Manusia Mula mencipta Otak Tiruan . Profesor Henry Markram .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Semakin lama apa yang hanya mampu di imaginasikan oleh setiap manusia dan juga siri - siri cereka sains fisyen lama kelamaan sedikit sebanyak ia mampu menjadi realiti . Seperti dahulu penciptaan Kapal Terbang ramai manusia mengatakan itu adalah kerja sia - sia dan sekarang kapal terbang ada dimana - mana .

Alexander Graham Bell.jpg

Alexander Graham Bell

Albert Einstein dan juga si pencipta telefon Alexander Graham Bell , dahulu tidak masuk akal bila mereka cuba untuk mencipta sesuatu di luar jangkaan manusia pada zaman itu tetapi mereka juga telah membuktikan kebijaksaan mereka sehingga berhasil mengubah era permodenan manusia dan sekarang mereka digelar Tokoh yang juga suatu ketika digelar orang gila kerana ingin mencipta sesuatu yang tidak masuk akal pada masa itu.

Profesor mahu cipta otak tiruan

GENEVA - Seorang doktor dan jurutera komputer berketurunan Israel, Profesor Henry Markram (gambar) mengumumkan bahawa beliau dan pasukannya akan mencipta otak tiruan pertama di dunia menjelang tahun 2018, lapor sebuah akhbar semalam.

Bertempat di tepi Tasik Geneva, profesor berusia 47 tahun itu sedang giat membina otak tiruannya yang dinamakan projek Otak Biru dengan menggunakan silikon, emas dan gangsa.

Hasil ciptaan yang terbaru itu mungkin dianggap sejenis makhluk dan dalam tempoh sedekad, makhluk rekaannya itu boleh berfikir, mempunyai perasaan dan lebih hebat lagi mampu jatuh cinta.

Projek Profesor Markram itu digolongkan sebagai percubaan paling luar biasa dalam sejarah saintifik.

Berpuluh-puluh juta euro telah mengalir ke makmal saintis itu di Institut Minda Otak Politeknik Ecole, di Lausanne bagi menjayakan projek itu manakala penyumbangnya termasuk pentadbiran Switzerland, Kesatuan Eropah (EU) selain beberapa firma swasta seperti gergasi perisian komputer IBM.

Profesor Markram bukan membina robot yang meniru pergerakan manusia seperti ditonjolkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya beliau mahu menguraikan otak manusia sehingga ke peringkat terkecil iaitu sel sebelum hubungan di antara berbilion-bilion sel otak itu dianalisis seterusnya 'dipetakan' ke dalam komputer.

Hasilnya, otak tiruan yang dinamakan Otak Biru itu boleh berfikir dan berperasaan seperti manusia tetapi ia berada di dalam sebuah super komputer.

"Kami akan melakukannya menjelang 2018. Kami memerlukan banyak wang tetapi saya memperolehnya," kata Profesor Markram.

"Cuma segelintir saintis di dunia ini yang memiliki sumber kewangan seperti ini," tambahnya. - Agensi








Sampai suatu ketika nanti kita manusia akan berdamping dengan manusia tiruan yang persis seperti manusia yang mempunyai akal , perasaan dan naluri.


Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©