Tonton Video Penuh "Sesi Soal Jawap" TV3 - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. 16/9/2015

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
16 September 2015, iaitu sempena Menyambut Hari Pembentukkan Negara Persekutuan Malaysia TV3 dalam rancangan "Sesi Soal Jawap" telah menjemput Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem.

Sesi Soal Jawap selama lebih kurang hampir sejam itu dengan pelbagai soalan dan jawapan.



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Perkara yang ditekankan oleh KM SARAWAK di TV3 dalam rancangan "Soal Jawap" 16 Sept 2015.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem dijemput untuk keudara secara langsung di TV3 pada pukul 11 malam dalam slot "Soal Jawap" Semalam iaitu sempena memperingati Hari Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963.

Pelbagai soalan menarik diajukan kepada Beliau namun jawapan yang diberikan memukau sesiapa sahaja. Disebalik "soal jawap" yang diberikan kepada Beliau terselit beberapa Perkara yang "Ditekankan"  iaitu kemungkinan seperti senarai 7 dibawah.

Kunjungi fb "pengerindu.com"
1. Autonomi Untuk Sarawak
Dahulu semasa perjanjian Malaysia 1963, kita telah mensyaratkan beberapa perkara untuk survival bangsa Sarawak di dalam Gagasan Malaysia. 

Sekarang kami mahunya kembali kerana kami boleh menguruskannya sendiri. Autonomi yang dituntut bukannya autonomi yang diminta secara begitu sahaja SEBALIKNYA ianya sudahpun tertulis di dalam perjanjian Malaysia. Bukan bermakna meminta autonomi kita hendak KELUAR MALAYSIA tetapi kita hanya menuntut apa yang telah dimeterai dahulu. 

Jadi tiada isu hendak keluar Malaysia dan tiada yang perlu ditakuti oleh Kerajaan Persekutan kerana sejarah membuktikan keberadaan Sarawak membentuk Gagasan Malaysia adalah untuk bersama-sama mempertahankan diri daripada ancaman komunis dan sebagainya. Kami bukan orang yang tidak tahu sejarah itu semua.

2. Autonomi Pendidikan 
Dasar Pendidikan sekarang adalah satu dasar flip-flop polisi yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan telah menghancurkan dasar pendidikan yang sepatutnya boleh melahirkan bijak pandai generasi muda dari Sarawak. Malah penempatan guru2 juga menjadi satu yang mustahak kerana hanya orang Sarawak yang lebih mengenal apa itu adat budaya orang Sarawak.

3. Toleransi Kaum 
In order you want to be tolerate, you need to respect each other. Di Sarawak, kaum bumiputera bukan hanya beragama Islam malah juga beragama lain misalnya Kristian dan Pagan. Kami ada lebih 30 etnik dengan beratus-ratus bahasa dan dialek seperti juga kepercayaan. 

Jika tiada dasar keterbukaan yang tidak diamalkan malah akan hancur satu negara. Kami tidak mahu seperti di Malaya yang seperti ada master in races.. we in Sarawak all adalah satu bangsa.. Sarawak cukup luas untuk semua. Dan menghormati agama lain juga adalah satu yang menjadi pengukuhan kepada satu bangsa.

3. Bahasa Inggeris 
Mengapa kita harus ketepikan bahasa Inggeris jika kita tahu ianya bahasa dunia. Bukan bermakna kita belajar bahasa Inggeris kita akan mengenepikan bahasa Malaysia. Orang Sarawak misalnya lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan orang di Semenanjung kerana sejak dahulu lagi kami sentiasa memastikan ianya digunapakai kerana kami mahu bangsa Sarawak satu bangsa yang global.

4. Sejarah 
Apa yang dibelajar sekarang memihak kepada sejarah Melayu sahaja yang mana ianya tidak adil sama sekali kepada bangsa Sarawak. Kami juga mempunyai sejarah sendiri yang harus anak bangsa kami mengetahuinya. Subjek sejarah sekarang HARUS DIROMBAK SAMA SEKALI. 

5. Royalti
Royalti lebih daripada apa yang kami ada kerana sejajar dengan waktu ianya langsung tidak mencukupi. Tuntutan sekarang 10% dan kalau boleh 20% itu penting untuk membangunkan Sarawak lagipun ianya kepunyaan kami.

6. Kuasa Jabatan 
Mengapa harus ada pengagihan kuasa yang bertimpa2. Jika JKR Sarawak boleh membuatnya kenapa harus ada campurtangan dari JKR Persekutuan. Kadang2 kontrak yang kita orang Sarawak tidak mengetahuinya kerana adanya campurtangan daripada orang yang bukan orang Sarawak.

7. Pembalakan Haram
Pencuri tok ingat macam neneknya pun hutan..oohaa.. perlu dihentikan. Kita kehilangan banyak daripada pencuri balak ini. Ianya akan diteruskan sehingga tiada lagi pembalak haram termasuk sawmill yang bersekongkol.

Bonus
Isu 1MDB, we Sarawakian don't care about it kerana kami lebih mementingkan bagaimana untuk hidup dengan keadaan ekonomi sekarang. So tidak payahlah mempengaruhi pemikiran yang tidak ada kene mengena dengan kita.

- Artikel Kiriman
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Pihak cuba keluarkan Sabah & Sarawak daripada "Persekutuan" Malaysia akan dikenakan Tindakan Tegas.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pihak terbabit yang cuba mencetuskan pelbagai provokosi dan hasutan dalam media massa adalah mencabar Perlembagaan Negara.
"Mereka secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa isu itu dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa meminggirkan hak-hak Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan semalam.
Golongan itu turut mengugut untuk mengaitkan Kerajaan Britain dalam isu berkenaan kerana didakwa bertanggungjawab mengikat kedua-dua negeri itu di dalam perjanjian itu.

Sabah & Sarawak keluar daripada Negara Persekutuan Malaysia.
Menurutnya tindakan mereka boleh menggugat ketenteraman awam yang akan menghancurkan perpaduan dan kedaulatan negara.

