Liga Super 2012: Sarawak mencuri 1 mata berharga dari Selangor.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
BUKIT JALIL, (Arena.my) - Sarawak mencuri satu mata ketika bertandang di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah seri 0-0 dengan Selangor.

Pertahanan Sarawak ternyata cukup ampuh untuk menahan asakan bertali arus Selangor yang diketuai Amri Yahyah.

Sarawak mengharapkan sepenuhnya bakat tempatan pada malam ini memulakan perlawanan dengan lebih garang yang menyaksikan pemain tengah, Azizan Baba melepaskan sepakan liar dari dalam kotak penalti.

Ketika permainan memasuki minit ke-30, Selangor memperkemaskan bahagian tengah mereka dan hasilnya Sarawak hampir terpedaya dalam situasi sepakan percuma.


Asraruddin Putra Omar mengambil sepakan percuma dari luar kotak yang selalunya diamanahkan kepada Safiq Rahim dan percubaan itu menggegar palang gol dan tindakan susulan Ramez Dayoub pula tinggi.

Red Giants seakan masih lagi bereksperimentasi bahagian tengah mereka dengan menurunkan Fitri Shazwan Raduwan dan Bunyamin Umar dalam kesebelasan utama.

Anak buah Irfan Bakti sering bertukar posisi namun terus buntu menembusi benteng lawan yang menyaksikan Sarawak terpaksa menukar penjaga gol, Saiful Amar Sudar yang gagal meneruskan permainan akibat kecederaan sebelum berakhir babak pertama.

Kelibat Sani Anuar Kamsani terus memastikan pintu gol skuad Bujang Senang selamat walaupun Selangor mencipta deretan peluang di depan gol.


Irfan membuat pertukaran bagi meningkatkan peluang gol dengan memasukkan Azidan Sarudin, Solihin Kanasian dan R. Surendran tidak berhasil.

Sebaliknya dalam 10 minit terakhir, pelawat bagaikan mendapat tenaga baru untuk menguji Norazlan Razali dengan memanfaatkan sepakan percuma yang dihadiahkan.

Rembatan rendah Yosri Derma Raju terkena kaki pemain Selangor hampir mengelirukan Norazlan. Rembatan kencang pertahanan kiri Sarawak, Ramesh Lai Ban Huat pada minit ke-84 sempat mencemaskan tuan rumah.

Selangor bakal bertemu T-Team pada hujung minggu depan sementara Sarawak menanti kunjungan Negeri Sembilan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

Semangat Bujang Senang 89 berkata...

NGAP SAYOT!! AGI IDUP AGI NGELABAN!!

Asiah berkata...

Bujang Senang Lagenda waktu 1989! kini bakal muncul utk digeruni kembali! . Encang Sarawak Encang!

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©