Come on Lah... Itu hanya Burger Babi ...

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Amaran : Anda dilarang keras membaca artikel ini sekiranya anda mempunyai mentaliti seperti Persatuan Katak Katik Se-Malaysia kerana khuartir setelah membaca artikel ini akan membuatkan anda 'terkeluar landasan agama' dengan tiba-tiba sahaja walaupun tanpa bimbingan.

Mr.J hari ini tertarik dengan satu laporan di warta online Sinar Harian iaitu mengenai Daging Burger Babi , The Best Pork Burger In Town! . 

Seperti kebiasaan bila waktu terkujuh katak akan berbunyi dengan nyaring sekali seperti sudah dijangkakan Persatuan Pertubuhan Wira Katak Katik Se-Malaysia tidak termasuk Sabah & Sarawak mengecam dengan lantang sekali mengenai isu tersebut.

"GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini." Sinar Harian 4/11/2013

Bagi Mr.J tiada apa yang pelik dan hendak dibangkitkan dalam isu tersebut atau kemungkinan ada orang 'melayu' iaitu yang pergi makan Burger Babi tersebut , ataupun Burger Babi tersebut belum lagi di 'tax' GST 6% membuatkan 'mereka' cepat mengelabah.

Andai katalah semua minda rakyat jelata berfikiran seperti ahli - ahli Pertubuhan Wira Katak Katik maka hancurlah sebuah Negara Persekutuan yang terbentuk sejak 16 September 1963 yang bernama Negara Persekutuan Malaysia .

Berbalik kepada kisah Burger Babi The Best In Town yang dikecam hebat , be fair lah kita sebagai rakyat malaysia bersikap bertolak ansur dan besar - besar signboard sana tulis PORK janganlah menyibuk hal orang lain bagaimana jika Melayu menjual Burger Lembu dan ketika itu wujud Pertubuhan seperti Persatuan Katak menyalahkan Perniaga Burger Lembu kerana menyingung sensiviti penganut Hindu?.

Info ini tidak bermakna mengalakkan anda makan Babi.
Come on lah Kami di Sabah & Sarawak boleh menjaga hubungan antara Agama & Bangsa lebih baik sedangkan kami ada lebih daripada 40 Etnik , Bangsa dan Agama daripada S.Malaysia yang hanya ada 3 Bangsa Utama tetapi tak pernah senang untuk duduk bersama. 

Walaupun Kami di Sabah dan Sarawak sering dihina dengan tinggal di pokok , hidup didalam gua , makan manusia dan sebagainya tetapi keutuhan diantara Kaum dan Agama kami tinggi berbanding yang baru hendak memulakan slogan '1Malaysia'.

Fobia sangat dengan istilah 'Babi' tetapi perangai Babi lebih elok daripada sebilangan manusia yang pengampu , perasuah dan sebagainya. 

Tidak ada keraguan kerana kedai tersebut dan 'Terpampang Jelas" Tulisan PORK diluar Premisnya dan tidak menjadi isu Perkataan PORK boleh melemahkan Iman anda.

Opps, btw sebelum itu Negara Malaysia ini bukanlah Negara Islam kerana apa yang Mr.J tahu Negara Islam mestilah Negara yang Tiada Casino , Kilang Arak dan sebagainya .

- Mr.J suka makan katak .

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©