Khalid menasihati pihak terbabit supaya tidak memainkan isu-isu sensitif dengan provokasi serta hasutan yang boleh menyebabkan berlakunya sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan Perlembagaan.
Selasa lepas, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyelar pihak terbabit dengan menganggap cadangan mereka untuk membawa keluar Sarawak dan Sabah daripada Persekutuan Malaysia sebagai idea bodoh.
Pada 10 September lepas, tiga lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin warga Filipina yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia, diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +

Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Text Penuh ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah di Forum "Cerita Mengenai Penubuhan -Malaysia-".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Banyak yang telah ditulis mengenai penubuhan Malaysia dan, pada dasarnya, pandangan dalam tulisan-tulisan ini adalah konsisten. Namun, dukacita saya nyatakan bahawa pengetahuan mengenai penubuhan Malaysia adalah pada tahap yang tidak memuaskan, terutama di kalangan golongan masyarakat muda kita. Kita tidak seharusnya mengambil mudah sejarah dan masa lampau kita kerana sejarahlah yang menentukan duduk kita pada hari ini. Kejahilan yang wujud ini adalah sangat menyedihkan dan kita harus ingat bahawa seandainya dimanipulasi dan dieksploit oleh golongan tertentu akan menjadi cukup merbahaya dan mungkin saja akan mengancam kestabilan dan kesejahteraan kita.

2. Daripada pengamatan dan penelitian saya, adalah tidak keterlaluan untuk menyimpulkan bahawa masyarakat kebanyakan yang separa umur dari Sabah dan Sarawak tidak mengetahui dengan jelas mengenai penubuhan Malaysia, apa lagi golongan masyarakat yang sama dari Semenanjung. Apa pun, satu perkara yang pasti adalah kebencian dan rasa tidak puas hati bila mana Sabah dan Sarawak dianggap dan disamakan dengan 11 negeri lain di Semenanjung. Terdapat juga isu-isu lain, tetapi yang paling sering dipersoalkan adalah mengenai salah tanggap ini. Rasa tidak puas hati ini kedengaran di awal 80an lagi tetapi tidak pernah muncul di forum-forum yang rssmi. Namun demikian, ianya tetap kekal sebagai kudis yang mempunyai potensi untuk pecah dan memberikan kesengsaraan.

3. Parlimen pada penggal ini menyaksikan usul yang dibawa oleh anggota dari Sabah untuk melihat kembali Perjanjian 20 perkara yang melibatkan Sabah. Walaupun, ianya tidak diberikan keutamaan, dan tidak dibahas, saya fikir usahanya adalah satu permulaan yang baik. Paling tidak, akan tercatat rekod mengenai isu ini selain dari menyuntik perasaan ingin tahu di kalangan anggota-anggota yang lain.

4. Semaraknya jangkauan internet dan media sosial seperti Blog dan Facebook yang mencapai ke setiap pelusuk tanah air, telah merubah keadaan. Hari ini, kebanyakan orangramai mulai sedar tentang kemarahan rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak mengenai isu ini. Rasa tidak puas hati ini akan memuncak dengan kedatangan 16 September. Rungutan mengenai janji yang tidak ditepati akan memenuhi halaman media dengan berbagai cara. Rasa tidak puas hati ini datang dari hampir semua golongan masyarakat kita, sama ada dalam bentuk tulisan, ucapan dan sebagainya. Golongan yang mewakili pertubuhan agama menyatakan pemikiran mereka dari sudut agama dan golongan bisnes (ahli perniagaan dan sebagainya) membincangkan dari perspektif ekonomi. Isu-isu yang sering diutarakan termasuklah pendidikan, hak asasi manusia dan politik.

5. Terdapat banyak rungutan dan perasaan tidak puas hati yang diluahkan, tetapi sayang ianya tidak pernah ditanggap secara serius. Lebih mendukacitakan lagi, dengan pendedahan yang berlaku dan kemudahan untuk mengakses maklumat, masih tidak ramai anggota masyarakat yang mula berjinak membelek sejarah dan mengambil tahu proses yang terjadi sehingga tertubuhnya Malaysia. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk memanfaatkan kesempatan ini dan memberikan perspektif yang sekomprehensif mungkin dan mudah-mudahan saya mampu untuk mencuit dan mewujudkan perasaan ingin tahu yang mendalam di kalangan hadirin sekalian. Tetapi sebelum itu, saya fikir ada baik untuk kita melihat kepada beberapa rungutan yang sering muncul.

6. Ahli akademik dari Sabah dalam penulisannya telah membuat kenyataan yang sangat mengkhuatirkan mengenai apa yang terjadi terkait dengan penubuhan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia dengan kefahaman bahawa kepentingan kedua-dua negeri akan terus dipelihara. Kepentingan ini termaktub  dalam Perjanjian 20/18- Perkara, London Agreements dan Inter-Governmental Report (Jawatankuasa Antara Kerajaan [JAK]). Beliau menekankan bahawa kepentingan Sabah dan Sarawak tidak dipelihara atau dijaga dan malah diambil mudah dengan sesuka hati dan perkara berkaitan ditentukan mengikut kehendak dan keinginan Kuala Lumpur. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi kepada Persekutuan Tanah Melayu dalam Malaysia dan bukannya merupakan dua daripada 13 negeri dalam Malaysia. Sekumpulan ahli politik yang berasal dari Malaysia Timur dan beberapa aktivis sosial pergi lebih jauh dengan menggambarkan bahawa pelanggaran hak ini sebagai usaha  “mencuri” (memanfaatkan) kekayaan mereka.

7. Terdapat juga rungutan dari Sarawak yang memilih untuk menggambarkan permasalahan ini secara simbolik. Penubuhan Malaysia dilihat sebagai perkahwinan dengan perjanjian prenuptial, iaitu, Perjanjian 18 perkara. Beliau menjelaskan bagaimana si isteri, yakni, Sarawak, telah dikecewakan oleh si suami, Kuala Lumpur, yang tidak memberikan perhatian yang wajar,  tetapi tetap menjadi isteri yang setia, taat, berbuat baik dan bertanggungjawab.

