Apa Rakyat Sabah & Sarawak dapat sepanjang 50 tahun bersama menjadi rakan kongsi dalam Persekutuan 'Malaysia'?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Amaran : Terpulang kepada pembaca untuk menilai dan menyemak , artikel ini Tidak Sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan kerana khuatir jika anda menyalin dari artikel ini maka anda akan mendapat markah kosong . Hak Individu samaada mempercayai mahupun sebaliknya. 

Apa yang anda akan baca disini sebentar lagi adalah beberapa Isu yang sering diluahkan rakyat negara tersebut bergitu juga beberapa Konspirasi yang masih menjadi tanda tanya.

Kali ini Mr.J hendak membawa anda semua pergi ke dunia sebelum Sebuah Persekutuan Malaysia dibentuk serta tarikh - tarikh penting yang disembuyikan dalam Persekutuan Malaysia.

Selepas itu baru kita akan menumpukan mengenai "Apa Rakyat Sabah & Sarawak dapat setelah 50 Tahun menjadi Rakan Kongsi di Persekutuan Malaysia.

Sebelum itu,  mendiang Datuk Amar James Wong telah mengingati Rakyat Negara Sarawak bahawasanya "Kita ( Negara Sarawak ) Bukan Menyertai Malaysia , tetapi kita Membentuk Malaysia bersama-sama Borneo Utara ( Negara Sabah ) , Singapura dan Tanah Melayu" .


Membentuk dan Menyertai adalah dua Perkara yang Berbeza. - Kamus Dewan

Wajib Tahu Senaraikan Tarikh Penting dalam Persekutuan Malaysia
Soalan Mr.J akan dikhaskan kepada Rakyat Negara Sabah dan Sarawak . Bilakah Tarikh Negara Sabah dan Negara Sarawak Merdeka? . 

Tarikh Kemerdekaan negara - negara ( Rakan Kongsi ) dalam Persekutuan Malaysia.
1: Malaya atau Tanah Melayu Merdeka pada 31 August 1957.
2: Sarawak Merdeka pada 22 July 1963.
3: North Borneo atau disebut Sabah Merdeka pada 31 August 1963.
4: * Singapura Merdeka pada 31 August 1963. 

Nampaknya ramai juga Penduduk Asal Sabahan dan Sarawakian tidak mampu menjawap Soalan diatas dan dari sinilah kita dapat nampak bagaimana 'konspirasi' telah berlanjutan berlaku.

Apa Itu Istilah 'Persekutuan' ?
Persekutuan Malaysia sebenarnya diaspirasikan daripada Pembentukkan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. 4 Wilayah Tersebut Berstatus Negara dan Kuasa Autonomi iaitu memerintah cara sendiri .Wilayah Tersebut mewakili negara masing-masing tetapi bila Sukan Olimpik, mereka akan bersama dalam United Kindgom.

Bagaimana Pula dengan Persekutuan Malaysia? Penubuhannya juga sama seperti United Kingdom, Persekutuan Malaysia diwakili oleh Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu dan  semua wilayah tersebut ( Berstatus Negara ) .
Info : Tahukah anda Sabah & Sarawak mengawal kemasukkan Imigresen mereka sendiri tanpa dicampur oleh Persekutuan malaya.

Sabah dan Sarawak yang berstatus Negara digantikan dengan Status Negeri .
Tahun demi tahun dalam Gagasan Negara Persekutuan Malaysia , rakyat Sabah & Sarawak semakin kehilangan pelbagai sumber alam dan Status Negara mereka telah diturunkan menjadi Status Negeri ke 12 dan ke 13 . 

Pemimpin Tanah Melayu masih terus memimpin Persekutuan Malaysia dan tidak pernah ( mungkin selepas 500 tahun akan datang ) memberi kepada rakan kongsinya iaitu Sabah atau Sarawak untuk memimpin.

Ketidakadilan Gaji Minima Untuk Sabah , Sarawak & Tanah Melayu
Gaji minimun yang diumunkan untuk Rakyat Sabah & Sarawak amat mengecewakan rakyat tersebut apa tidaknya , Sabah & Sarawak hanya sekadar layak menerima RM800 minimun sebulan dan RM900 minumun untuk Tanah Melayu.

Tanah Adat NCR + Pelaburan Kelapa Sawit
Rakyat Sarawak terpaksa 'berperang' mempertahankan Tanah Adat NCR mereka dari diceroboh oleh beberapa Syarikat Kelapa Sawit ini akibat banyak penyelewangan berlaku di Sarawak secara nyatanya. Kisah ini tidak disiarkan dimana-mana akbar di Sarawak dan seolah - olah ianya tidak berlaku.

Kisah Tragis Kejadian di Bakong , diantara Maruah , Tanah dan Nyawa.  Selepas lebih sedekad mefailkan ke Mahkamah akhirnya Kemenangan di Pihak Penduduk Asal Tanah Adat tersebut . Sila Rujuk Laporan penuh di The Bakong Incident.

