Kisah rumahtanga pemuda bernama Malaya dengan madunya Sabah dan Sarawak semakin goyah..ingin bercerai?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah hidup Pemuda yang bernama Malaya dan tiga madunya iaitu bernama Singapura, Sabah dan Sarawak kini tidak lagi seakrab seperti dahulu , tetapi sebelum Mr.J menceritakan selebih lanjut kisah mereka disini Mr.J memperkenalkan siapa Pemuda yang bernama Malaya.

Sebelum itu Malaya mempunyai tiga orang isteri iaitu yang ketiga adalah bernama Singapura seorang gadis kerdil dan comel . Pada 16 September 1963 mereka membentuk sebuah keluarga bernama 'Malaysia' .

Tetapi hubungan Malaya dengan Isteri ketiga iaitu Singapura hanya bertahan selama dua tahun iaitu tahun 1963 hingga 1965 sahaja ekoran Singapura telah mengetahui bahawa Malaya tidak menyintainya sepenuhnya dan hanya mempergunakan dia ini kerana Malaya tahu bahawa Singapura adalah seorang gadis yang cerdik akal .

Singapura menasihati madunya yang lain iaitu Sabah dan Sarawak tetapi mungkin kerana pujukkan si Malaya menyebabkan Sabah dan Sarawak yang ketika itu masih mentah lagi terus lena dengan rayuan Malaya.

Sekarang sudah 50 tahun Perkahwinan Malaya dengan Sabah dan Sarawak , pelbagai kontroversi dicetuskan oleh Malaya dan mungkin inilah yang dinamakan 'habis madu sepah dibuang' .

Segala harta pusaka Sabah dan Sarawak telah banyak dilaburkan untuk Malaya membuka perniagaannya seperti Petronas dan sebagainya.

Sekarang Malaya dengan lantang mencemuh untuk menukar segala 'status' Sabah dan Sarawak dan pelbagai hinaan serta cacian juga dileparkan kepada mereka berdua , andai mengetahui Sabah dan Sarawak mempunyai 'harta' maka mereka disayang kembali.

Bagaimana dengan nasib bekas isteri Malaya iaitu Singapura ? Singapura kini tampak lebih berjaya dan membangun dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa 'ganguan' daripada orang lain bahkan Singapura menjadi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaannya sendiri dan menguruskan segalanya lebih 'terlus' dan 'tanpa rasuah' .

Cik Singapura kini lebih selesa dan berjaya berbanding Sabah dan Sarawak.

Umpama menangisi sebuah 'kematian' , Sabah dan Sarawak terus dihina , dipinggir bahkan dipergunakan untuk mengaut keutungan berganda kepada Malaya sedangkan Sabah dan Sarawak terus dibiarkan sehelai sepingan.

16 September adalah bukan lagi tarikh ulangtahun yang mengembirakan kepada Sabah dan Sarawak kerana ianya telah berubah menjadi sebuah tarikh 'berkabung' daripada tarikh perkahwinan.

Sebelum itu , Sabah dan Sarawak telah membuat surat 'akujanji' yang meliputi pelbagai aspek sebanyak 20 Perkara tetapi ternyata ianya seperti melepaskan batuk ditangga . 

Keinginan Sarawak serta Sabah untuk bercerai dengan Suami mereka semakin melonjak ekoran terlalu banyak 'parasit' seperti spesis katak dan yang lain menjangkiti Suami mereka Malaya , sering mengabaikan Nafkah yang seharusnya diberi kepada Isteri-Isterinya.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©