8. Baru-baru ini, seorang ahli politik Sabah mengatakan dengan lantang bahawa Sabah adalah milik rakyat Sabah dan bukannya Malaysia kerana Perjanjian Malaysia belum dilaksanakan. Beliau berhasrat agar pelaksanaan perjanjian ini disemak semula dan pada masa yang sama menangani rasa tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak. Beliau juga menyatakan bahawa Sabah telah kehilangan sebahagian besar daripada 20 Perkara yang disepakati terutama apabila keputusan yang berkaitan dengan Sabah,  diputuskan oleh Kuala Lumpur semata-mata. Lebih buruk lagi, beliau merasakan bahawa Sabah telah dilayan seperti sebuah negeri jajahan (koloni) dan bukannya sebagai rakan kongsi yang sama dalam Malaysia. Seorang Paderi Besar Sabah, yang bercakap pada Hari Malaysia 2012, mempersoalkan sama ada perjanjian yang menegakkan kebebasan dan hak-hak serta adat resam negeri dipelihara. Beliau juga dengan jelas menyatakan bahawa kesepakatan mengenai penjagaan hak-hak inilah yang meyakinkan Sabah (North Borneo ketika itu) dan Sarawak untuk membentuk Malaysia bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

9. Seorang aktivis dengan gelaran anak jati Sabah, dalam melepaskan kekecewaan beliau, tanpa berselindung menegaskan bahawa rakyat Malaysia di Semenanjung adalah salah apabila menyatakan bahawa Sabah menyertai Malaysia. Hakikatnya, Malaysia tidak pernah wujud tetapi hanya wujud apabila Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung dan  membentuknya. Beliau mendakwa bahawa Perjanjian 20 Perkara dan Batu Sumpah (didirikan di Keningau sebagai peringatan sokongan Sabah untuk penubuhan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara) tidak dihormati dan telah diketepikan oleh Kuala Lumpur. Kekesalan beliau dapat dilihat dengan kata-kata yang terluah, "Batu Sumpah dan Perjanjian 20 Perkara secara perlahan-lahan dan berterusan diremehkan dan diketepikan oleh Kuala Lumpur."

10. Sentimen yang sama juga di utarakan oleh seorang ahli profesional dari Sarawak. Beliau malah pergi lebih jauh dengan mengatakan wajar bagi Sarawak untuk memilih keluar daripada Malaysia kerana layanan yang tidak baik daripada Kuala Lumpur yang melanggar Perjanjian 18 Perkara. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa terdapat kebaikan untuk berada dalam Malaysia tetapi perkara yang terkandung dalam Perjanjian 18 Perkara perlu dipelihara dan dihormati.

11. Gambaran di atas adalah merupakan beberapa contoh perkara yang mengekang hubungan baik antara Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur. Isu-isu ini adalah kritikal terutama apabila dilihat dari perspektif politik wilayah yang unik kepada Malaysia. Mereka perlu diperbetulkan dan beban yang paling besar adalah kepada orang-orang yang berkuasa dan mempunyai pengaruh politik yang kuat. Hanya dengan cara ini kita akan mempasti dan mengekalkan kewujudan Malaysia yang progresif, dihormati dunia, dan membawa makna kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

12. Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memulakan proses perbaikan ini, ada baiknya kita lihat kepada kejadian-kejadian yang membawa kepada penubuhan Malaysia. Saya juga berharap agar kita melihat ini dengan fikiran yang terbuka, tanpa sebarang persepsi. Kita hayati rungutan yang diluahkan tanpa sebarang prejudis dan janganlah kita cepat menyimpulkan bahawa sesuatu “perkara” itu tidak penting, tidak sesuai atau tidak relevan lagi. Sebaliknya kita lihat kepada kesemua isu dan tangani mereka dengan sewajarnya.

13. Dalam ucapan beliau pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman, bercakap mengenai keputusan untuk menubuhkan satu persekutuan. Beliau mengatakan bahawa penubuhan itu dibuat dengan "hati-hati sekali dan pemikiran yang mantap." Kesepakatan itu yang dihasilkan melalui "perdebatan dan perbincangan" serta "inkuiri dan pungutan suara yang diadakan selama dua setengah tahun." Tunku juga bangga kerana Malaysia telah ditubuhkan "melalui kesepakatan hasil dari perbincangan dan perdebatan yang berlaku dalam suasana yang mesra dan penuh tolak ansur”. Beliau juga yakin bahawa kerjasama, kerukunan dan kesepakatan yang wujud telah didorong oleh keinginan untuk berkongsi nasib dan haluan yang sama. Jasa Tunku dan pemimpin-pemimpin lain dalam menubuhkan Malaysia mesti dihargai dan wajar untuk kita mempastikan hasrat dan keinginan serta kesepakatan yang menjadi asas kepada penubuhan Malaysia dijaga dan dipertahankan.

14. Terdahulu daripada itu, pada Mei 1961, di Hotel Delphi Singapura, Tunku telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama ekonomi dan politik yang rapat dan dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Antara lain, kerjasama ini akan menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Di samping itu, gagasan ini juga akan dapat mengimbangi komposisi kaum penduduk, meningkatkan (mempercepatkan) kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. 

Cadangan ini diterima baik oleh Great Britain dan selaras dengan sikap mereka pada waktu itu untuk membebaskan kawasan jajahan mereka . Walau bagaimanapun terdapat kekhuatiran terutama mengenai kemungkinan ianya ditentang oleh pemimpin-peminpin tempatan di ketiga-tiga wilayah Borneo. 

Kekhuatiran ini terbukti betul apabila Sarawak United Peoples Party, Partai Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organisation membentuk Barisan Bersatu untuk menolak penubuhan ini dengan kenyataan bahawa cadangan penubuhan ini “tidak dapat diterima sama sekali”.  Sikap yang sama juga diambil oleh Sarawak National Party dan rekod sejarah juga mencatatkan penolakan dari kalangan orang-orang di pedalaman Borneo Utara. Pada peringkat ini terdapat juga pemikiran bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British.

15. Untuk menangani penolakan ini, Tunku melawat Sarawak dan Borneo Utara pada bulan Julai dan Ogos 1961 untuk memenangi hati dan pemikiran masyarakat dengan menjelaskan secara terperinci rancangan dan manfaat penubuhan. Pada masa yang sama lawatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari Borneo untuk melihat sendiri keadaan di Tanah Melayu meyakinkan mereka bahawa Malaysia adalah satu idea yang baik. Di samping itu, pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak pula telah dihantar untuk menyertai Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel yang berlangsung di Singapura. Kesempatan ini mereka ambil untuk membincangkan secara bersemuka mengenai konsep Malaysia secara lebih terperinci dengan rakan-rakan dari Tanah Melayu dan Singapura.

