Khasiat Ikan Toman dan Haruan .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Pernah atau tidak anda melihat atau mengenali sepesis ikan air tawar ini yang dinamakan Ikan Toman ( bagi yang bersaiz besar ) dan Ikan Haruan ( bagi yang bersaiz sederhana . Dan nama saintifiknya adalah (Channa melanostoma) iaitu untuk Toman dan (Channa striatus) untuk Ikan Haruan.

Bagi yang jarang ataupun tidak pernah melihat Ikan Toman dan Ikan Haruan ini adalah memang cukup sukar untuk membezakan yang mana satu adalah Toman dan haruan . Mr J pun kurang arif sedikit mengenai pembezaan sepesis ini , yang Mr J tahu adalah yang besar itu Toman yang kecil itu haruan .

Menurut cerita daripada kaki pancing dan rakan - rakan Mr J , pernah mendakwa melihat kelibat Ikan Toman didalam Tasik yang dianggarkan sebesar tong drum , wah! . ( Anda berhak untuk tidak mempercayai ataupun sebaliknya ) .




Ikan Toman : Sekadar gambar hiasan.


Dikatakan oleh orang tua - tua bahawa ikan toman ataupun ikan Haruan khasiatnya cukup mujarab lebih - lebih lagi dimakan oleh wanita yang baru lepas bersalin . Selain itu juga , khasiat sampingannya adalah boleh mempercepatkan menyembuh luka - luka pembedahan dan juga mengurangkan kesakitan lepas pembedahan.


Menurut sebahagian daripada sumber lain bahawa :

Ikan haruan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60 hingga 70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut,” katanya.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.
Umpan mujarab untuk memancing Toman dan Haruan ini adalah dengan mengunakan Katak hidup yang dicangkukkan pada bahagian badan Katak tersebut dan caranya memancingnya adalah dengan menggunakan kaedah "casting" dan pelbagai jenis teknik lagi. Selain Katak umpan lain cukup mujarab adalah cacing , cekerik , lipas dan banyak lagi.

Jangan tidak tahu , bahawa ikan ini cukup ganas bila merentap umpan yang diberikan.


http://img522.imageshack.us/img522/3279/image009u.jpg
Ikan Haruan yang dipancing oleh Mr J .

Bila menaip mengenai ikan toman ini , tangan Mr J terus bergetar bagaikan terkena sumpahan Ikan Toman , yerlahkan.. lama juga tak pergi casting toman , asyik pancing dasar Sungai Rajang Bosan juga.



Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

4 comments:

Braderrock.com berkata...

Ya. ikan toman mmg baik untuk kesihatan kepada ibu yg baru bersalin.. mak gua cakap macam tu ..

Encik aMin berkata...

wah, bestnyer kalo aku pun terer mancing.. tapi ikan toman biasa org xmakan kan?

P/s: i follow u.. :)

Mr.J berkata...

@Encik aMin .

memancing tak perlu pro bro.. baling je.. heheh.

forumguy berkata...

walao eh.. bro. lu mana mancing.. gua layan toman. tapi xpernah dpt yg masters2 punya.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©