Menulis Surat Cinta semakin dilupakan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Anda ada bakat menulis surat cinta? Jom baca surat cinta yang Mr J taip dibawah:

Kepada orang yang aku sayangi selalu ........

Maafkan saya kerana mengutuskan surat ini melalui sahabatmu si aminah , sebenarnya tujuan i menulis surat ini kerana ingin berkenalan dengan awak , bukan apa i tak tegur u tetapi i ni pemalu lebih - lebih lagi i yang tak hensem ini...

Dengan ini i ingin meluahkan apa yang tersirat di dalam hati ini , i dah lama meminati u bak kata perpatah "jatuh cinta pandang pertama" dan untuk pengetahuan saudari , sejak i melihat wajah u lebih - lebih lagi bila tersempak ataupun melintas depan u dan secara langsung jantungku berdebar - debar bagaikan digoncang oleh gempa bumi.

Dan hari ini saya memberanikan diri untuk mengutuskan surat dan andai saudari tidak dapat menerima saya sebagai teman saudari .. saya redha dengan segalanya tetapi berilah i peluang untuk membahagiakan saudari...

Saya akhiri dengan beberapa rangkap pantun untuk saudari ..

Pen Merah Pen Biru
U Marah I Love U.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap dibalas.

Sekian sahaja nukilan hatiku ini.


Itu adalah sebahagian Surat Cinta yang pernah Mr J utuskan pada zaman sekolah menengah dahulu. ( =_= jangan gelak ) saya rasa ramai diantara kita pernah menulis surat cinta pada masa yang dikategorikan sebagai Cinta Monyet waktu zaman sekolah , dulu manalah pakai Telefon Bimbit ataupun SMS .

Bila terbaca pantun "pecah kaca pecah gelas , sudah dibaca harap dibalas" teringat kembali kisah - kisah lucu dahulu. Zaman Mr J berutus surat dah berlalu dan sekarang Zaman SMS alahai... budak - budak sekarang senang je , dapat no hp terus dapat kenal ..

Zaman dulu susah sangat nak kenal dan kalau nak kenal pun kena dari orang tengah ( Posmen).. Apa - apa pun Zaman terus bergerak kehadapan .

* terjumpa beberapa kotak yang berisi surat cinta dahulu di dalam store.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©