16. Kesepakatan mengenai penubuhan Malaysia dicapai dan pada Julai 1961 apabila pemimpin-pemimpin ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Jawatankuasa ini bersidang selama empat kali dan di mesyuarat terakhir yang berlangsung di Singapura pada Februari 1962, Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara terhadap penubuhan Malaysia. Memorandum tersebut dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold yang telah ditubuhkan untuk menentukan sama ada rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Pada Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold telah diserahkan kepada kerajaan Tanah Melayu dan British. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

17. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Cobbold juga melaporkan bahawa sebahagian besar penduduk, terutama di kawasan pedalaman, tidak mempunyai penghayatan sebenar mengenai konsep Malaysia. Namun, sepertiga dari mereka menyokong penubuhan dan konsep Malaysia dan berharap ianya dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Golongan ini tidak terlalu mengambil berat tentang syarat dan terma penubuhan. Sepertiga lagi pada dasarnya menyokong penubuhan Malaysia tetapi menetapkan syarat dan perlindungan yang berbagai yang perlu ditepati. Yang selebihnya terbahagi kepada kelompok yang menginginkan kemerdekaan sebelum menubuh Malaysia dan kelompok yang ingin kekal di bawah pemerintahan British.

18. Suruhanjaya juga memberi amaran yang intinya "Malaysia harus dianggap oleh semua pihak sebagai pertubuhan rakan kongsi, menggabungkan demi kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru tetapi mengekalkan keunikan (keperibadian) masing-masing. Jika terdapat sebarang ide atau pemikiran yang mengarah kepada Malaysia sebagai 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu dan menghilangkan keunikan (individualities) Borneo Utara dan Sarawak, maka konsep Malaysia tidak akan diterima dan berjaya." (It is a necessary condition that from the outset, Malaysia should be regarded by all concerned as an association of partners, combining in the common interests to create a new nation but retaining their own individualities. If any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take –over’ of the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not be generally acceptable and successful).

19. Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) telah ditubuhkan atas syor Suruhanjaya Cobbold untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi hak dan kepentingan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak. Pada mesyuarat pertama di Jesselton pada 30 Ogos, 1962, IGC mengemukakan memorandum yang antara lain, memberikan hak kepada kedua-dua wilayah untuk mengawal urusan yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan selama 10 tahun sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Memorandum ini, dengan beberapa pengubahsuaian, telah dimasukkan ke dalam Akta Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri yang berkaitan. Perlindungan hak dan kepentingan inilah yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara untuk Sabah dan Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

20. Secara ringkas Perjanjian 20 Perkara untuk Borneo Utara adalah berkaitan dengan :



Agama
Bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa Inggeris
Perlembagaan yang merupakan suatu dokumen yang baru
Ketua Persekutuan
Nama Persekutuan
Kawalan imigresen oleh negeri
Hak pemisahan
Borneonisasi (Perkhidmatan Awam)
Kedudukan pegawai British
Kerakyatan
Cukai dan kewangan
Kedudukan dan hak istimewa untuk bumiputera
Kerajaan Negeri
Peraturan masa peralihan
Pendidikan
Perlindungan perlembagaan
Perwakilan di Parlimen Persekutuan
Nama Ketua Negeri
Nama Negeri dan
Tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain


Dua perkara terakhir iaitu mengenai nama negeri dan tanah, hutan dan kerajaan tempatan, dan lain-lain tidak berada dalam Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak.

21. Perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20/18 Perkara seharusnya disemak semula selepas 10 tahun. Tun Razak, yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menubuhkan jawatankuasa dalam tahun 1973 yang dipengerusikan oleh timbalannya, Tun Dr. Ismail, untuk mengkaji semula perjanjian IGC. Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut tidak bersidang sama sekali dalam tahun itu kerana kebetulan Rang Undang-Undang Draf Akta Pembangunan Petroleum (PDA) sedang disediakan pada masa itu. Kebijaksanaan pada waktu itu adalah untuk mengutamakan penerimaan PDA oleh Sabah dan Sarawak. Apabila PDA mula dikuatkuasakan, saya ditugaskan oleh Tun Razak untuk mempastikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang berkaitan menanda tangani perjanjian seperti keperluan dalam PDA. Pada kesempatan ini, Sabah dan Sarawak menzahirkan dengan tegas kedudukan mereka.

22. Apapun, Tun Dr Ismail meninggal dunia pada Ogos 1973 dan ini diikuti dengan kematian Tun Razak pada bulan Januari 1976, menyebabkan urusan penyemakan perjanjan IGC di- ketepikan buat sementara. Saya ingin tegaskan di sini bahawa semakan semula itu tidak berlaku dan niat Tun Razak sebenarnya mencerminkan niat baik kerajaan persekutuan dalam menjaga hubungan dengan Sabah dan Sarawak. Niat ini dibelakangkan memandangkan keperluan kepada perkara penting seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Mungkin saja semakan semula ini kita pertimbangkan lagi sekarang sempena meraikan ulang tahun ke 50 Malaysia.

23. Kisah Malaysia tidak akan lengkap jika saya tidak menyentuh mengenai reaksi yang signifikan daripada Indonesia dan Filipina mengenai penubuhan Malaysia. Indonesia telah menarik balik sokongan awal untuk konsep tersebut. Kerajaan Filipina juga membantah penubuhan Malaysia dan mengumumkan tuntutan terhadap Borneo Utara. Ini membawa kepada satu lagi pusingan penilaian pendapat umum, kali ini oleh PBB. Laporannya telah diumumkan pada 13 September, 1963. PBB mengesahkan bahawa rakyat Borneo Utara dan Sarawak telah secara bebas menyatakan hasrat mereka untuk penubuhan Malaysia. Mereka sedar bahawa ini akan mengubah status mereka. Laporan itu juga menyatakan bahawa hasrat ini telah "dinyatakan melalui proses demokrasi dengan pengetahuan yang cukup, dikendalikan secara bebas dan saksama dan berdasarkan hak mengundi sejagat." Perjanjian Malaysia telah ditandatangani lebih awal iaitu pada 9 Julai, 1963, di Rumah Marlborough di London, dengan harapan Malaysia akan rasmi lahir pada 31 Ogos, 1963 . Walau bagaimana pun, hasrat ini tidak tercapai kerana peristiharan Malaysia hanya dibuat pada 16 September 1963 untuk menampung laporan PBB yang hanya siap dua hari lebih awal.

24. Saya telah memberi gambaran yang komprehensif tentang kewujudan Malaysia. Malangnya, ia tidak sepadan atau tidak tepat dengan apa yang telah dipersetujui pada asalnya. Kita boleh memberikan pelbagai penjelasan dan alasan untuk ini, tetapi saya dengan rendah hati berharap agar kita tidak memilih untuk berbuat demikian. Marilah kita sepakat membangkitkan keberanian untuk mengiktiraf dan mengakui bahawa kita mempunyai masalah. Sikap sedemikian adalah permulaan yang baik untuk proses penyelesaiannya.