Bergitu juga kejadian di Tebedu, Sarawak dimana penduduk asal bertaruh nyawa untuk mempertahankan Tanah mereka.  Banyak lagi kes pencerobohan Tanah Adat NCR oleh Syarikat Kelapa Sawit yang peliknya Sebilangan Syarikat tersebut dikatakan mendapat 'lesan' untuk teroka tanah mereka daripada Pihak 'Atasan'.

Konspirasi Pemberian Taraf Warganegara kepada Rakyat Asing di Sabah
Hanya Orang Sabah sahaja yang tahu mengenai konspirasi tersebut, hanya kerana inginkan satu kuasa besar maka Negara digadai .

Andai 20 tahun yang lepas , Sabah apa yang dapat kita lihat wajah penduduk asal dan kita tahu bahawa Suku Kaum KDM ( Kadazan Dusun Murut ) adalah pemilik asli di Negara Sabah .


Tetapi tidak lagi sekarang kerana anda boleh melihat Bangsa Pakistan dan Pilak semakin meningkat dan ada diantara mereka telah menjadi warganegara malaysia kenapa ini boleh terjadi?



Adik Norikoh dirogol dan dibunuh Kejam oleh 5 warga asing Pakistan di Kota Marudu , Sabah pada 26/11/2012 .

Tanah Melayu cuba mengawal Sabah & Sarawak.
Tanah Melayu iaitu rakan kongsi Persekutuan Malaysia pada masa itu dikatakan melakukan pelbagai konspirasi iaitu ingin menjadi 'Tuan' dalam Persekutuan Malaysia dan mengawal semua sumber asli daripada rakan kongsinya iaitu di Pulau Borneo iaitu Sabah & Sarawak yang juga merupakan 'Bank' segala duit , dari hasil minyak dan gas asli hingga pembalakan.
"Cuba buat semakan sekeliling di tempat Perkhidmatan Awam kawasan anda dan cuba bertanya siapakah Pengarahnya, kalau penduduk asal rasanya tidak sampai 5%"
Dan ini terbukti apabila hasil minyak sumber asli Sabah & Sarawak diangkut ke Tanah Melayu dan membina Menara Petronas yang Gah disana. Bergitu juga % Royalti Minyak yang disalurkan tidak bersesuaian lagi pada masa sekarang.

Info : Sarawak adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar.

Tetapi Penyelewengan dalam Gagasan Persekutuan Malaysia berlaku tanpa sedari, mungkin sebab sifat rakyat Borneo lebih bersikap 'Ikut Telunjuk' suatu ketika dahulu?

Penjajahan di Sektor Perkhidmatan Awam di Sabah & Sarawak.
Ini tidak dinafikan bahawa semakin ramai Penjawat Awam yang berpangkat tinggi di Sabah & Sarawak adalah kebanyakkan orang daripada Tanah Melayu , alasan yang sering didengar bila disoal adalah "Orang Sabah & Sarawak masih tidak ada yang layak" . 

Jawatan Tinggi di Sektor Perkhidmatan Awam di Sabah & Sarawak seharusnya diserahkan kepada anak jati tempatan itu sendiri dan bukannya orang luar.

Ini telah melangaran "Perjanjian Perkara ke 8" dalam Pembentukkan Persekutuan Malaysia iaitu Borneanisation : "Borneanisation daripada Perkhidmatan Awam perlu diteruskan secepat mungkin.".

'......perlu diteruskan secepat mungkin......' tetapi kini telah 50 tahun berlaku.

Fakta atau Auta? Sejarah Penting yang menimbulkan keraguan
Sehinggakan Kemerdekaan Tanah Melayu 31 August 1957 turut diselewengkan dikatakan Kemerdekaan Malaysia dan diajar di dalam buku teks sekolah selama berpuluh - puluh tahun sehingga sebahagian generasi baru Sabah & Sarawak tidak mengetahui Tarikh Kemerdekaan Negara mereka sendiri , kerana Sejarah penting mengenai Sabah & Sarawak tidak diajar atas sebab tertentu atau kemungkinan dirancang.


Selepas dikecam beberapa Aktivis & Ngo kini buku teks Sekolah Rendah beberapa tahun lepas ianya merombak dan meletakkan tarikh sebenar serta tarikh kemerdekaan Sabah serta Sarawak bergitu juga dengan tarikh Singapura keluar.


Masih ada Ralat (rujuk gambar) "Hari Kemerdekaan adalah hari 'negara' ( Sepatutnya 'Tanah Melayu ) kita bebas daripada pemerintahan British pada 31 Ogos 1957. Jika 'Negara' maka murid - murid akan keliru bahawa negara yang mana? Sabah , Sarawak atau Singapura.

Jajahan dari segi media TV.
Hanya Negara Sarawak sahaja yang boleh dikatakan Bebas untuk menggunakan Penerimaan Satelit Parabola dan tidak perlu untuk menggunakan Astro ( sejenis stesen Tv berbayar untuk menonton ).


Tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa suara sumbang yang mahu penggunaan Parabola di Sarawak diberhentikan atau diharamkan mungkin suara sumbang tersebut ada hubungan perniagaan dengan Astro.

