Apakah Motif KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem Jumpa dengan semua Adun dari Parti Pembangkang?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia .

Hari ini Mr.J kongsikan tentang Landskap Politik yang tidak mampu diramal bahkan 'dibaca' oleh Ahli Politik dari luar Sarawak atau mungkin tidak mustahil untuk Mr.J katakan bahawa Sarawak mempunyai agenda tersendiri  "Sarawak for Sarawakians".

"Sarawak for Sarawakians" semangat nasionalist dikalangan rakyat Negara Sarawak semakin tinggi.
Sarawak rakyatnya yang unik serta keharmonian terjaga bergitu juga hubungan diantara agama yang cukup tinggi. Bukan itu sahaja yang menariknya Sarawak yang mempunyai lebih daripada 40 Etnik serta hampir 7/10 setiap rakyat Sarawak boleh bertutur lebih daripada 4 Bahasa termasuk Bahasa Ibunda masing - masing. 

Bukan itu sahaja dan apa yang sangat menariknya Rakyat Sarawak tidak perlu menggunakan Isu Agama dan Bangsa untuk mendapatkan 'Perhatian' seperti mana yang dilakukan oleh beberapa NRO Tanah Melayu.

KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjumpa dengan semua Adun Pembangkang semalam - Sumber Borneo Post 15/5
Tentu ramai yang pelik dengan Politik Sarawak sehingga ada yang kehabisan Idea untuk menjadikannya sebagai bahan untuk 'counter-attack' kepada Parti lain.

Terdahulu Sidang Dun Negara Sarawak mengejutkan ramai pihak bahkan pihak atasan Barisan Nasional apabila Para sidang yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin parti pembangkang sebulat suara tanpa bantahan bersetuju mengusulkan Kenaikan Royalti Minyak dan Gas dari 5% kepada 20%.

Sarawak telah memberi tamparan hebat seakan meninggalkan "Nota Kecil" kepada negeri pembekal minyak untuk mencontohi mereka. Mungkin kesian kepada Jirannya iaitu Sabah tetapi apakah dayak Sabah dari atasan pemimpin adalah Ahli UMNO dan lebih malang lagi NGO Perkasa atau dikenali sebagai "Bapa Perkauman" di Sarawak telah banyak menyemai "benih" di sana.

Jika dilihat daripada landskap Politik Sarawak sekarang, jika sesuatu melibatkan kepentingan Negara Sarawak diabaikan maka tidak mustahil USUL yang mendesak Persekutuan akan menyusul.

Mungkin tidak agak keterlaluan sekiranya Mr.J berfikir atau membuat andai sendiri berdasarkan keadaan semasa bahawa dalam jangka masa 20 - 80 tahun akan Sarawak akan mengejutkan dunia antarabangsa dengan "Mengusulkan Undi Tidak Percaya" kepada Persekutuan Negara Malaysia, maka sekaligus Sarawak 'bercerai' dari sebuah Negara Persekutuan yang bernama "Malaysia".

Ini adalah ramalan Mr.J sahaja tetapi tidak mustahil akan berlaku sekiranya NGO seperti ISMA serta Perkasa masih wujud dan masih ber-ideologi katak bawah tempurung.

Bila memerhati Landskap Politik di Tanah Melayu pula tidak sampai 1 minggu bagaikan suasana"tongkang pecah" kelihatan masing - masing mahu menjadi Hero Bangsa tetapi pada masa yang sama merendahkan Bangsa lain dengan kata - kata yang boleh menyebabkan perpaduan kaum semakin rosak apatah lagi sekarang hanya menunggu retak. 

Keluar Masuk ( Tubik Masuk ) dan lompat bergalah serta permainan Roda Impian cukup digemari oleh sebilangan ahli - ahli politik Tanah Melayu kerana setiap putaran roda boleh memenangi wang besar. 

Jikalau tidak bernasib baik maka bolehlah menubuhkan Persatuan , NGO mahupun GRO yang bermercu tanda "Perjuangan Bangsa" bagi membolehkan senang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di Tanah Melayu.

Tetapi jangan lupa ada sebilangan Pertubuhan NGO atau GRO dihalang kewujudan di Negara Rakan Kongsi Persekutuan Malaysia iaitu Negara Sarawak dan hanya dibenarkan di Tanah Melayu serta Negara Sabah yang satu ketika lebih dikenali sebagai North Borneo.

Diakhir bicara ini Mr.J tinggalkan beberap persoalan uji minda untuk pembaca semua.

Soalan Kuiz : 
Kenapa adalahnya Istilah "Kerajaan Persekutuan"
Kenapa Motto Malaysia adalah "Bersekutu Bertambah Mutu"

Anda boleh mendapat Jawapan berdasarkan Klu dibawah:
Pembentukkan Persekutuan Malaysia 1963.

Siapakah Pemilik "Malaysia"?
Contoh ayat yang sering digunakan oleh buta sejarah seperti kebanyakkan Ahli Perkasa serta ISMA
  1. "Ini Negara Malaysia, Tanah Melayu punya Negara"
  2. "Ini Tanah Melayu, tak suka boleh keluar Malaysia"
Tanpa Sabah dan Sarawak maka Tanah Melayu kekal sebagai Malaya bergitu juga sebaliknya , nasib baik pemimpin Sabah dan Sarawak bijak menolak Nama Persekutuan sebagai "Melayu Raya" kerana ia kelihatan agak mirip Ideologi 'Indonesia Raya'.

Perkara 5:  Nama Persekutuan ( Rujuk Perjanjian Perkara 18 -20 Sabah & Sarawak )
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"


Selamat Hari Gawai Dayak & Pesta Kaamatan.
- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©