25. Kita sedar dan harus terima hakikat bahawa maklumat berkaitan dengan penubuhan Malaysia dalam domain awam adalah tidak mencukupi atau tidak wujud sama sekali. Kekurangan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ketegangan antara rakyat Malaysia di kedua-dua belah Laut China Selatan. Yang pasti, ketidakfahaman  (salah tanggap) ini bukanlah disengajakan tetapi disebabkan oleh kedaifan ilmu pengetahuan. Saya yakin bahawa kebanyakan perselisihan ini tidak lahir daripada niat jahat atau prasangka buruk. Kesilapan lazim yang menganggap bahawa Sabah dan Sarawak adalah dua negeri di Malaysia adalah contoh terbaik. Ia adalah satu kesilapan yang mengundang berang (kemarahan) rakyat Sabah dan Sarawak (terutama yang mengetahui sejarah) dan menghantui mereka. Kita mesti memperbetulkan salah faham ini, dan sebagai permulaan, kita harus menyediakan fakta yang tepat mengenai penubuhan Malaysia. Untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh, bahagian sejarah yang penting ini patut dimasukkan dalam kurikulum sekolah kita.

26. Baru-baru ini kenyataan akhbar yang dibuat oleh salah seorang Menteri Kerajaan Negeri Sabah membuktikan bahawa kedangkalan pengetahuan ini wujud di setiap lapisan masyarakat. Dalam konteks ini, ianya lebih parah kerana yang membangkitkan kemarahan Menteri tersebut adalah pemimpin dari Semenanjung yang telah bercakap tanpa pengetahuan yang cukup sehingga menyentuh sensitiviti dan integriti masyarakat di Sabah dan Sarawak.

27. Perlu kita jelaskan, bahawa 31 Ogos adalah tidak signifikan kepada Sabah dan Sarawak, sebesar manapun sambutannya. Ia hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaliknya, 16 September - Hari Malaysia – adalah lebih penting dan seharusnya menjadi salah satu hari besar dalam sejarah Malaysia. Oleh yang demikian, hari tersebut perlu diraikan sebagai perayaan utama dalam kalendar peristiwa negara kita.

28. Saya juga ingin menjelaskan bahawa Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, adalah tidak wajar untuk kita mengatakan bahawa kedua-dua Perjanjian ini tidak lagi wujud ataupun relevan. Pemikiran sebegini tidak konsisten dan menyentuh perkara yang sensitive yang boleh menggugat keharmonian semua. Apa pun, Batu Sumpah Keningau akan berdiri selama-lamanya sebagai monumen kepada semangat Perjanjian 20 Perkara.

29. Pertanyaan seterusnya adalah apakah langkah kita selanjutnya? Bagaimanakah cara dan kaedah untuk kita menangani kemelut ini?  Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, soalan-soalan ini paling tepat dijawab oleh golongan yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan negara. Saya fikir, mereka bertanggungjawab untuk mengambil sikap dan memulakan proses perbaikan ini. Kita perlu membuktikan bahawa kata-kata sinis yang menganggap bahawa penubuhan Malaysia hanyalah merupakan peralihan kuasa dari British kepada Tanah Melayu adalah tidak benar. Kita juga harus membuktikan bahawa amaran yang dizahirkan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold juga tidak berasas. Kita mesti melakukan semua ini dan mengukuhkan penubuhan dan perkembangan Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis.

30. Malaysia yang seperti ini akan mempastikan pertumbuhan, perkembangan dan kestabilan tanah air yang kita cintai. Pertumbuhan dan kestabilan ini juga akan memberikan manfaat kepada rantau kita ini yang berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan. Malaysia yang bersatu, makmur dan harmonis akan pasti dihormati dan dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Memandangkan ketidaktentuan politik di Sabah, Malaysia yang bersatu dan aman serta yakin dengan kedudukannya di kacamata masyarakat antarabangsa, akan dapat memainkan peranan yang penting dan membantu menyelesaikan masalah yang rumit dan mengancam rantau ini. Sebagai contoh, Malaysia boleh memyuarakan pendapat dan menenangkan keadaan dalam usaha untuk mengatasi tuntutan bertindih oleh pelbagai negara terhadap Kepulauan Spratlys.

31. Suka saya mengingatkan bahawa keperitan, ketegangan dan kesengsaraan di kalangan masyarakat akan cenderung untuk lebih parah pada masa-masa kesulitan ekonomi. Memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman, yang diklasifikasikan sebagai miskin dengan taraf hidup yang jauh di bawah berbanding dengan penduduk bandar, maka tidak hairanlah jika perasaan tidak puas hati terhadap masyarakat di Semenanjung dirasakan. Gambaran bahawa Lembah Kelang menikmati kekayaan yang jauh lebih tinggi (secara benar atau tidak) berbanding kedua-dua wilayah di Malaysia Timur ini adalah tidak membantu sama sekali. Keadaan tersebut seperti kenaikan harga petrol baru-baru ini juga memburukkan lagi keadaan bilamana kos tambahan kedua-dua, barang dan perkhidmatan di bebankan kepada pengguna. Ini akan meningkatkan lagi masalah kewangan yang dialami oleh golongan miskin di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kerajaan perlu serius memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kerajaan menyerap peningkatan kos ini dan meringankan beban masyarakat. Seandainya ini ditangani dengan betul, saya yakin proses untuk mengurangkan persepsi negatif terhadap Kuala Lumpur yang menghantui pemikiran masyarakat di Sabah dan Sarawak akan berjaya.

Terima kasih.
Ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH)

Di Majlis Forum anjuran Angkatan AMANAH Merdeka Malaysia Cawangan Sabah pada hari Jumaat, 29.11.13 jam 3.00 ptg Bertempat di Sekolah Menengah Kian Kok, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu

Sumber : http://tengkurazaleighhamzah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=334%3Acerita-mengenai-penubuhan-malaysia&catid=50%3Ablog&Itemid=131

Kisah rumahtanga pemuda bernama Malaya dengan madunya Sabah dan Sarawak semakin goyah..ingin bercerai?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah hidup Pemuda yang bernama Malaya dan tiga madunya iaitu bernama Singapura, Sabah dan Sarawak kini tidak lagi seakrab seperti dahulu , tetapi sebelum Mr.J menceritakan selebih lanjut kisah mereka disini Mr.J memperkenalkan siapa Pemuda yang bernama Malaya.

