Ingin menghina Negara Sarawak? Pasukan Gempur Khas Siber Negara Sarawak akan 'menyerang' tanpa belas kasihan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masyarakat Negara Sarawak bergitu unik serta saling membantu dan akan Bangkit melawan sekiranya Perkara yang melibatkan Negara Sarawak diremeh temehkan oleh orang luar.

Mereka akan membentuk satu Pasukan 'Gempur' Elite dalam Serangan Siber yang dianggotai oleh lebih Ratusan Ribu 'Sukarelawan Siber' sehingga membuatkan 'musuh/si penghina' Negara mereka 'tewas' serta 'kecundang' dan 'Penjahat' akan menerima 'sumpahan' dan 'kutukkan' sehingga boleh menyebabkan 'Penjahat' tersebut menjadi Kurang Siuman selama beberapa hari. Dibawah ini Mr.J senaraikan beberapa Kisah Serangan tersebut:

1. Personaliti / Pengacara TV3 Nurul Syuhada:
Ratusan 'Pejuang' Gempur Elit Siber terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira agama dan budaya menyerang Akaun Facebook Personaliti Tv3 dan juga Facebook Page Tv3 mengenai Isu ucapan Personaliti tersebut mengatakan bahawa "Bintulu Bandar Daif".

Beberapa Page ditubuhkan, selepas serangan bertalu - talu ke atas Akaun Facebook miliknya.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tidak sampai 1 Minggu Personaliti tersebut meletak jawatan atas 'sebab - sebab tertentu'.

2. Astro Arena mengenai Berat Sebelah Isu Penyiaran Siaran Langsung:
Facebook Page Astro diserang dengan katakunci #NoLiveNoProblem sehingga menjadi Treading Pantas di beberapa laman sosial lain dan juga blog serta forum ini disebabkan tiada siaran langsung untuk Sarawak Sepanjang Tempoh Sarawak bermain di Liga Perdana sampailah ke Final sehingga menjadi Juara.

 Banner Besar mengutuk Astro dengan Slogan "No Live No Problem".

Sehingga pada masa kemuncak Para Pasukan Gempur Khas Siber Sarawak berkampung di Page Astro Arena dan serangan bertalu - talu dengan pelbagai 'peluru sumpahan kritikal' sehingga memaksa wakil dari Astro Arena tampil membuat kenyataan Maaf dalam Bahasa Melayu Sarawak .

3. Protes dan Bakar Bendera Parti Politik. 
Serangan 'Offline' dibantu juga dari Segi Online oleh beberapa Penulis Blog serta Forum.
Rujuk Kisah Penuh di 'Kami Bukan Warga Cawat': 

Ahli Politik menghina Rakyat Sarawak dan ratusan serta puluhan beg yang berisi Bendera Parti Tersebut dibakar secara terbuka tanda protes. 

"Tidak dilaporkan di media, kerana parti tersebut dahulu dikatakan berasaskan 'agama', parti berasaskan 'agama' agak tidak diterima di Sarawak kerana khuatir akan memecah belahkan Penduduk Sarawak yang lebih daripada 50 Bangsa dan bukannya 3 Bangsa seperti mana di tempat kelahiran parti tersebut".
Info Rakyat Luar Sarawak Harus Tahu : Persekutuan Tanah Melayu Harus mematuhi Perjanjian Perkara 18 & Sabah & Sarawak dengan Tanah Melayu ( Malaya ) dalam Persetujuan untuk Pembentukkan 'Negara Bersekutu' yang dinamakan 'Malaysia'.
Perjanjian 18&20 diantara Tanah Melayu dengan Negara Sabah 'North Borneo' dan Negara Sarawak.
Perkara 1: Agama Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Agama Islam dalam Perlembagaan Malaya TIDAK BOLEH diguna pakai di Borneo


4. INTERGRASI NATIONAL - Kenyataan Md Yusri (UKM) Menyingung Rakyat Sarawak.
Rancangan Bicara Kampus telah mencetuskan 'sensiviti' emosi kepada Rakyat Sarawak apabila salah seorang panel iaitu Md Yusri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuatkan Rakyat Sarawak marah. ( Tonton Rakaman Video 

Md Yusri dengan Bongkak dan Akuhnya berkata serta merendahkan tahap Penduduk Sarawak dengan mengatakan bahawa:
"Sarawak adalah sebuah negeri maju kerana wujudnya restoran makanan segera McDonald di Kuching" . 
Mungkin Md Yusri adalah seorang pelajar yang tidak pernah melihat Sarawak secara keseluruhan, mungkin dia merasakan Bahasa Negara Sarawak hanya ada 1 Bandar sahaja iaitu Kuching , sedangkan Negara Sarawak mempunyai 4 Bandar Utama iaitu Kuching , Sibu , Bintulu dan Miri.

Bukan itu sahaja , dia juga berkata bahawa Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada Semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung , sedangkan sudah lebih 50 tahun Sabah & Sarawak membantu Pembangunan di semenangjung dengan Sumber Asli Petroleom , Balak serta pelbagai sumber lain. 

5. DJ Radio Era FM dikecam Kerana melabelkan Pasukan Sarawak Cap Ayam:
Mungkin disebabkan kedua DJ tersebut Kaki Bangku sehingga terselah kebodohan sendiri dengan  melabelkan Sarawak adalah Pasukan 'Cap Ayam' dan tidak layak untuk bermain di Piala Liga malaysia. 

Facebook Page Era FM mengunakan Cover Bolasepak Sarawak bagi tujuan Meminta Maaf.

Katakunci #NoEraNoProblem dicipta dan menjadi ikutan sebagai Protes kepada DJ Johan dan Ray, laman facebook Era FM & Era TV turut diserbu oleh ratusan Rakyat Negara Sarawak dan sehingga kini 26 August 2013 selepas DJ tersebut meminta maaf kepada Rakyat Negara Sarawak dan Pasukan Bolasepak Sarawak di Radio pagi tadi lingkungan jam 8:30am tadi.

Sedutan Rakaman Permohonan Maaf DJ Era FM 

Sarawak yang dikatakan Cap Ayam telah mengalahkan Lions XII yang digeruni oleh semua pasukan dalam Liga kerana mereka merupakan Juara Liga Super. 

Protes terhadap DJ 'Cap Ayam' oleh Penyokong Sarawak sewaktu Perlawanan  Sarawak menentang Lions XII Banner Protes  "Johan yang ditulis X Cen & Lawak Bodo".

- Mr.J 

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©