Parabola ini bergitu diminati daripada Astro kerana parabola hanya sekali bayar pemansangannya dan tidak seperti Astro kena bayar bulan - bulan . Parabola boleh menyiarkan lebih daripada 100 Channel . 

Fakta atau Imaginasi?  : Tiada Highway Pan Borneo yang dekat 93% siap
Imaginasi: Seorang Menteri secara lantang mengatakan Projek Pan Borneo Highway empat atau enam lorong sudah 93% Siap. Ini merupakan Gurauan daripada Menteri tersebut.

Fakta: Tiada Jalan Highway 4-6 Laluan sepanjang Kuching terus ke Kota Kinabalu Sabah, tidak percaya? Sila tanya rakan anda dari Borneo kerana mereka lebih mengenali tempat sendiri berbanding dengan Menteri yang bukan penduduk asal Sabah & Sarawak itu.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Rosnah berkata, jalan raya sepanjang 248.65 kilometer itu mempunyai tahap empat atau enam lorong manakala bakinya masih di tahap dua lorong.Ini tidak termasuk missing link 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah.
Penyelewangan Kuasa oleh Pemimpin Sarawak & Sabah untuk Kepentingan Sendiri
Adakah segala hasil 'tuaian' daripada sumber Sabah & Sarawak telah disalurkan sepenuhnya kepada pembangunan serta taraf hidup rakyat tersebut?

Atau disalurkan kepada 'Bank Sendiri' di Luar Negara untuk simpanan 7 Generasi darah daging sendiri?

50 Tahun dalam Pembentukkan Malaysia , malu dan cukup malu sekali bila masih mendengar penduduk masih lagi tidak mendapat kemudahan yang sepatutnya.

Info : Sarawak adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar.

Masih ada lagi rakyat Sabah & Sarawak mengunakan air hujan dan air sungai untuk keperluan harian.

Konspirasi atau Tragedi Double 6 Sabah
Pesawat yang membawa Gabenor Pertama Sabah iaitu Tun Muhammad Fuad Donald Stephens. bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama , Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.

Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.

Bangkai Persawat seperti diledak dibom berkecai. Rujuk Sumber

Melihat kepada bangkai pesawat itu saja sudah cukup menjelaskan sesuatu yang tidak kena.Kapal itu terjunam di laut, tidak berkecai (mungkin kerana ia jatuh pada altitude yang rendah) tetapi cabinnya seakan telah meletup. Jika pesawat itu mengalami kerosakan pada engine atau alat kawalan sebelum terhempas, sudah pasti (sepasti-pastinya) pilot sempat memaklumkan kepada menara kawalan.

Ada beberapa penduduk Sabah berpendapat bahawa ianya konspirasi yang dilakukan oleh individu yang ada kepentingan dalam 'Persekutuan Malaysia' . Dikatakan juga bahawa Sabah ada menyatakan keinginan mahu mengeluarkan diri dari Gagasan Persekutuan Malaysia mengikut langkah Singapura tetapi niatnya itu tidak dipersetujui oleh 'individu' yang mahukan Sabah serta dalam Gagasan Persekutuan atas sebab mungkin dari sektor ekonomi.

Menteri & YB Tua Bangka Nyanyuk Perlu ditukar
Para Menteri dan YB yang Tua Bangka serta Nyanyuk haruslah ditukar secepat yang mungkin kerana dikhuatiri lebih banyak Projek tak masuk akal akan dibina seperti contoh 12 Empangan Air dibina.

Persekutuan Malaysia dalam tempoh Percubaan
Sebenarnya "Persekutuan Malaysia" ini dalam tempoh percubaan dan usianya pun baru sahaja 50 tahun mungkin kalau tidak serasi dan bila semua pemimpin di antara 3 Negara tersebut iaitu Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu mendapat suara majoriti dan kemungkinan diantara Negara tersebut boleh Keluar daripada "Persekutuan Malaysia' .

Atau mungkin Negara Sarawak kembali mengunakan Matawang sendiri sepertimana sebelum Pembentukkan Persekutuan Malaysia.


Tahun 1858 - Tahun 1953 lebih Negara Sarawak Hampir 100 tahun menggunakan Matawang Dolar Sarawak . Sarawak rasmi menggunakan RM pada sekitar tahun 1965 (baharu sahaja 40 lebih tahun Sarawak menggunakan RM).

Tidak Mustahil berlaku ini kerana Negara Singapura telah lakukannya, mungkin Negara Sabah atau Negara Sarawak akan menyusul dan yang pasti bukan esok atau lusa mungkin selepas 100 tahun akan datang sekiranya berlaku Ketidakadilan masih berterusan.

Kesimpulannya
Seperti kata perpatah "Hendak membunuh Pokok adalah meracuni Akarnya".


Yang tipu menipu serta penyelewangan dan juga konpirasi tersebut kita biarkan sebab itu kejadian kesilapan lampau dan tidak boleh salahkan pemimpin terdahulu kerana kita bukan lahir pada masa tersebut , tetapi sekarang kita sedar dan kembali bangkit untuk keadilan untuk cucu cicit kita akan datang . 

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©