Sebelum itu Malaya mempunyai tiga orang isteri iaitu yang ketiga adalah bernama Singapura seorang gadis kerdil dan comel . Pada 16 September 1963 mereka membentuk sebuah keluarga bernama 'Malaysia' .

Tetapi hubungan Malaya dengan Isteri ketiga iaitu Singapura hanya bertahan selama dua tahun iaitu tahun 1963 hingga 1965 sahaja ekoran Singapura telah mengetahui bahawa Malaya tidak menyintainya sepenuhnya dan hanya mempergunakan dia ini kerana Malaya tahu bahawa Singapura adalah seorang gadis yang cerdik akal .

Singapura menasihati madunya yang lain iaitu Sabah dan Sarawak tetapi mungkin kerana pujukkan si Malaya menyebabkan Sabah dan Sarawak yang ketika itu masih mentah lagi terus lena dengan rayuan Malaya.

Sekarang sudah 50 tahun Perkahwinan Malaya dengan Sabah dan Sarawak , pelbagai kontroversi dicetuskan oleh Malaya dan mungkin inilah yang dinamakan 'habis madu sepah dibuang' .

Segala harta pusaka Sabah dan Sarawak telah banyak dilaburkan untuk Malaya membuka perniagaannya seperti Petronas dan sebagainya.

Sekarang Malaya dengan lantang mencemuh untuk menukar segala 'status' Sabah dan Sarawak dan pelbagai hinaan serta cacian juga dileparkan kepada mereka berdua , andai mengetahui Sabah dan Sarawak mempunyai 'harta' maka mereka disayang kembali.

Bagaimana dengan nasib bekas isteri Malaya iaitu Singapura ? Singapura kini tampak lebih berjaya dan membangun dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa 'ganguan' daripada orang lain bahkan Singapura menjadi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaannya sendiri dan menguruskan segalanya lebih 'terlus' dan 'tanpa rasuah' .

Cik Singapura kini lebih selesa dan berjaya berbanding Sabah dan Sarawak.

Umpama menangisi sebuah 'kematian' , Sabah dan Sarawak terus dihina , dipinggir bahkan dipergunakan untuk mengaut keutungan berganda kepada Malaya sedangkan Sabah dan Sarawak terus dibiarkan sehelai sepingan.

16 September adalah bukan lagi tarikh ulangtahun yang mengembirakan kepada Sabah dan Sarawak kerana ianya telah berubah menjadi sebuah tarikh 'berkabung' daripada tarikh perkahwinan.

Sebelum itu , Sabah dan Sarawak telah membuat surat 'akujanji' yang meliputi pelbagai aspek sebanyak 20 Perkara tetapi ternyata ianya seperti melepaskan batuk ditangga . 

Keinginan Sarawak serta Sabah untuk bercerai dengan Suami mereka semakin melonjak ekoran terlalu banyak 'parasit' seperti spesis katak dan yang lain menjangkiti Suami mereka Malaya , sering mengabaikan Nafkah yang seharusnya diberi kepada Isteri-Isterinya.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Rakyat Malaysia Amnya 'termasuk' Sabah & Sarawak ....

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sungguh banyak isu menarik tentang Hari Malaysia yang julung kali disambut oleh Sebuah Negara 'Persekutuan' Malaysia di Sabah dan juga di Sarawak ditambah lagi dengan kematian Pejuang Komunis Malaya iaitu Chin Peng pada tarikh 16 September 2013 yang juga merupakan sambutan Hari malaysia ke 50 tahun.

Baiklah kali ini Mr.J tak mahu berbicara mengenai Chin Peng kerana isu tersebut telah banyak dimanipulasi dalam dunia politik malaysia dan samaada Chin Peng penganas atau pejuang walaupun rakan saya Ah Peng selalu melepak di rumah saya sambil aramaiti bersama.

Dalam dunia serba moden maka kita harus terus berfikiran maju kehadapan walaupun sosio-politik malaysia mempunyai perbalahan diantara satu sama lain mahupun diantara parti politik lain , kadang - kadang kita sebagai rakyat biasa seolah - oleh mendengar bunyi daripada tin kosong. 

Tapi tak mengapa kerana Tin Kosong kalau dijual mungkin harganya mampu membiayai kegunaan minyak petrol anda atas kemeningkatan harga minyak malaysia.
"Rakyat Malaysia Amnya 'termasuk' Sabah & Sarawak ...."
Lama juga tak mendengar ayat serta perkataan seperti yang dinyatakan diatas ini , bagus kerana tidak lagi kedengaran si pengacara television mahupun yang berhormat ataupun Menteri memberi ucapan sedemikian lagi.

Ini kerana kemungkinan setelah perkahwinan campur diantara yb Sabah dengan artis Semenangjung telah memberikan sedikit kesedaran pada Rakyat Malaysia 'Keseluruhannya' bahawasanya kita Malaysia adalah satu itupun selepas 16 September 1963.

Apa yang anda tahu mengenai Sabah & Sarawak?. Adakah kerana kesedapan Air Tuak membuatkan anda lebih mengenali Sarawak ataupun kerana anda tahun bahawa Gunung Kinabalu adalah di Sabah telah membuatkan anda lulus dalam mengenali Sabah?
opps.. maafkan Mr.J air tuak adalah haram kerana ianya sejenis tapai yang diperam dan boleh menyebabkan mabuk .. adalah dimaklumkan bahawa air tuak tiada kaitan dengan kilang arak kepunyaian individu vvip di shah alam..
"Orang Sarawak duduk atas pokok...." siapa yang kata seperti tersebut kemungkinan adalah rakyat atau individu yang boleh disamakan dengan spesis kodok ataupun katak yang selalu dimakan Mr.J


Telah ramai Rakyat Sabah dan Sarawak berhirjah ke Malaysia atas sebab menyambung pengajian serta ada yang mencari peluang pekerjaan disini... stop!! adakah sebentar tadi mr.j tersilap kata disini? oh ya, mungkin tiada jika anda mungkin pembaca boleh bagi tahu Mr.J apa yang tidak kena dengan perenggan ini.

Apa - apa pun Sejarah mengenai Sabah & Sarawak harus perlu banyak diterapkan di Buku Teks Sejarah Sekolah bukannya belajar mengenai sejarah 'dongeng' sahaja ini kerana Sabah & Sarawak adalah merupakan Negara Bersekutu di dalam Persekutuan Malaysia.

