XPDC BROGA HILL @ BUKIT BEROGA : 15 Jun 2013 by Alvin Harrison Paulus.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
XPDC ke BROGA HILL @ BUKIT BEROGA B34 Tarikh: 15 Jun 2013.

"Sudahkah anda Vote untuk Blog ini? Jika Belum Sila Klik disini."

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih (kordinat GPS E: 101 54.088, N: 2 56.345) 


Perjalanan: 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. (kira-kira 1 jam perjalanan dari kuala lumpur) 

Sesi fotografi matahari terbit tetapi sesi fotografi tidak berjalan lancar akibat jerebu. (pandangan lensa kamera DSLR amat terhad) , mencuba untuk mendaki bukit broga berketinggian 400 meter dari aras laut. 

Menjejakkan kaki sendiri di bukit Broga. (dahulu hanya tahu nama bukit broga) 

Tersalah jalan walaupun menggunakan GPS menyebabkan perjalanan dari Petaling Jaya ke bukit broga mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit berbanding 1 jam jika tidak tersalah jalan. 

Bayaran meletak kenderaan akan dikenakan sebanyak RM 2 untuk sekali kemasukan & tiada had masa ditetapkan. Jangan terkejut kerana tempat meletak kenderaan di kaki bukit broga kelilingi oleh pokok sawit & pokok getah. Tempat meletak kenderaan juga di awasi oleh pihak penjaga tempat letak kenderaan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kejadian kecurian & vandalism 


Sekiranya anda sampai di kaki bukit broga keadaan masih lagi gelap & anda terlupa membawa lampu suluh, jangan risau kerana telah ada gerai-gerai kecil yang menjual lampu suluh yang disertakan dengan bateri, air minuman, tongkat, tuala kecil & berbagai lagi keperluan asas untuk pendakian bukit yang ringan. 

Pendakian dari kaki bukit broga ke puncak bukit broga mengambil masa kira-kira 2 jam. (sebab aku banyak sangat berhenti rehat, semput daaa...) 

Sekumpulan Rombongan Sarawak turut kelihatan.

Bertemu dengan sekumpulan orang-orang Sarawak yang pelbagai bangsa & berasal dari hampir kesemua daerah di Sarawak. Mereka juga membawa bendera Sarawak untuk dikibarkan ketika mereka berada di puncak bukit broga. Setelah berbual sedikit dengan kumpulan orang-orang Sarawak tersebut.

Cik Elda Elizabeth & DeaSenorita Joseph

Saya difahamkan yang mereka adalah kumpulan muda-mudi dari sebuah Gereja di Kuala Lumpur. Terdapat juga orang-orang Sabah di dalam kumpulan tersebut kerana dari 'slang' mereka berbual sesama sendiri, saya agak yakin yang mereka adalah orang-orang sabah.


Artikel Daripada Rakan PengeRindu.com : Lagi Gambar Menarik di Fb:  Alvin Harrison Paulus.

Bersama Kami di Facebook Page.


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©