


So, sudah habis membaca ? Disini Mr J pun nak bagi pendapat , tidak semua lelaki nakal - nakal , kekadang nakal je yang lebih tapi bila berdepan dengan wanita hancur dan cair sepatah perkataan pun tak mampu nak keluar tetapi bila dibelakang wanita perhh.. bukan main cakap belakang.. tapi Mr J tahu anda sendiri mempunyai pandangan mengenai artikel di atas .


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

16 comments:

jan.naimah berkata...

pilihan masing2 la kan??
hehehehe.
tp kalo sy,amek yg baek je..
yg nakal2 ni,pnjg akal..tkot2 xpuas ati ke..
rse tcabar ke...byk kemungkinan...

Aishot berkata...

klau dah nakal tu jodoh kite trime je la tak boleh nak tolak

Aidi-Safuan berkata...

huhu...mr j nih notty la.menci I~

Azrul Hisham berkata...

i tak nakal...i jahat je..hehe (^_^)

Player berkata...

ko ni memang bijaksana..
rahsia cmni patutnya xleh sebarkan pd orang ramai terutamanya wanita2.
Nanti mereka akan tersipu2 malu.

Mr.J berkata...

annaskeatiakuh , kalau dah jodoh ... ambik je lah. hehe

Mr.J berkata...

isha , betul.

Mr.J berkata...

Aidi-Safuan , ala u ni.. jgn lah menci2...

Mr.J berkata...

Azrul Hisham , "papa jahat"



Player, <--mesti nakal nih~

Kaseh NazLieza berkata...

setuju lelaki nakal mmg byk attraction lor...xcaye tnyer yg dh kwen...hahahaha...

i'm wife yg so sporting lor..=)

Capo Grande berkata...

bro, dr pengalaman aku jadi bad boy dan nice guy pompuan lagi suka bad boys untuk dijadikan teman, kekasih....tapi untuk jadi suami tak pasti lagi...

pe2 pun ikut selera masing2...

Isteri kepada Suami berkata...

hehehe..a'aa...bagi smiley, lelaki nakal memang menjadi pilihan dari lelaki yang nurd..plus, pd sy, lg rela pilih laki berkulit gelap dr cerah..sebb laki cerah atau jambu nih cam lembik je..haha

Jom tengok gambar sekitar perkahwinan serinan di blog Triplesmiley

regards,
Triplesmiley

Mr.J berkata...

Kaseh NazLieza , lepas ni mr J nak jadi lelaki nakal. hehe


Capo , ko bad boy dulu yerr. dpt x bad gurl?


smiley .. huhu terasa..

farazetty berkata...

agree! sy lg suke lelaki nakal sbb dyorg ni xbosan. hehe. n senang nak ngam. kalo ngn laki baik dyorg ni malu2, pastu cm bosan je. hehe.
tu pendapat sy la..

jannsheffie berkata...

yup..golongan boy2 yg nakal neh memang akan wat girls hepy..like dat..hee~~

Mr.J berkata...

@jann sinuja

nakal yg macamana tu..~

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©