Mr.J juga paling tidak suka bila ada artis ataupun orang awam cuba untuk bercakap dalam slang Sabah & Sarawak tetapi bunyinya lebih kepada Slang Kumpulan Peterporn ataupun Sinetron. Bodoh.

Chaoooo!!! 

- Mr.J


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Sejarah Sarawak yang disembunyi: Anti Pembentukkan 'Malaysia' daripada Rakyat Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mungkin ramai yang tidak tahu malah ambil tahu tentang bagaimana sejarah Negara Sarawak dahulu yang dalam proses pembentukkan negara bersekutu, sedang asyik meronda - ronda di sekitar facebook dan ternampak sesuatu gambar yang sangat menarik perhatian Mr.J.

Satu gambar yang menerangkan bahawa rakyat Sarawak pada Tahun 1962 pernah membuat protes besar - besaran di sekitar bandar utama iaitu dari Bandar Limbang , Miri dan Sibu.


Dimana rakyat Sarawak yang tidak bersetuju telah ke jalanan untuk memaksa kerajaan Negara Sarawak agar tidak bersetuju membentuk sebuah Negara Persekutuan bersama Tanah Melayu atas sebab - sebab tertentu.

Bagaimanapun Mr.J masih lagi dalam mencari maklumat penuh mengenai kisah rusuhan pada tahun 1962 tersebut.

Sementara menunggu Mr.J mencari maklumat apa kata anda baca dahulu mengenai Perjanjian Perkara 18 - 20 dimana harus dipersetujui oleh Tanah Melayu terhadap Sabah & Sarawak.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Reaksi Rakyat Muda Sabah & Sarawak mengenai Hari 'Pembentukkan' malaysia setelah 50 tahun.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Terlebih dahulu Mr.J ingin mengucapkan Selamat Hari 'Pembentukkan' Malaysia kepada rakyat Negara Persekutuan iaitu Tanah Melayu , Negara Sabah ( North Borneo ) dan Negara Sarawak. 

Dalam kesempatan ini Mr.J cuba membuat sedikit kajian kepada rakyat Sabah & Sarawak mengenai presepsi mereka terhadap hari malaysia ini, rata - ratanya Hari 'malaysia' tidak memberikan kegembiraan kepada anak muda Sabah & Sarawak atau mungkin rasa ketidakpuasan hati yang telah membelengui anak muda tersebut.

Sebilangan daripada luahan komen Rakyat Sabah & Sarawak mengenai Sambutan Hari 'malaysia' .

Mungkin hanya penduduk di Sabah & Sarawak tahu kenapa dan mengapa mereka berkata demikian atau adakah ini berkaitan dengan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Ketua Menteri masing - masing atau mungkin yang melibatkan dengan prasarana pembangunan yang dilihat agak berat sebelah .

Taraf hidup rakyat kedua - dua negara tersebut juga menjadi satu aspek penting kenapa ramai anak muda agak tidak 'gembira' dengan hari malaysia , atau ada kaitan dengan penselarasan Gaji Minumun iaitu 800myr untuk anak Sabah & Sarawak manakala 900myr untuk rakyat Tanah Melayu.


Jangan pula selepas Mr.J kata bergini ada pula yang berkata "kalau tak gembira atau tak suka keluarlah dari malaysia" , bukan apa sebab ayat yang agak sama yang dicipta seorang menteri di malaysia tersebut telah menjadi satu trademark di malaysia .
Baca Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan 18 - 20 Perkara yang harus dipatuhi oleh S. Malaysia sehingga sekarang.
Malah ada kata - kata 'tajam' daripada Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengatakan bahawa Hari Malaysia adalah 'Hari Penjajahan' kepada penduduk rakyat Sabah & Sarawak, mungkin beliau berkata secara 'menyindir' ataupun berbentuk 'sarcasm'.

Adakah suatu hari nanti Sabah & Sarawak akan mengikut jejak Singapura?

Bagaimanapun Sambutan Hari Malaysia di Tebingan Sungai Sarawak Kuching semalam disertai dengan hujan lebat seolah - olah menangisi nasib rakyat Sarawak .

Mungkin anda berminat mengetahui kisah 'Anti Malaysia oleh Rakyat Sarawak pada Tahun 1962' . Tahukah anda Sabah & Sarawak adalah Berstatus Sebuah 'Negara' kerana mempunyai Tarikh Kemerdekaan Sendiri.

Perkara 18 - 19 : Nama "Negara" . Rujuk Astro Awani.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Aku yang berbangsa 'Lain-Lain' atau yang 'AK' Anda Dikemudiankan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
September ini pada haribulan 16 maka genaplah sudah 50 tahun Malaysia dibentuk oleh Negara Sabah dan Negara Sarawak bersama Tanah Melayu atau lebih senang dipanggil sebagai Hari Malaysia.

Tetapi dalam 50 tahun ini kelihatan bangsaku serta etnik yang lain di Malaysia masih lagi berbangsa 'Lain - Lain' , mungkin kuantiti petak di setiap kertas pendaftaran tidak mampu memuatkan senarai bangsa etnik lain dan hanya mampu menyenaraikan tiga etnik bangsa sahaja.

Aku yang berbangsa 'lain-lain' di malaysia

Tidak mengapa , aku yang berbangsa lain - lain ini seringkali menjadi seolah seperti 'bola' bila cuba untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan dalam institusi kerajaan. Hal ini bukan sahaja dilalui oleh Mr.J malah dilalui telah dilalui oleh rakan - rakan Mr.J yang lain.

Jika melihat kepada Kad Pengenalan iaitu 'AK' yang merujuk kepada "Anak" tetapi ianya dikatakan memberi maksud "Anda Dikemudiankan" .

Maka setiap semua benda yang dilakukan oleh bangsa/etnik 'Lain - Lain' maka 'akan dikemudiankan' bergitu juga dengan pemohonan jawatan di insititusi kerajaan bahkan bangsa lain - lain akan dikemudiankan.

"Tambang Bot Ekspress Naik maka Berenang sahaja.."

Tetapi bila waktu dekat Pilihanraya maka bangsaku akan didahulukan dari semua aspek , senang sungguh bangsaku 'lain-lain' digula - gulakan dengan nilaian tunai. 

