Gempak! Fuh, sedar tak sedar sudah agak lama Mr.J tidak berkongsi bersama anda semua dan tentunya ramainya tertanya - tanya kemana perginya "sengat" di arena blogging Mr.J yang suatu ketika dahulu bergitu petah, lantang dan menjadi mungkin juga membantu memberikan sumber rujukkan bagi sesetengah individu.
Portal Blog ini berbentuk Neutral, jika anda baru sahaja mengujungi Portal Blog ini adalah disarankan untuk membaca artikel yang lepas serta lain - lain. Lanjutkan..
2013 Mr.J vs Katak |
Dibuang sayang, ditinggal pula dirasa rindu, nah itulah perasaan Mr.J selama ini apabila tidak menulis sesuatu untuk dikongsikan kepada semua pembaca.
Mungkin untuk masa yang akan datang Mr.J lebih kepada perkongsian genre"culture" mungkin "muzik etnik", bagaimana pula dengan Politik? Fuh!~ Gilerkau, diketika itu daku masih berjiwa kental, sekarang lantaklah mereka malas Mr.J nak ulas genre Politik.
OR, Mr.J kongsi gambar ikan kaloi, pasal pertanian lagipun Mr.J telah berjaya menanam sepohon pokok cili padi *sepohon jelah yang dahulu tidak pernah menjadi - jadi. Nak Post Selfie kat sini nanti meluat kome jenguk sini. ha ha ha.
Sekilas Info;
Dimilikki sepenuhnya serta ditubuhkan pada 7 July 2009 secara persendirian oleh seorang pemuda berketurunan Dayak Iban dari Sarawak, Borneo yang bernama Jacky Juing Jonathan atau dengan nama samarannya lebih dikenali sebagai Mr.J.
Baiklah, setakat ini sahaja pengumuman dari Mr.J tapi sebelum itu Mr.J tinggalkan anda satu resepi favorite Mr.J iaitu Perut Ayam Masak Nenas. Jangan lupa jenguk Mr.J selalu okay~
Caranya tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesusah yang dilihat dan apa yang perlu adalah jiwa yang 'kental' bagi menghadapi 'bau' yang agak kurang menyelerakan tapi bau ini akan hilang setelah proses membelah usus/perut ayam tersebut.
Bahan yang diperlukan adalah.
1: Buah Nenas
2: Serai
3: Bawang Putih
4: Cili yang ditumbuk halus.
Bahan seperti Serai , Bawang Putih dan Cili ditumbuk sehingga lumat terpulanglah kepada anda beberapa banyak kuantiti yang diperlukan bergantung kepada kuantiti usus ayam tersebut. Serai dan Bawang Putih merupakan Asas untuk memberikan aroma yang cukup menyelerakan.
1: Masukkan bahan yang ditumbuh tadi ( bahan 2-4 ) kedalam kuali yang berminyak .
2: Gaulkan sehingga aroma serai naik.
3: Masukkan Usus Ayam yang telah dibersikan dan dicuci serta dibelah ( rujuk gambar No. 2 & 3 ).
4: Gaulkan sehingga sebati dan aroma semakin naik.
5: Masukkan Nanas yang telah dihiris nipis. ( untuk Sweet Sour )
6: Akhir sekali masukkan garam , ajinomoto secukup rasa.
Gaul dalam lingkungan 20minit dan ianya masak sedap dihidangkan bersama Beer dan Arak . Selamat Mencuba.
- Mr.J