Telur , Cucu dan Si Sengau .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini hari pertama budak - budak ke sekolah , mesti ramai yang pening kepala melayan karenah anak - anak yang baru menjejak kaki ke alam persekolahan .Jom hilangkan rasa penat anda sebentar dengan membaca segmen Lawak di pengeRindu.


Pada suatu hari yang indah .......

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Pembeli: %&#$^*@&*(@&$!!!


Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan .

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

Atuk: Tak sama apanyerr?

Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas...

“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”


(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…


Kisah asal sumber.

Nak lagi Kisah Lawak? Jom ke Sini!

Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©