Nah! habuannya untuk bangsaku 'lain-lain' di Sarawak , kini 10 September 2013 tambang bot ekspress sah dinaikkan berikutan minyak naik dan tidak mengapa kerana bangsaku 'lain-lain' ini semua kaya raya dengan tanah ncr setakat naik 1-2myr bukan masalah besar kerana bangsaku 'lain-lain' di Sarawak adalah pengikut setia serta geng sampai mati si parti tersebut.

Seolah - olah satu penjajahan atau kawalan koloni daripada sesuatu tempat yang dikatakan mendominasi malaysia tetapi sebenar tidak dan mungkin hanya dengan cara tersebut mereka mampu untuk mengawal atau membuat 'koloni kawalan' bagi yang berbangsa lain - lain.


- Mr.J

  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Nilai Matawang Ringgit (RM) menurun membuatkan rakyat Singapura gembira.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini iaitu pada 5 September 2013, nilai matawang ringgit malaysia (RM) mengalami kemerosotan iaitu 1 SD bersamaan dengan 2.50 RM .


Jika anda menukar duit Singapura di mana - mana premis pertukaran wang maka nilainya 1 SD adalah diantara 2.20 - 2.50 RM. Diramalkan ringgit akan berkekalan selama 6 bulan akan datang , kemungkinan akan terus merosot kepada 1SD/3MYR @ 3MYR/1SD pada masa yang akan datang. 


Jangan risau, kita ada barisan kabinet yang cukup bijak, cemerlang, terbilang, tersohor, pakar ekonomi memerintah negara . 

- Mr.J

  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Sejarah "Cuti Umum 16 September" dibentangkan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tahukah anda semua bahawa cuti 16 September iaitu Hari Malaysia adalah disuarakan oleh Ketua Pembangkang iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim tetapi dibangkang habis - habisan oleh Kerajaan masa itu. Sila baca rentetan arkib dibawah.







Bahan Arkib :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Download Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) 2012.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) bakal menjengah ke pawagam pada 19 Ogos 2012 bersamaan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang dibintangi oleh Shaheizy Sam & Lisa Surihani mungkin memberikan kita impak yang berlainan, mungkin?

Sentuhan genre romantic psiko thriller, filem SAM, Saya Amat Mencintaimu arahan pengarah filem termuda, Syafiq Yusof. Turut dibintangi pelakon hebat seperti Neelofa, Azad Jasmin, Nasir Bilal Khan, Harun Salim Bachik, Fimie Don dan Adam Shah.
Sinopsis Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Filem SAM terbitan Skop Productions yang mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa.




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Selamat Menyambut Hari "malaysia" Ingatlah Perjanjian 20 Sabah & 18 Sarawak Pembentukkan "Malaysia" .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert


Selamat Menyambut Hari "malaysia" kepada anda semua . Hari ini mengikut sejarah yang sedia ada 'malaysia' dibentuk daripada "Pembentukkan" melalui "Perjanjian Perkara 18/20" daripada Negara North Borneo ( Sabah ) dan juga Negara Sarawak dan dipersetujui oleh Negara Tanah Melayu ( Malaya ) dan maka itu termeterailah dan tertubuhnya Sebuah "Negara Persekutuan".

16 September , anak muda Sabah & Sarawak berkabung kerana "Janji 18/20 dimungkiri" selama 49 Tahun . Bukan itu sahaja Hak - hak Autonomi yang sedia ada kepada rakyat Sabah dan Sarawak kini banyak dimanipulasi atau disalah guna oleh 'sesetengah' individu demi 'kepentingan' mereka sendiri.

Ramai yang menyedari bahawa ramai ahli politik sekarang t

ertumpu menangih simpati kepada Sabah dan Sarawak kerana sebab - sebab yang mungkin pembaca sendiri mengetahui .
Tidak lupa dengan yang menghina dan mencaci warga Sabah dan Sarawak sehingga ada yang terang menerang sehingga ke program 'live' kaca TV .

Banyak juga isu mengenai ramai tokoh sejarah sebilangan mengatakan Perjanjian Perkara 18/20 Sabah & Sarawak adalah memorandum biasa , sekiranya ianya adalah memoradum biasa maka Negara Persekutuan "Malaysia" tidak wujud dengan erti kata lain Negara Tidak Sah.


Semakin dekat dengan Pilihanraya maka Isu Perjanjian Perkara sering kali digunapakai oleh sesetengah parti sebagai modal kempen di Sabah dan juga Sarawak .

Walhal kini kita telah memperlihatkan bagaimana sejak 2 , 3 tahun ini Sabah & Sarawak menjadi 'emas' bagi sesetengah 'golongan' dan ada yang tidak segan silu melaungkan kebenaran malah ingin menjadi 'hero' untuk menengakkan keadilan di Sabah & Saraw

ak sedangkan 'mereka' bukanlah anak jati kedua negara tersebut.

Ada yang sanggup naik 'belon' berulang - alik ke Sarawak serta Sabah dan tidak lupa juga ada yang terkena sekatan dihalang memasukki negara Sabah dan Sarawak
atau Hak Autonami 18/20 Perkara 6 iaitu Kawalan Imigrisen yang dikuartiri akan memberikan ancaman keselamatan .

Kenapa artikel ini menyamakan Sabah & Sarawak adalah "Negara" dan bukannya "Negeri" ? Sabah dan Sarawak bukanlah berstatus 'Negeri' dalam Malaysia dan kedua - dua Negara tersebut adalah "Negara Persekutuan" Malaysia seperti mana Negara Singapura suatu ketika dahulu.

"Kita bukan menyertai Malaysia, tetapi kita membentuk Malaysia bersama - sama...."



Selamat Menyambut Hari 'Malaysia' kepada anda semua.

Sejarah Buku Teks Sekolah tidak pernah mengajar mengenai "Pembentukkan Malaysia" malah seakan - akan 'sesetengah individu' cuba untuk memadamkan Perjanjian ini tetapi tidak pada masa sekarang.

Perjanjian Perkara 18/20 perlulah diterapkan dalam buku sejarah sekolah supaya generasi akan datang tidak 'terfikir - fikir' atau 'terkejut' sekiranya melawat Sabah , Sarawak kerana masakini sekiranya anda orang luar daripada Sarawak maka anda ada had limit tempoh masa tinggal selama 3 bulan sahaja dan tidak boleh lebih sekiranya lebih maka anda perlu melaporkan diri kepada imigrisen disana.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©